CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suri Rumah Mengaku Tak Salah Tipu Bisnes Kuih Raya

18-5-2021 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6073| Komen: 34

Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas dua pertuduhan menipu berhubung perniagaan projek kuih raya pada Disember tahun lalu.

Tertuduh, Wan Roshaidayati Wan Mohd Salleh, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Najwa Hashim.




Mengikut pertuduhan pertama, Wan Roshaidayati didakwa telah menipu dengan menawarkan pemberian modal permulaan perniagaan projek kuih raya RM2,000 kepada seorang wanita berusia 41 tahun.

Perbuatan itu telah mendorong wanita terbabit menyerahkan wang RM500 secara tunai kepadanya di sebuah restoran di Taman Seri Mahkota di sini pada jam 9.30 malam, 31 Disember tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Wan Roshaidayati didakwa menipu seorang pemuda berusia 28 tahun bagi tujuan sama dan mendorong menyerahkan wang RM500 kepada tertuduh.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di parkir stesen minyak Taman Seri Mahkota Aman, pada masa dan tarikh yang sama.


Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fathin Nadhirah Kasim manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mohd Azahari Mat Asin.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan kes berkenaan disebut semula pada 8 Jun depan.


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 18-5-2021 01:34 PM
Ya ammpun..keje mudah je ye makcik.
Menipu org..
Quote sukacactus 18-5-2021 01:37 PM
Jahat la ko ni
Pada sesetengah org, nilai 500 tu byk tau
Ko senang2 je ambik
Quote Cece1234 18-5-2021 01:53 PM
Padan muka..
Quote Artemesiaa 18-5-2021 01:56 PM
Makin ramai scammer sana sini tak kira dari dalam atau luar negara
Quote mrsbale 18-5-2021 02:01 PM
Umo 51.
Apa la makcik…
Quote shernazz 18-5-2021 02:02 PM
Pasal benda ni
Teringat mamat yant ada viral dolu
Pasal colleague dia tak bayar hutang..
Asik.elak2..pastu orang ni brenti keje..then jual kuih raya..
Pastu dia order kuih banyak gila..sama.nilai dgn colleague dia.hutang tu
Pastu.dia.amek..bgtau ni sama.nilai dgn hutang yang tak bayo tu.hahahah
Dengan muka bertepung siap.dia bgtau tu
Quote salmon-suki 18-5-2021 02:37 PM
Ai nk tny,mmg perlu ke sblm dpt "modal" bisnes,yuu need to pay for it?sama mcm MO scammer hadiah tu laa..knp org masih tertipu?

N pmpuan ni,meringkuk lah dlm penjara..tua2 tp menipu!
Quote cik_chili 18-5-2021 02:38 PM
Scammer kini wujud dlm pelbagai jasad...

Awas semuaaaa....
Quote cik_chili 18-5-2021 02:39 PM
shernazz replied at 18-5-2021 02:02 PM
Pasal benda ni
Teringat mamat yant ada viral dolu
Pasal colleague dia tak bayar hutang..

Bijaaaakkkk...
Quote diss69 18-5-2021 02:41 PM
Senang2 keje menipu org
Quote paz 18-5-2021 02:54 PM
Menipu macam ni pun ada yer
Quote None68 18-5-2021 03:05 PM
Apabendalah makcik ni
Quote Cik_jantung 18-5-2021 03:17 PM
kenapa scammer masih wujud... sebab org kita masih bodoh dan mudah percaya. pantang dengar akan dapat duit.. pantang dengar akan dapat batang.
maka berhabislah segala benda.


dah makan tahun kes2 mcm ni jadi... tapi tetaplah tak nak dengar.

dh terkena baru la sedar bodoh.. memang selangkah kebelakang ke camana.

tapi bila org tegur taknak dgr plakkkk

Quote Supersirap 18-5-2021 03:27 PM
Lepas ni sudah boleh pulangkan balik duit yang telah ditipu, jangan diam je
Quote romeor 18-5-2021 04:43 PM
Tak rasa bersalah ke tipu orang
Quote matchstick 18-5-2021 05:10 PM
Kesian org kena tipu tu ntah2 pakai duit bpn nk buat modal meniaga
Quote MelahJanda 18-5-2021 05:37 PM
kalau takde surat menyurat mengenai bagi duit kpd org lain ni, boleh ye diambik tindakan?
Quote LadyCarefree 18-5-2021 05:37 PM
Tipu 2k atau RM500? Siap kena penjara. Hadoi.
Quote dudaberhias 18-5-2021 05:40 PM
Yang kena tipu tu selalu suri suri rumah yang jual susu nilopa tu la dan jadi agen2 produk entah pape. Selalu jenis budak kelas belakang dan orang2 kampung jenis tak pandai sikit. Yang jenis ni uols menyamar jadi polis pergi rumah theyols mintak gelang emas pun deorang bagi rasanya.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.036867 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top