CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sultan Muhammad V Kurnia RM300,000 Kepada Rakyat Palestin

18-5-2021 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4012| Komen: 23

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan RM300,000 kepada rakyat Palestin bagi menzahirkan solidariti baginda terhadap umat Islam yang ditindas rejim Zionis di negara itu

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob ketika mengumumkan perkara itu di akaun Facebooknya berkata, kurniaan Sultan Kelantan diserahkan kepada beliau untuk disalurkan melalui Tabung Amanah Kebajikan Darul Naim (Tabung Serambi Mekah).



Kredit foto: IG Istana Kelantan

“Menjunjung kasih atas ampun perkenan Tuanku terhadap kurniaan tersebut. Kurniaan ini menunjukkan keprihatinan, kebersamaan serta solidariti Tuanku di atas situasi getir bumi al-Aqsa sekarang,” tulis beliau.

Penyerahan disempurnakan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Tengku Azmi Tengku Jaafar dan disaksikan Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud serta Setiausaha Sulit Kanan Sultan Kelantan, Datuk Nik Shafriman Nik Hassan.


Sementara itu, Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC) mengumumkan setiap wakil rakyat Pas di negeri ini bersetuju membuat potongan elaun sebulan sebanyak RM7,000 seorang untuk disumbangkan kepada Tabung Palestin.

Pengerusinya, Datuk Hassan Mohmood berkata, sumbangan kepada rakyat Palestin oleh BBC Kelantan dibuat menerusi dua fasa.

“Fasa pertama ialah kutipan sebanyak RM10,000 yang disampaikan hari ini kepada Menteri Besar manakala fasa kedua ialah potongan terus elaun wakil rakyat Pas di Kelantan,” katanya.

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan sebanyak RM100,000 daripada Tabung Serambi Mekah disumbangkan kepada umat Islam di Palestin di samping Ahmad sendiri secara peribadi menyalurkan sumbangan sebanyak RM10,000.


Kredit foto: SCMP

Orang ramai yang ingin turut serta menderma boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam Tabung Amanah Kebajikan Darulnaim (Tabung Serambi Mekah) – 03018010080024.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 18-5-2021 01:17 PM
Rasa2nya cikpah derma baper? Kapet nilai pun dah rega 10k
Quote gigahertz 18-5-2021 01:43 PM
kalau bab palestine laju je ada yg menghulur
tapi rakyat sendiri sampai masuk TV / viral baru
pun bantuan tidak kunjung tiba.
Quote LadyCarefree 18-5-2021 05:45 PM
Masyukkkkk
Quote supernaturalee 18-5-2021 07:03 PM
gigahertz replied at 18-5-2021 01:43 PM
kalau bab palestine laju je ada yg menghulur
tapi rakyat sendiri sampai masuk TV / viral baru
pu ...

Ironi





Quote darkness 18-5-2021 07:05 PM
Alhamdulillah...
Quote darkness 18-5-2021 07:06 PM
Alhamdulillah...
Quote tikusmontok 18-5-2021 07:14 PM
Tudiaa elaun 7k sebulan
Quote wirazam 18-5-2021 07:22 PM
Rakyat Kelantan dah kaya raya
Quote ImpianSeroja 18-5-2021 08:14 PM
Alhamdulillah
Quote dua_chzy 19-5-2021 06:44 AM
Kepada rakyat Palestin, atau kepada Hamas?

(Makes meols wonder...Duit sumbangan dari Malaysia selama berpuluh tahun...Mainly jatuh ke tangan sapa sebenarnya?)
Quote wirazam 26-12-2022 03:56 PM
gigahertz replied at 18-5-2021 01:43 PM
kalau bab palestine laju je ada yg menghulur
tapi rakyat sendiri sampai masuk TV / viral baru
pun  ...

Gulpppp...tajam sgt menikam night..
Kera dihutan diberi mkannn
Quote Innrukia 26-12-2022 04:01 PM
kenapa tak gunakkan rm300k utk mangsa banjir or projek tebatan banjir.
akai ada ka dak ni?
Quote becir 26-12-2022 04:03 PM
Tu dia orang Kelantan wei, your sultan is so smart and generous hokehhhhh

Quote becir 26-12-2022 04:05 PM
Few days ago kisah wife mb bawak beg fufu lawat mangsa banjir. Smart move idak?

Orang Kelantan tak nampak2 lagi...
Quote sharlenetexas 26-12-2022 04:07 PM
Bangnon buat lawatan banjir mengadap queen tengku anis. Husnuzon exgong busy melawat mangsa banjir.

Quote selipar_hijau 26-12-2022 04:09 PM
Amboih sampai ke palestine nun disumbangnya
Quote MissVixen 26-12-2022 05:37 PM
Celah lubang hidung je. Duduk st regis bertahun pun dia relax je.
Ummah kelantan air macam teh susu dia buat tak tau je.
Quote syaz_lina 26-12-2022 06:17 PM
Rakyat sendiri ramai duk dlm reban, bekalan air korek perigi, duk sibuk sedekah jauh2
Quote Orenn1 26-12-2022 07:24 PM
becir replied at 26-12-2022 08:03 AM
Tu dia orang Kelantan wei, your sultan is so smart and generous hokehhhhh

Rakyat negeri sendiri pun seba kekurangan, masalah air masalah banjir masalah kemiskinan, tak pernah dgrdia menderma huh. Pemimpin kelate dr si gems sampai lobai2 pas semua haukkk

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.084835 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top