CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mia Nasir Sedar Diri, Lakonan Hanya Separuh Masa

18-5-2021 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7816| Komen: 34

Tatkala ramai anak perantau yang galau hati kerana tidak dapat pulang meraikan lebaran di kampung halaman bersama keluarga tercinta, ada sesetengahnya pula dikira bernasib baik kerana dilahirkan di ibu kota.


Itu keberuntungan buat si cantik yang sedang semakin meningkat naik, Mia Nasir. Dia bersyukur kerana semua keluarganya menetap di Kuala Lumpur sekali gus membuatkan sambutan lebarannya tahun ini amat bermakna.

Cuma disebabkan penularan pandemik Covid-19 yang belum berpenghujung, pelakon berusia 30 tahun itu mengakui sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Ramadan tahun ini tidak banyak berubah seperti tahun sebelumnya.


Foto: IG

“Sama ada Ramadan atau Syawal, sama sahaja untuk tahun ini dan tahun lepas. Mujur keluarga memang semua di Kuala Lumpur, tidaklah sedih sangat pun walaupun tidak dapat sakan beraya seperti dahulu.


“Cuma disebabkan Covid-19 masih ada dan kes harian semakin tinggi sejak kebelakangan ini, saya jadi paranoid. Saya rasa takut untuk keluar dan pergi ke mana-mana, tambah lagi tempat sesak. Kalau nak jumpa anak buah, saya akan pastikan sebelum itu saya tidak ke mana-mana atau berjumpa dengan sesiapa,” katanya.

Mia yang merupakan adik kepada pelakon jelita Anzalna Nasir ditemui pada sesi fotografi bagi mempromosikan drama lakonannya berjudul Hati Yang Dikhianati yang kini sedang bersiaran menerusi saluran Astro Prima.



Menerusi drama adaptasi telenovela popular dari Sepanyol iaitu Mis Tres Hermanas tersebut, Mia memegang watak sebagai Syaz dan merupakan adik-beradik kepada Lisa (Isyariana), Iskandar (Zamarul Hisham) dan Batrisya (Arena Wan).

“Saya memegang watak kakak kepada dua adik perempuan. Jadi, sikapnya agak garang dan tegas. Sebab itu watak saya digelar sarjan sebab banyak berleter, tak macam diri sebenar saya di luar yang tak banyak cakap.

“Sejujurnya saya agak gementar bawa watak Syaz sebab dia seorang ibu yang ada anak kembar. Jadi pengalaman sebagai ibu dan isteri memang tiada, tetapi mujur juga sebab saya ada anak saudara kembar. Agak membantu jugalah sebenarnya,” katanya yang menyasarkan memegang watak antagonis selepas ini.



Bercakap tentang perjalanan kariernya sejak mula berlakon sekitar 2011, Mia bersyukur kerana kehadirannya diterima, namun pada masa sama tetap bersiap siaga dengan apa jua kemungkinan mendatang.

“Industri kita banyak budak baharu, jadi saya sedar kedudukan boleh berubah bila-bila masa. Sebab itu saya jadikan dunia lakonan sebagai kerjaya separuh masa. Selain berlakon, saya juga mengusahakan bisnes.

“Saya suka berlakon tetapi pada masa yang sama saya jadikan bisnes sebagai cara untuk besarkan rangkaian karier. Saya mulakan dengan lakonan dan menerusinya saya belajar mengenal sasaran untuk bisnes,” ujarnya yang mendapat pendidikan dalam bidang perniagaan di sebuah pusat pengajian di Launcenston, Australia.



Ditebak dengan cabaran sepanjang bergelumang dalam industri lakonan, pelakon itu mengakui perjalanan kariernya dipermudahkan.

Apa yang penting, dia sangat bersyukur kerana banyak mengutip pengajaran sepanjang berlakon.




“Sejujurnya, saya sangat selesa berlakon dalam industri disebabkan budaya kita. Contohnya, ada babak yang tidak perlu pun untuk rapat-rapat dengan orang lelaki.

“Malah sebagai pelakon, kami ada hak untuk bercakap tidak untuk mana-mana perkara yang dirasakan perlu. Senang kata, industri kita ada had dan tidak terlalu terbuka. Saya sangat lega dan selesa bekerja dalam bidang ini,” katanya seraya menggulung bicara. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 18-5-2021 09:54 AM
Dgn rambut pjg dia tu, iols rasa dia sesuai watak miss pon.. mikel ang tanak buat drama citer seram ka?
Quote Lailerthee 18-5-2021 09:56 AM
Mia umur 30?
Quote Lailerthee 18-5-2021 09:58 AM
I ols baru tao mia ni atas afifah. Egt afifah yg kakak
Quote cikperiukkera 18-5-2021 10:56 AM
Cantik semulajadi mia ni...x perly beria2 make up. effortless beauty kata org... lakonan pun ok walaupun x famous sgt
Quote whyas 18-5-2021 10:57 AM
dari dulu tertanya apa nama betul dia..
Quote limau_lemon 18-5-2021 11:04 AM
Dalam adik beradik dia.. Dia kulit paling flawless kan.. Ramai ckp jumpa dia kt luar lg Cantik..

Iols pon nk tau nama penuh dia apa
Quote bondeh 18-5-2021 05:10 PM
whyas: dari dulu tertanya apa nama betul dia..


Amira. Dlm Cik Diva Paris Masuk Kampung ada letak nama betul dia.
Quote samshik 18-5-2021 05:22 PM
Rsnyer dlm family ni anzalna je kot yg betui2 lawa.. Yg lain nmpk berusia..
Quote asyura_85 18-5-2021 05:29 PM
Aku suka gila dia ni. Dia ni paling cool antara ramai2 adek bradek Anzalna. English pun very berabuk. I laikkeeee
Quote ImpianSeroja 18-5-2021 06:55 PM
Memula baca tajuk terbaca M.Nasir..pandang sekali lg Mia Nasir
X kenal Mia Nasir  adik beradik Anzalna nie..tp cantik juga
Quote anisanim 22-6-2021 02:11 PM
Cantik juga adik anzalna yang ini.. {:hooray
Quote bvsf06 22-6-2021 02:40 PM
Dia ni berlakon much better than anzalna and afifah
Quote hanahani 22-6-2021 03:23 PM
Dia lagi cantik dari anzalna. Muka exotic. Tak jemu pandang
Quote Perawankota 23-6-2021 06:21 AM
Suka tgk dia ni.. Berlakon pon cool je
Quote None68 23-6-2021 06:28 AM
Dlm gambar nmpk berusia..xtau kat luar lagi cantik.
Quote iraizz 23-6-2021 08:18 AM
Macam mana diorang adik beradik sentiasa nampak kemas cun... Agaknyer kalau demam-demam pun maintaian cun kemas bersiap kot.. Tengah mengamuk dgn laki pun maintain kot... Aku ni kalau dgn anak demam errmmm semua penampilan huru hara, ni dgn pdpr lagi, bukan setakat watak singa je keluar, rimau gajah  tenuk orang utan semua lah
Quote kakakpositifker 23-6-2021 08:40 AM
Dia ni pandai berlakon, suara dia. muka dia. minat akak dgn dia. mcm tak gedik. boleh bawa pergi majlis
Quote asyura_85 23-6-2021 11:44 AM
Dalam banyak2 adik beradik dia, aku paling suka dia ni, nampak humble dan wangi je. And accent dia mmg terbaik la, takde nya fake accent. Dia ngn adek dia magie tu best btol kot dgr derang speaking.
Quote Bella_Lun@ 24-6-2021 08:34 PM
Depan-depan sangat cantik, sangat !!!
Jumpa dia kat kedai bunga kat Bangsar.
I tegur dia nak tanyakan jenis bunga yg I nak cari.
Sangat soft spoken and helpful.
Memang suka sangat-sangat dengan anak-anak Prof Nasir ni, classy yet humble.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.151412 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top