CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Finas Tak Lulus Projek Filem Kenegaraan- U-Wei Dakwa Ahmad Idham Tak Profesional

17-5-2021 08:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2681| Komen: 3

Gara-gara tidak meluluskan projek filem kenegaraan yang dibentangkan pada 16 Mac lalu, pengarah U-Wei Saari mempersoalkan tindakan campur tangan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri.


U-Wei, 67, menyelar tindakan tidak professional Ahmad Idham itu memandangkan sesi pembentangan filem berjudul Wangi Jadi Saksi berkenaan dinilai seorang wakil Finas dan dua ahli akademik.

"Tidak ada satu soalan ditanya dan selepas pembentangan saya bertanya lagi, jika ada soalan atau keraguan dan mereka hanya menunjukkan ibu jari tanda semuanya baik. Saya tekankan di sini, mereka dipilih Finas ini adalah orang-orang pakar dipercayai dan mereka ilmuan yang saya dihormati.

Foto: mStar

"Kala saya menerima berita penolakan, saya sebenarnya di antara tidak terkejut dan terkejut juga. Saya tidak faham akan campur tangan anda sebagai Ketua Pengarah dalam menentukan keputusan selepas kebijaksanaan yang diamanahkan kepada pegawai anda dan kedua pakar itu.

"Saya juga tidak nampak bijaknya sumbangan anda di peringkat akhir dalam keputusan, selain menunjuk kuasa anda. Setahu saya, selama saya membikin filem, saya tidak sedar atau tahu akan kecemerlangan anda dalam menghasilkan sesebuah karya filem bermutu tinggi atau dalam kata lain sebuah filem yang boleh diterima di peringkat antarabangsa," katanya.

Dalam pada itu, U-Wei berkata keputusan tidak meluluskan projek terbabit adalah kerana dia pernah menolak cadangan untuk memimpin sebuah persatuan baharu dan menolak ziarah Finas.

Malah campur tangan itu disifatkan telah membelakangkan panel Finas yang dilantik dalam organisasi berkenaan.

"Sekali lagi, saya tidak bersetuju dengan rancangan Finas di bawah pentadbiran saudara. Oleh itu, saya harap perasaan prejudis saudara (jika ada) tidaklah digunakan untuk mempengaruhi keputusan terhadap permohonan saya.

"Jika saudara turut serta dalam pemilihan dan penentuan projek mana patut diluluskan atau tidak dengan menggunakan kuasa veto untuk permohonan saya, sekali gus saudara sudah menghina kebijaksanaan panel dilantik Finas sendiri," katanya.

Foto: mStar

Kecewa dengan keputusan itu, U-Wei berkata pencapaian diraihnya dalam bidang perfileman selama ini seakan-akan dibelakangkan dalam membuat keputusan itu.

Justeru itu, dia memohon Ahmad Idham memikirkan kembali keputusan itu demi pembangunan perfileman tanah air.

”Saya tidak selesa untuk menyenaraikan pencapaian saya atau apa saja kejayaan dalam bidang ini tetapi filem kenegaraan harus mendapat perhatian di luar negara dan ini boleh dicapai menerusi jemputan ke festival-festival filem antarabangsa yang relevan, sekali gus meletak filem kita ke dalam peta filem dunia.

"Akan menjadi nilai tambah jika sesebuah produksi mendapat perhatian dari awal yang selalu membikin pihak festival penasaran apabila mendapat tahu seseorang pengarah memulakan sesebuah projek filem," katanya.

"Filem kita adalah jiwa kita. Jiwa yang besar. Ini adalah demi maruah filem kita jika kita ingin berpencak di persada dunia. Kita harus berkelakuan antarabangsa, jika kita mahu dilihat antarabangsa," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote katakauu 18-5-2021 04:01 AM

lahhh.....
Quote supernaturalee 18-5-2021 07:42 AM
Wangi jadi saksi sblm ni dlm naskhah teater kn
Vanidah imran lead
Tp x igt ttg ape ye

Filem uwei yg best perempuan, isteri dan jalang
Jogho
Kaki bakar

Filem org tu?
Sempit yg rempit
Yikes



Quote ImpianSeroja 18-5-2021 09:01 AM
U Wei tak perlu dipertikaikan lg pencapaian nya.byk naskah nya hebat yg menjadi sebutan hingga kini.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.051992 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top