CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pope memberi amaran 'kematian besar' dalam pertempuran di Asia Barat

16-5-2021 11:50 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9804| Komen: 82


Pope Francis ketika berucap dari jendela Istana Apostolik pada upacara keagamaan pada Ahad. - Foto AFP



VATICAN CITY: Pope Francis hari ini menyatakan bahawa kehilangan nyawa yang tidak bersalah dalam keganasan antara Israel dan Palestin adalah 'mengerikan dan tidak dapat diterima', memberi amaran bahawa konflik terbaru boleh menjadi lebih buruk lagi.

"Pada kebelakangan ini, pertempuran bersenjata yang ganas antara Semenanjung Gaza dan Israel telah mengambil alih, dan berisiko mewujudkan semula lingkaran kematian dan kehancuran," kata Pope selepas upacara keagamaan Regina Caeli pada hari Minggu.

"Ramai orang cedera, dan ramai orang yang tidak bersalah telah meninggal dunia. Di antara mereka ada juga kanak-kanak, dan ini mengerikan dan tidak dapat diterima," kata Pope berusia 84 tahun itu.


"Saya bertanya pada diri sendiri: di mana kebencian dan balas dendam akan membawa? Adakah kita benar-benar berfikir bahawa kita akan membina kedamaian dengan memusnahkan yang lain?" komen Pope Francis, yang ditujukan kepada orang ramai di Dataran Saint Peter di Vatican.

Ia selepas beliau mengadakan upacara perhimpunan khas untuk Myanmar pada pagi ini.

Ketika perhimpunan beramai-ramai, beliau mengulangi seruan untuk mengakhiri pertumpahan darah di negara itu yang digegarkan oleh tindakan keras ke atas orang awam oleh junta tentera, dan menyeru rakyatnya untuk tidak putus asa.

Pope Francis, yang sering membicarakan peristiwa semasa dalam ucapan hari Ahadnya dari jendela Istana Apostolik, juga mendesak untuk kedamaian di Asia Barat.

"Saya menyeru kepada keamanan dan, kepada mereka yang mempunyai tanggungjawab, untuk menghentikan pertempuran bersenjata dan mencari jalan damai, juga dengan bantuan masyarakat antarabangsa," katanya. - AFP




Sumber : Berita Harian
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 17-5-2021 12:30 AM
Bible ada sebut pasal yahudi jugak tak sepertimana dalam Al-Quran? I cuma tahu dia ada persamaan dari segi hari kiamat je itu pun sbb ada sorang housemate christian sharing cerita dekat i
Quote gigahertz 17-5-2021 12:42 AM
miszclassique replied at 16-5-2021 04:30 PM
Bible ada sebut pasal yahudi jugak tak sepertimana dalam Al-Quran? I cuma tahu dia ada persamaan dar ...

ada rasanya. tapi kalau ada pun udah di modified modified . Sejarah Kristian tidak sebaik sebaik sejarah Islam.
Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W . Islam di teruskan oleh sahabat rasulullah.
sewaktu zaman Khalifah Abu bakar memerintah .
sudah ada nabi-nabi palsu dan orang murtad waktu tu.
Khalifah Abu bakar memerangi golongan tu.

Kalau Kristian ni tak tahu la rupanya macam mana .
sebab Nabi Isa pun di angkat ke langit seawal umur 30
so siapa pulak yang mengurus hal agama.

Beza zaman Nabi Muhammad dan Nabi Isa sejauh 500 tahun.

Quote miszclassique 17-5-2021 12:54 AM
gigahertz replied at 17-5-2021 12:42 AM
ada rasanya. tapi kalau ada pun udah di modified modified . Sejarah Kristian tidak sebaik sebaik s ...

Thanks giga... 2 3 hari ni mmg banyak baca2 dari porem ni.. Seronok sebenarnya belajar sejarah ni tapi tulah i mengharap di spoonfed je dan i suka yg dah di susun mcm textbook zaman sekolah dulu2 ataupun dari org cerita2 sebab nak cari sendiri mmg malas
Quote dua_chzy 17-5-2021 01:25 AM
Edited by dua_chzy at 17-5-2021 01:40 AM
miszclassique: Bible ada sebut pasal yahudi jugak tak sepertimana dalam Al-Quran? I cuma tahu dia ada persamaan dari segi hari kiamat je itu pun sbb ada sorang house ...


Ada. The fact that they are the Chosen Ones, their ignorance, their evil ways - suma hada disebut. But despite all that, Elohim masih bias sayangkan Yisroel. Israel is the apple of my eye kata Elohim. Apple of my eye tu proverb dari Bible. Sapa guna sudah ikut jalan kapir. Joking.

Ni ayatnya:

Zakaria () pasal 2 ayat 7-9:
“Come, Zion! Escape, you who live in Daughter Babylon!” 8 For this is what the Lord Almighty says: “After the Glorious One has sent me against the nations that have plundered you—for whoever touches you touches the apple of his eye— 9 I will surely raise my hand against them so that their slaves will plunder them. Then you will know that the Lord Almighty has sent me."
(Bible New International Version)

Ayat ni selalu digunakan di gureja huntok kasik kagum jemaah sapa sentuh Yisroel bakal menerima murka dari Elohim.
Quote dua_chzy 17-5-2021 01:26 AM
gigahertz: ada rasanya. tapi kalau ada pun udah di modified modified . Sejarah Kristian tidak sebaik sebaik sejarah Islam. Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W . I ...


Macamana agama yang timbul 500 tahun kemudian boleh tuduh agama seblomnya menipu? Ni pun akak masih konpius hingga sekarang.
Quote white_musk 17-5-2021 01:29 AM
dua_chzy replied at 17-5-2021 01:26 AM
Macamana agama yang timbul 500 tahun kemudian boleh tuduh agama seblomnya menipu? Ni pun akak ma ...

Keliru itu juga...
Quote dua_chzy 17-5-2021 01:31 AM
white_musk: Keliru itu juga...


Akak suda menganut 2 agama. Sorry to say. Makin lama makin akak terbukak mata untuk lihat BS dalam agama. Just a personal opinion. Not to offend anyone. Just having questions after questions here being left unanswered.
Quote miszclassique 17-5-2021 01:44 AM
Edited by miszclassique at 17-5-2021 01:46 AM
dua_chzy replied at 17-5-2021 01:25 AM
Ada. The fact that they are the Chosen Ones, their ignorance, their evil ways - suma hada disebu ...


Ohh gitu sebab kawan non muslim i ada cakap jugak kristian yg sebenar benarnya sgt banyak persamaan dgn agama islam, kristian katolik lah kot (?) dan perbezaan ketara bahagian jesus anak tuhan tu je.. I angguk2 jelah sbb apa yg i belajar mmg bible tu dia ubah dari kitab injil ikut persepsi sendiri sepertimana islam berpecah kepada syiah sunni and etc.. I belum berani untuk baca bible sbb rasa iman belum cukup kuat dan takut terpesong, cuma dengar2 dari orang je..
Al-Quran dan hadis pun kalau tersalah guru, tersalahlah fahamannye.. Tapi everyone ada kepercayaan sendiri kan dan i pun harap keturunan i mati dalam islam la knowing mmg the end is very near gitu.. Cuma maybe i kalau beratur kt akhirat tu bahagian hujung2 la agaknye sbb nak kata muslimah sgt pun idok juga aurat masih berterbangan lagi ni tah bila nak insapppp
Quote dua_chzy 17-5-2021 01:54 AM
miszclassique replied at 17-5-2021 01:44 AM
Ohh gitu sebab kawan non muslim i ada cakap jugak kristian yg sebenar benarnya sgt banyak persam ...

Tak hairan if banyak persamaan. Sapa bapa@fore father ketiga agama ni? Aha.

Aiol baca Bible tu macam baca buku cerita kanak2 aje. Some might be shocking/too graphics, terutama part Old Testament. Ai think baca Bible di usia kanak2 banyak merosakkan fikiran.
Quote Zeatyisaac 17-5-2021 02:40 AM
Sefaham I lah kan, kalau the real Christian yang ikuti kita injil asal, dipanggil ahli kitab. Mereka ini benar dan boleh dinikahi. Tapi malangnya Christian yang ada sekarang bukan menurut kitab injil yang asal. How do they know? Dengan wujudnya Protestant, yang protest kefahaman kitab yang ada, so kalau ada yang protest, means kitab asal telah diubah suai, maka wujudlah Christian Protestant.
Sorry kalau I salah, sebab I bukan belajar, just dengar dari orang gak yang citer dari sudut pandangan Prostestant.  Kalau ada sesiapa yang lebih arif, mungkin boleh citer. Wallahu'allam.
Quote CiliPadiSedap 17-5-2021 05:53 AM
dua_chzy: Macamana agama yang timbul 500 tahun kemudian boleh tuduh agama seblomnya menipu? Ni pun akak masih konpius hingga sekarang.



Sebab xsehaluan dengan alquran kut? Asas 4 kitab tauhidkan allah tetap sama berbeza mungkin amalan ibadah contoh umat rasulullah s.a.w. solat 5 waktu, umat dulu mungkin banyak waktu.


Rasa kena tanya indian zakir naik.dia study bab perbezaan agama
Quote salimghazal 17-5-2021 07:09 AM
Zeatyisaac replied at 17-5-2021 02:40 AM
Sefaham I lah kan, kalau the real Christian yang ikuti kita injil asal, dipanggil ahli kitab. Mereka ...

Setahu saya sejak zaman nabi dahulu ahli kitab sudah menyeleweng tidak ada beza dengan Kristian dan Yahudi zaman sekarang.
Quote jazaa100 17-5-2021 07:18 AM
miszclassique replied at 17-5-2021 12:30 AM
Bible ada sebut pasal yahudi jugak tak sepertimana dalam Al-Quran? I cuma tahu dia ada persamaan dar ...


Ada je.....

semua dlm bibble tu diamik dari Quran...tapi di pinda pinda utk kesenangan dorang..   
Quote Chah21 17-5-2021 07:28 AM
dua_chzy replied at 17-5-2021 01:31 AM
Akak suda menganut 2 agama. Sorry to say. Makin lama makin akak terbukak mata untuk lihat BS dal ...

Sis cuba ikit kelas pengajian Alquran & Sunnah .. boleh lontarkan persoalan ni juga
Quote gigahertz 17-5-2021 07:37 AM
dua_chzy replied at 16-5-2021 05:26 PM
Macamana agama yang timbul 500 tahun kemudian boleh tuduh agama seblomnya menipu? Ni pun akak ma ...

Selama 500 tahun agama tu wujud sebelum Nabi muhammad lahir. segala permasalahan mengenai Aqidah & feqah di rujuk pada siapa?

Quote mawardia 17-5-2021 07:44 AM
Ala pope pun bersuara setelah church dan sekolah christian kat Gaza tu pun yisrael bomb.
Quote gigahertz 17-5-2021 07:57 AM
Zeatyisaac replied at 16-5-2021 06:40 PM
Sefaham I lah kan, kalau the real Christian yang ikuti kita injil asal, dipanggil ahli kitab. Mereka ...

mcm dalam Islam...selepas kewafatan Rasulullah. perjuangan Islam di teruskan oleh Saidina abu bakar. a.k.a bapa mentua dan juga pengasas dinasti Islam pertama. zaman saidina abu bakar ni dah ada org murtad. dan ngaku nabi palsu. long story short. masa zaman bani abbasiyah berlaku serangan mongul. habis kota baghdad. satu pun x tinggal. tapi ending story mongul tu sendiri masuk Islam mengasas kerajaan di India.
rasanya dalam Kristian takde bende2 gini.
tu pasal Kristian kalau dia nak berdakwah dia x boleh korek sejarah lampau. sebab sejarah dia x complete seperti sejarah Islam.

Sejarah Islam completed. Sebelum nabi muhammad menjadi Rasul. nabi muhammad meniaga. dan nabi muhammad juga seorang anak yatim piatu. dan Nabi muhammad pun lahir di kalangan Arab yang tidak ada kerajaan. hidup berpuak2. Pendek kata sejarah Islam.ni mula dengan xde apa apa.


Quote Ninjanunu 17-5-2021 08:21 AM
Kiranya dia punya statement xde tunjuk sokong mana-mana pihak la kan
Quote mbhcsf 17-5-2021 08:27 AM
kalau  Pope  ni start bagi sumbangan kat Palestine - apa reaksi masyararakat Easter and Western Europe? ini interesting.

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.178489 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top