CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Boleh Raya, Aliff Syukri Sedih Dah Tempah Lembu Dan 5 Ekor Kambing

12-5-2021 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6238| Komen: 30

Selepas kerajaan mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia pada Isnin, ramai rakyat meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Malah usahawan kosmetik terkenal iaitu Datuk Seri Aliff Syukri turut berdukacita dengan perkhabaran tersebut memandangkan dia sudah membuat persiapan juadah raya untuk tetamu.

Kata ahli perniagaan berusia 34 tahun ini, dia sudah menempah seekor lembu dan lima ekor kambing untuk menjamu pekerjanya terutama bujang yang tidak dapat pulang beraya di kampung.


Foto: IG

"Saya sedih sangat waktu Hari Raya Aidilfitri pula nak PKP? Kami dah patuh SOP tak kemana-mana pun selama PKP ni selain urusan kerja. Saya dah beli banyak lauk-pauk nak jamu tetamu yang nak bertandang ke rumah saya.


"Terutama pekerja-pekerja saya yang duduk bujang tak dapat balik kampung. Lembu seekor, kambing lima ekor... tiba-tiba dapat pengumuman tak dibenarkan langsung ada ziarah raya. Sedih tau," kata Aliff.


Penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini berkongsi luahan kesedihannya itu menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

Rata-rata netizen turut berkongsi perasaan yang sama dengan Aliff namun segelintir mereka juga menyarankan usahawan itu untuk menyumbangkan juadah itu kepada golongan yang memerlukan.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perlaksaan PKP di seluruh negara bermula 12 hingga 7 Jun depan.



Sehubungan dengan pelaksanaan tersebut, ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Dalam pada itu, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman yang juga seorang penyanyi ini turut berkongsi lirik lagu raya nyanyinya berjudul Lala Raya.


"Yang di rantauan tak dapat pulang, rindukan kampung halaman tercinta, Covid pun datang tanpa diundang, PKP pula berulang-ulang... korang sambung la saya sedih tak boleh nak sambung nyanyi," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote songhara1226 12-5-2021 03:57 PM
Dato upahlah runner utk hntrkan lambi dan ka bing tu kat rumah2 pekerja dato yg bujang tu, x pon hntr kat umah anak yatim ke, umah org tua ke, umah kebajikan ke, rodblock2 polis ke
Quote sleepandream 12-5-2021 05:01 PM
anak2 heshe besok dah besar mental tak tengok perangai ayah dia lagu ni
Quote slyfynx 12-5-2021 05:12 PM
Still batak nk upload steering kete ngn beg bodoh die tu.
Masih lg nk berlagak dengan kekayaan dunia die ni.
Please la weh orang2 yang kagum sgt tu, stop supporting him
And stop amik tau pasal die.
Jgn bukak thread, x payah mention.
Biar hilang ditiup angin lalu
Quote stania83 12-5-2021 05:12 PM
Bagus pkp ni dapat elakkan kluster hari raya
Quote putericahaya999 12-5-2021 05:16 PM
Hahahahhahahaa sama je
Quote dudaberhias 12-5-2021 05:22 PM
slyfynx replied at 12-5-2021 05:12 PM
Still batak nk upload steering kete ngn beg bodoh die tu.
Masih lg nk berlagak dengan kekayaan duni ...

Yang pasti taste beg2 heols semua hauk2. Takdepun yang lawa2 dalam almari dia tu. Kesian, berduit tapi takde taste. Dia tayang jelas macamtu pun iols nampak macam beg pasar malam.
Quote Tinot7 12-5-2021 05:26 PM
Dia dgn tok bida tu, sampai ke hari ni iols pelik.. mana la mai kekayaan depa ni...
Quote imanjannah 12-5-2021 05:32 PM
baru je jumpa dia semalam kat klinik
Quote Itzy 12-5-2021 05:51 PM
Tinot7: Dia dgn tok bida tu, sampai ke hari ni iols pelik.. mana la mai kekayaan depa ni...


Rezeki mai dari Allah, tapi kena usaha la. Tak boleh harap dr lamgit kalau nak rezeki jd jutawan. Diaoramg ni mesti kerja kerasa meniaga siang malam disupport oleh org2 bawahan(upline) yg jd agen2 diaorang menambah lg kekayaan mereka, lepas tu duit tu labur dalam macam2 unit rust dan pelaburan lain yg high risk high return. Eh nak kaya jd jutawan tak boleh harap meniaga semata2. Mesti ada otak pelabur. Itu pendapat aku la sebab dulu pernah akak aku meniaga tupperware, pergh dia punya ketua memamg masyuk gaji puluh ribu sebulan, agen bawah ramai, mana tak masyuk.
Quote naina 12-5-2021 06:49 PM
Tinot7 replied at 12-5-2021 05:26 PM
Dia dgn tok bida tu, sampai ke hari ni iols pelik.. mana la mai kekayaan depa ni...

Aku pun..aku macam rasa produk deols tu laku lagi ke? Since ramai dh celik mata tentang timbang kilo. Ayyo..maybe Sebb kuat berdekah. So duit tu laju je tak benti
Quote giyomi 12-5-2021 08:19 PM
baguslah, pengajaran supaya bersederhana dan jgn riak dgn kekayaan dunia yg tak kekal.
napa tetiber akak jadi ustazah...
Quote Rogue98 12-5-2021 08:30 PM
Lain kali order jer lah daging rimau kentut..kan senang nak bagi staff n stokis...susah2 jer nak tumbang lembu..
Eh..Toklip n datin tak dijemput ke majlis welding of the century ke? Bukan bff ke naik biz sama2 dulu.
Quote Cik_jantung 12-5-2021 08:50 PM
Sedekah la bodo
Quote exclusive_vvip 12-5-2021 09:08 PM
nak soh pekerja2 tlg masakkan lettewww gamaknya
Quote Normabaru 12-5-2021 10:56 PM
Muka datin ni mcm bibik b4 mekap.. Lol
Quote mrsbale 12-5-2021 11:08 PM
Punai senior

Iras sgt dgn bini jahlop tu tp versi baju ber-iron lah.
Quote bluecrystal 12-5-2021 11:16 PM
Toklip mengamukkan dato ac tu berlakon ke betul2
Quote mijot 12-5-2021 11:20 PM
upah runner tlg antakan...apa susah..
Quote Carcosa 13-5-2021 12:04 AM
Baru 34 ke si ponen closet ni???! Ingat dah 40 plus. Muka tua

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.121300 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top