CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Huda Positif Covid-19, Hilang Deria Bau, Batuk Dan Selsema

12-5-2021 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 82483| Komen: 561

Selepas pelakon Nora Danish dan Tiz Zaqyah disahkan positif Covid-19 pada minggu lalu, kini giliran aktres Nabila Huda pula dijangkiti wabak tersebut.

Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil menerusi laman Instastory miliknya pada Rabu memuat naik beberapa status memberi gambaran dirinya menjadi mangsa kedegilan orang lain.

Akui perlu reda dengan apa yang terjadi, pelakon berusia 37 tahun ini menganggap jangkitan tersebut disebabkan kecuaian orang yang tidak bertanggungjawab.

Kredit foto: IG

"Kalau tak ada sebab nak keluar, duduk rumah diam-diam. Disebabkan degil, orang yang tak bersalah jadi mangsa. Kesakitan yang datang berpunca dari kepentingan dan kecuaian orang lain ini dipanggil teraniaya.


"Kita kena reda dengan qada dan qadar. Ini bukan kena reda, ini adalah penyakit yang dicari atas kedegilan sendiri. Kesakitan yang ditanggung kerana kedegilan dan kepentinagn orang lain sudahlah kesakitan yang amat menyakitkan.

"Kerana nafsu dan keseronokan, orang yang tidak bersalah menjadi mangsa. Jangan memainkan mangsa dengan keadaan yang anda cipta," tulis Nabila.


Kredit foto:


Sebelum ini, bapa kepada pelakon itu iaitu penyanyi Amy Search mengesahkan Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi dijangkiti Covid-19.

Menerusi laporan Astro Gempak, Amy memberitahu pelakon drama siri Covid Oh Covid itu sudah mengalami beberapa simptom antaranya hilang deria bau, batuk dan selsema.

Menurut Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 63, keluarganya serta anak dan suami Nabila tidak dijangkiti wabak tersebut.

Pada Selasa, Nabila memuat naik status ucapan kelahiran anaknya Keisha Laila yang ke-11 tahun di Instagram dan turut meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat menyambut raya bersama keluarganya.

Nabila mendirikan rumah tangga dengan Mohd Izwan Johar pada 25 Disember 2015 dan aktres itu mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Keisha Laila menerusi perkahwinan pertama. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikpolop 12-5-2021 03:47 PM
Mim lana pun kannn..
Quote msdummy.2018 12-5-2021 03:52 PM
Dia dh kenapa nk mrh? Bukan tiz dgn nowa tuh dpt sb shooting2
Quote najib888 12-5-2021 03:53 PM
kan? baru le nak bermadah jadah kan? bila kena baru padan muka kan? nak salahkan sapa?

Akui perlu reda dengan apa yang terjadi, pelakon berusia 37 tahun ini menganggap jangkitan tersebut disebabkan kecuaian orang yang tidak bertanggungjawab.


Ye ke? salahkan la kawan hang tu..circle artis juga le kan..
Quote captainQUE 12-5-2021 03:55 PM
Eh Bukan Dia pun sama macam nora ke keluar hangout sana sini dengan member Dia Tu? Sekarang Dia salahkan orang pula macam selama ni Dia duduk rapat dalam rumah. Dei, Kalau dah sendiri dah lepak siap buat gathering Hari Tu kat mana Tu dorang beramai2 tidur sama2, jangan heran lah Kalau dapat virus tu.
Quote jfq 12-5-2021 04:04 PM
Mana dak @user.name dia kan suka recce ig artis cer tgk nabila punya ig bnyk huha melepak bergathering dgn kawan2 tak
Quote cikgojesss 12-5-2021 04:07 PM
dah ni ko nak salahkan sape pulak lahanat?
Quote chandrahusin 12-5-2021 04:09 PM
klu dh sndr pun tak duduk diam
tak payah lah salah kan org
Quote CiliPadiSedap 12-5-2021 04:14 PM
mengata diri sendiri ibarat main mercun tapi pkp
Quote belacan_gurl 12-5-2021 04:23 PM
Hahahahha mst dia salahkan si Nora dgn tiz...kerana lepak dgn dorg habis dia pun terkena juga
Quote Suchi 12-5-2021 04:24 PM
Oh ni yg tadi kat thread satu lagi kata ada yg merempan,

Bawak bertenang sis stress menyebabkan keadaan akan jd lebih teruk.

Taktau dia marahkan apa sebenarnya dia bagi nasihat kat orang ke atau salahkan diri sendiri?


Quote masnona 12-5-2021 04:25 PM
Kesian..smoga cpt sembuh. Jgn risau jika belum ajal pasti sembuh
Quote kucim 12-5-2021 04:27 PM
Yg salah tu si gedixxx tuuuuuu....
Hanjingggggg

Mcm aku dulu laa...security tmpt kerja tu dah tahu ko demam2 teruk asal ko dtg kerja..dah tu body check semua staff ...last2 aku jd mangsa...
Babikkk punya org tuaaaa....bodohh takde awarenesss

Quote sambaldurian 12-5-2021 04:30 PM
org yg asal dpt tu pun x tau mana dia dapat.  ntah2 yg lewat g swab test tu dh dpt awal2. pastu feeling dpt kt org yg awal2 swab test. ak ni pun dok ngutuk org, jgn karma kt ak udah le. mmg la benda x jangka, tp ak wfo lg woi dgn ada family lg. xnk la jd penyabit. lambat lg ke nk kena herd immunity ni.seram jgk ni.
Quote helicornia 12-5-2021 04:34 PM
kucim replied at 12-5-2021 04:27 PM
Yg salah tu si gedixxx tuuuuuu....
Hanjingggggg


sapa lak si gedix tu
i am lost
Quote kucim 12-5-2021 04:38 PM
helicornia replied at 12-5-2021 04:34 PM
sapa lak si gedix tu
i am lost

Norak danish
yg jual pencuci poen jenama Taraaaa
Quote lyshafull 12-5-2021 04:52 PM
Bila sesama dyrg gaduh sedgkan sama je masg2 duk pi kehulur hilir pahtu buat awereness kat marhaenn suh duduk rumah sokmo bullshitz mmg covid kene kat marhaen ke
Quote damian_lee 12-5-2021 04:56 PM
Kelakar

Mcm dia duk rumah diam2 gituuu
Quote adeqbun 12-5-2021 05:00 PM
Mcm tahik abil ni merempan..die pon x jaga sop..
Quote slyfynx 12-5-2021 05:02 PM
Eh, kome yang berlakon rapat2, orang lain jua yang salah kan.
Byk rakyat camni.
Hujung2 kerajaan jg yang gagal

Lihat semua komen(561)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.152336 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top