Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti banyak laluan tikus di seluruh negara yang cuba digunakan orang ramai untuk merentas daerah atau negeri pada musim perayaan ini. Bagaimanapun, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar memaklumkan lokasi itu tidak boleh didedahkan.
“Apa yang saya boleh katakan ada banyak laluan tikus. “Kita tidak dapat cover (kawal) semua tempat sekali gus dan sebab itu laluan-laluan itu diletakkan penghadang batu dan kawat duri bagi mengelakkan penduduk rentas tanpa kebenaran,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin. Beliau berkata, sekiranya ada individu cuba merentas tanpa kebenaran, pihaknya akan mengambil tindakan melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah.
Tegas beliau, sekiranya didapati individu terlibat melakukan kesalahan, tindakan kompaun akan dikenakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada. “Kita tahu ada banyak laluan tikus. Kita minta orang ramai faham disebabkan keadaan genting dalam negara yang dilanda wabak Covid-19 dan bersama kita untuk memutuskan rantaian wabak itu. “Kita amat bimbang, jika masyarakat terus ingkar, keadaan dan situasi Covid-19 hari ini akan semakin parah,” katanya. Tambahnya, tujuan sekatan itu dilakukan bukanlah untuk menyusahkan orang ramai, sebaliknya untuk mengelak penularan pandemik Covid-19. “Jika orang ramai bertindak sedemikian (guna jalan tikus), ia perkara yang tidak boleh diterima. Kita bukan cuba susahkan orang ramai. “Prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah menyatakan agar orang ramai tidak rentas daerah atau negeri,” katanya. Sumber: Sinar Harian
|
chandrahusin replied at 11-5-2021 06:17 PM
Sepupu aku cerita
Tahun lps dia balik raya
Byk soal jwb dgn Polis
stingervolvo replied at 11-5-2021 06:18 PM
nak sangat jadi polis...
rasain
pyropura replied at 11-5-2021 09:30 PM
Polis frontliner kan dapat 600inggit sebulan, setahun 7.2k, 2 tahun dapat 14k, 3 tahun dapat 21k, ...
pyropura replied at 11-5-2021 09:30 PM
Polis frontliner kan dapat 600inggit sebulan, setahun 7.2k, 2 tahun dapat 14k, 3 tahun dapat 21k, ...
NataliaLuiz replied at 11-5-2021 06:04 PM
Ada baca berita, kat besut tu diorang bakar kawat besi tu. Bengang sangat kot sbb sampai jalan tikus ...
ADVERTISEMENT