CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kesian, Buntu 6 Tahun Tagih Hutang Sampai Solat Depan Rumah Penghutang

11-5-2021 06:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3645| Komen: 8

Seorang wanita di Indonesia memilih cara luar biasa menagih hutang daripada pihak bertanggungjawab apabila menunaikan solat di hadapan pagar rumah individu berkenaan, lapor Suara.com.


Kredit foto: TikTok

Rakaman video wanita itu sedang solat dimuat naik di TikTok oleh rakannya yang memberitahu sudah enam tahun pemiutang meminta wangnya dikembalikan.

“Ini sahabat saya, sudah enam tahun menuntut hutangnya dibayar tetapi tidak dilayan oleh orang yang berhutang," tulisnya.

Katanya, sahabatnya itu nekad berbuat demikian selepas individu berhutang berkenaan enggan keluar apabila rumahnya dikunjungi wanita terbabit.


“Kasihan, tagih wang sendiri sampai perlu solat di hadapan rumah orang berhutang. Semoga doa orang teraniaya dimakbulkan tuhan.

“Rumah si orang berhutang kelihatan mewah tapi hutang enam tahun enggan dibayar,” antara komen netizen.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 11-5-2021 10:10 AM
kesian mmg kesian, tapi kadang kita jd hilang maruah pulak sbb nk tuntut hutang.org yg berhutang rilek je
Quote pxlbb 11-5-2021 12:31 PM
Paling naya yg bg hutang pun makan berjimat tp yg berhutang relax pegi bercuti
Quote NataliaLuiz 11-5-2021 06:10 PM
Epic! Bagus la biar org yg berhutang tu sedar.
Quote Ivysaur 11-5-2021 06:37 PM
Aku dah redha je hutang yang tak bayar. Aku halalkan je. Tak kuasa dah dan tak kuasa macam orang kata jumpa di Masyhar. Sekarang takde sapa pun berani nak berhutang lagi
Quote Adrif 11-5-2021 07:05 PM
pernah bagi member pinjam duit sebab takde duit nak makan katanya.

aku pun bagi RM10 je. dia kata tak cukup. ait, aku pun budget makan seploh hengget je sehari. pastu aku bagi RM50. takpela, minggu depan gaji. nanti dia ganti la tu.

aaa cibai, dia upload dalam whatsapp status, pegi makan McD dengan kawan-kawan lain.
dasar nokharoommm

lepas tu minggu depannya, lepas gaji, aku tanya, duit pinjam RM50 minggu lepas, boleh bayar harini tak? aku nak pakai duit ni.
"Hek eleh rilek laa. Takat RM50 nanti la aku bayar. RM50 aje pun. bising ah. Kau dengan kawan pun berkira!"

kita bagi duit, kita yang rasa mengemis kena hina
kesudahnya sampai sekarang aku menyumpah beliau.
harap2 dia gemuk dan rambut gugur sampai botak. jahat sungguh perangai.
Quote BoongaKertas 12-5-2021 09:54 AM
tebal sgguh aih kulit org yg berhutang ni ya
Quote mijot 12-5-2021 10:12 AM
tak paham kenapa si penghutang tebal sungguh kulitnya...
kita lak yg mengemis duit kita...
Quote Artemesiaa 12-5-2021 02:16 PM
Dulu yang berhutang takut dengan yang memberi hutang zaman sekarang dah terbalik yang beri hutang pulak takut dengan yang berhutang

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.051216 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top