CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perlis Solat Aidilfitri Di Tanah Lapang

11-5-2021 05:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2024| Komen: 5

Solat sunat Aidilfitri di seluruh negeri Perlis akan dilaksanakan di tanah lapang menurut sunnah dengan pengawasan pihak masjid berhampiran bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah solat itu akan diadakan pada 8 pagi.


Bagaimanapun baginda bertitah sekiranya cuaca tidak bersesuaian seperti hujan lebat, solat boleh dilakukan di dalam masjid dengan kapasiti keluasan maksimum mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) pada 8.30 pagi.


Gambar hiasan

"Solat Aidilfitri tidak dibenarkan didirikan di mana-mana surau atau dewan orang ramai tanpa kelulusan pihak berkuasa agama terlebih dahulu," titah baginda menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada Isnin.

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail telah berkenan untuk berangkat menunaikan Solat Aidilfitri bersama-sama rakyat di Dataran Istiadat, Perkarangan Istana Arau.


"Semua jemaah yang hadir hendaklah sentiasa mematuhi SOP Keselamatan dan Kesihatan yang telah ditetapkan dan pengurusan masjid berhak untuk membuat teguran dan tidak membenarkan kemasukan jemaah yang tidak mematuhi SOP," titah baginda.

Titah baginda orang ramai digalakkan untuk membawa uncang pembungkus kasut bagi menjaga kesucian serta membawa payung ke tempat solat untuk persiapan ketika panas dan hujan.

"Mereka yang telah merentas sempadan ke Perlis, solat Aidilfitri hendaklah dilaksanakan di rumah atau tempat tinggal masing-masing bagi meminimumkan risiko penularan wabak COVID-19," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah jamuan Aidilfitri di tempat solat boleh dilaksanakan dengan cara mengedarkan makanan yang siap dibungkus sahaja.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 11-5-2021 05:15 AM
Elok buat kat padang...ada banyak cara...
Quote kelana36 11-5-2021 05:41 AM
4 tahun lepas saya solat sunat aidil adha di stadium negara..  Accra , Ghana..
Quote lemanusopp 11-5-2021 07:58 AM
Benda ni biasa kt middle east...cuma  kt Sana xde Bazar Ramadan...Raya smpai sebulan...beraya mcm NK gila seolah wajib dgn baju,kasut baru...mcm2 lagila orng msia ni buat smpai duit licin psal raya
Quote batmana 11-5-2021 08:12 AM
Org melayu ada adat raikan tetamu..sbb tu byk kali dijajah.psl raikan sgt tetamu tu..
Quote lavendernovella 11-5-2021 09:39 AM
Best tu..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.050693 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top