CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Zul Ariffin & Gayatri Bakal Kahwin Waktu Terdekat

15-11-2013 03:28 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 27923| Komen: 164

Zul Ariffin & Gayatri Bakal Kahwin Waktu Terdekat


PETALING JAYA: Pelakon Zul Ariffin dan kekasihnya Gayatri Su-Lin Pillai, 38, sudah membuat perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Zul, 27, bagaimanapun berkata, dia belum bersedia untuk berkongsi mengenai perkara tersebut secara mendalam kerana ia masih lagi dalam perancangan.

"Setiap pasangan pasti ingin mengakhiri zaman solo masing-masing dengan sebuah ikatan perkahwinan. Begitu juga kami. Kami berhajat untuk berkahwin dalam masa terdekat ini, tetapi bukan sekarang.


"Saya beri laluan kepada artis-artis lain untuk kahwin dahulu," katanya kepada mStar Online.

Aktor itu mengakui bercinta dengan Gayatri yang juga Naib Presiden Astro Shaw, sejak Jun 2012 selepas mereka bekerjasama dalam penggambaran filem Penanggal.


Dalam pada itu, dia juga berharap agar tiada pihak cuba membangkitkan isu jarak umur antara mereka kerana keputusan untuk menjalin hubungan dengan Gayatri tiada kena mengena dengan status atau usia wanita itu yang lebih tua daripadanya.


Sementara itu, lakonan Zul menerusi filem Penanggal arahan Elly Suriati bakal ditayangkan pada 28 November ini.

Beritahu Zul wataknya sebagai Syed Umar dalam filem tersebut merupakan antara yang sukar untuk dia lakonkan.

"Elly merupakan seorang pengarah yang sangat tegas walaupun pertama kali mengarah.

"Bekerja dengannya juga agak unik kerana setiap pergerakan watak sudah ditetapkannya.

"Bagaimanapun ia sebuah naskhah yang harus ditonton dan saya harap peminat menyukai watak saya itu," ujarnya.

Penanggal berkisarkan mengenai Murni (Ummi Nazeera) secara tidak sengaja mewarisi ilmu penanggal daripada Mak Ajeng (Normah Damanhuri) dan dia terpaksa melarikan diri ke Kampung Jawa untuk mencari pelindungan.

Antara pelakon lain yang turut terlibat dalam filem itu termasuklah Fasha Sandha, Azri Iskandar dan Datuk Sharifah Aini.






1

Bagus
2

Marah
12

Terkejut
2

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 15-11-2013 08:35 AM
Su ni kadang tengok nampak cun
kadang tgk xcun langsung
Quote menjad 15-11-2013 08:37 AM
ala pilih ler yg len... mcm x serasi bersama jer!
Quote kancilmanual 15-11-2013 08:38 AM
su ni Islam ke?
Jangan lahar ye.... hehe
Quote neotoxin 15-11-2013 08:39 AM
ais_kosong posted on 15-11-2013 08:35 AM
Su ni kadang tengok nampak cun
kadang tgk xcun langsung

kan??.. tp most of the time tak cun.. hahahha...
Quote clarizsa 15-11-2013 08:40 AM
tahniah... err dh convert ke ppuan tu?
Quote kukulangau 15-11-2013 08:42 AM
kancilmanual posted on 15-11-2013 08:38 AM
su ni Islam ke?
Jangan lahar ye.... hehe

tak silap aku dia indian
Quote kukulangau 15-11-2013 08:42 AM
maybe cindian
Quote yayah8989 15-11-2013 08:45 AM
napa mcm fonen.. ampunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Quote kokocrunch 15-11-2013 08:46 AM
tahniah lah...moga berkekalan hendaknya
Quote kancilmanual 15-11-2013 08:46 AM
kukulangau posted on 15-11-2013 08:42 AM
tak silap aku dia indian

oooo moga zul dpt membimbing ....


Quote Dukulangsat 15-11-2013 08:53 AM
pada pandangan aku, gayatri ni muka dia ada iras2 wan norazlin.....
Quote fazila17 15-11-2013 09:02 AM
Dah pikir panjang ke zol ni
Quote biozipstar 15-11-2013 09:02 AM
aritu gattri ni masok melodi kan... zul aripin sejak2 ni da makin banyak laaaaa job kan... bagos2 kawen copek
Quote blythes 15-11-2013 09:13 AM
memang taste dia pempuan beza umur banyak dengan dia eh
Quote putehkundor 15-11-2013 09:21 AM
Dah jodoh.....
Gaya tri ni pun senyuman dia sweet...
Umur bukan halangan kay....
Mak teh doa semoga depa bahagia ke jinjang pelamin
Quote mrsLucky 15-11-2013 09:33 AM

Lucky women.... bangun2 jer tengok muka hensem disebelah...
badan kekar pulak tuh...







Last edited by mrsLucky on 15-11-2013 11:02 AM

Quote babyicha 15-11-2013 09:43 AM
ok la niat dah ade.. cepat or lambat je..
Quote cikatilia 15-11-2013 09:45 AM
tahniah le...
Quote sitisitu25 15-11-2013 09:53 AM
gayathri mmg x cun lansung..muka pun mcm tu je..bdn dia lg la..nmpak la dia ni 40s yg x workout..x jaga penampilan..selalu nmpak dia..dia jenis bdn big frame..

pakai pun ala2 minachi je..x classy lansung..

aku klu nmpak dia..tergaru2 pk..cinta itu buta sungguh la bg si zul..ke ini je dia mampu ngorat dlm astro nk cari sesuap nasi?

dlm byk2 bosses pompuan dlm astro yg cun melecun..ngape gayathri? hikhik

Lihat semua komen(164)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.197370 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top