CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Terima Kasih Dengan Bro Penghantar Makanan Tu" - Lan Pet Pet, Rider Dah Berdamai

10-5-2021 12:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4376| Komen: 18

Pelawak Lan Pet Pet memaklumkan insiden bergaduh dengan seorang penghantar makanan yang tular baru-baru ini sudah selesai cara baik.

Dia yang juga sudah berdamai dengan lelaki terbabit menjelaskan isu berkenaan di Instagramnya.



Kredit foto: IG Lan

Kata Lan atau Mazlan Ahmad, 52, penghantar makanan itu juga menarik semula laporan polis selepas mengakui kesilapannya menjadi punca pergaduhan tersebut berlaku.

“Kami dah bersemuka dan kes pun dah selesai. Lepas saya buat report polis dan dalam dua,tiga hari selepas itu dia pun buat laporan polis. Saya ucap terima kasih dengan bro penghantar makanan itu dan kami berbaik secara aman damai,” katanya.

Dia yang turut diwakili peguam, Datuk Dr Aswandi Hashim berkata, sidang media berkenaan kes itu diadakan untuk menjelaskan perkara sebenar bagi pihak anak guamnnya.



“Perkara ini sebenarnya melibatkan sedikit salah faham. Video viral oleh wanita tersebut (yang merakam) seolah-olah menghakimi (tanpa usul periksa). Kalau salah 100 peratus pada Lan, saya yakin rider itu akan saman Lan di atas kerugian yang dialaminya. Tapi akhirnya bila bersemuka, dia menarik balik report tersebut," jelasnya.



Terdahulu, video berdurasi 24 saat memaparkan aksi Lan Pet Pet melakukan kekerasan terhadap seorang penghantar makanan dengan merangkul dan memukul kepala lelaki tersebut sambil ditenangkan beberapa lelaki lain.


Sumber: BeautifulNara
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucim 10-5-2021 01:05 PM
Nak bawa pergi umrah tak bole..
Quote otai_g 10-5-2021 01:07 PM
Sp nak percaya kalo track record da x brp nak cemerlang
Quote salmon-suki 10-5-2021 03:50 PM
Dpt hire peguam hebat,mmg laa .ntah2 dah sogok rider tu... perangai pernah cari gaduh ni mmg bt org xkan caya laa..kalau pakcik tua pn ko boleh tumbuk,apetah lg rider nih..huhhhhh!
Quote Drmu 10-5-2021 05:22 PM
Xkiralah perselisihan ke pergaduhan..jgnla sampai memukul. Kesian acik dgn rider
Quote Supersirap 10-5-2021 11:14 PM
Tindak laku kita menunjukkan siapa diri kita
Quote slyfynx 10-5-2021 11:50 PM
Org tarik balik report x semestinye ko x slaah.
Maybe sbb selesai luar mahkamah, or die x mampu lawan lawyer ko.
Sorry, your track record menyebabkan org akan lg percaya video tu dr cerita ko
Quote mohdcrow 11-5-2021 12:01 AM
Op coz la ko kan diwakili peguam, peguam akan cari cara settle tanpa bukak cerita sebenar...
Tapi aku tau, ko tau dan semua org tau perangai sebenar ko
Quote blackpaper 11-5-2021 12:11 AM
dah sendu, publisiti murahan....kepam sgt pet pet ni
Quote biozipstar 11-5-2021 12:48 PM
cakap leklok x boleh ke... mana rakaman vid drp awal.. huhu
Quote cheezel 11-5-2021 03:16 PM
macam mana budak tu nak saman blk? budak tu rider je. mestila dia nk settle luar je.. sape percaya pakcik ni memangle ngok
Quote innocent_me 11-5-2021 04:22 PM
mata2 lan petpet sendu ni ada tak dalam forum ni?
Cakap kat dia aku dah tak caya. Sama je dengan kes lepas.
memang dasar samseng taik kucen
Quote eely_shana 11-5-2021 10:17 PM
Akhirnya berdamai....
Quote Normabaru 12-5-2021 05:35 AM
Xkisahla laporan tarik blk ke ape tp SOP mmg jelas dah langgar .. Awat xkena saman plak??? Pelik...
Quote yujin 12-5-2021 05:57 AM
blackpaper replied at 11-5-2021 12:11 AM
dah sendu, publisiti murahan....kepam sgt pet pet ni

Kepams serta busuk tgk dia ni x de modal dh kot tu yg asyik tibai org je kerja
Quote Lagubestbest 12-5-2021 06:02 AM
la bole pulak setel cmni je.
Quote ina_na 12-5-2021 06:21 AM
Semoga suatu hari nanti dia bertemu gan ruas dia.. Org berlagak mcm ni jgn bg muka.. Menyampah.. Ingat dia hebat sgt duk pukul org sana sini..
Quote sleepandream 13-5-2021 04:39 PM
ada aritu dekat benang lagi satu kot heols kata heols nampak rider ni main hp masa tgh bonceng...
dia sound rider ni tapi rider ni melawan... tu heols naik angin katanya....
Quote Ninjanunu 16-5-2021 05:59 PM
Ntah apa-apa.. perangai tak semengah..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.041818 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top