CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Nora Danish Pemalu

15-11-2013 03:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 190998| Komen: 2479

Nora Danish



PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish mengambil pendekatan untuk tidak lagi menerima tawaran berlakon berwatak wanita manja kerana mula berasa malu.
Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, berkata, dengan statusnya sebagai seorang ibu kepada Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram, 4, dia menganggap watak sebegitu tidak lagi sesuai dengannya.

"Memang saya segan membawakan watak-watak comel dan manja kerana rasa tidak sesuai dengan diri saya. Cukuplah watak itu pernah saya bawa sebelum ini.

"Tambahan pula dengan status saya sebagai ibu serta usia yang semakin meningkat, mungkin saya memerlukan watak-watak yang lebih matang," katanya kepada mStar Online.

Tambah Nora yang dicalonkan bagi pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2013(drama Di Bawah Langit Mu), dia juga mula memilih watak seperti yang dilakonkan dalam filem Bencinta iaitu seorang wanita yang lebih tegas dan serius.


Sementara itu, kata Nora, sehingga hujung tahun ini, dia akan sibuk dengan persiapan teater muzikal Bahayanya Wanita yang bakal dipentaskan bermula 20 hingga 31 Disember depan di Istana Budaya.

Beritahu Nora, buat pertama kalinya dia akan menyanyi menerusi teater tersebut lebih daripada lima buah lagu.
"Dalam banyak-banyak perkara, menyanyi adalah cabaran paling sukar sekali.

"Iyalah, saya bukannya pandai menyanyi sangat. Sehinggakan saya membuat latihan dengan menyanyi karaoke di rumah. Dan pada masa sama mengharapkan agar lagu-lagu yang saya bawakan itu dirakamkan terlebih dahulu sebelum pementasan," selorohnya.



2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuryakmal 15-11-2013 02:29 PM
boleh la jugak kurangkan sikit keek yang ala ala budak budak tu
Quote prettymanja 15-11-2013 02:35 PM

manja2 gedik nie yg Jantan2  suka, Uolsss..

tp tgn ND nie  nampak kertu mcm Che Ta aje...huhu

ngade2 la ko ND...





Quote rosasa 15-11-2013 02:38 PM
aik...bukan dia mmg mgeletis ke
Quote Hessa 15-11-2013 02:41 PM
ahaa..bnyknya psl ND..
Quote vv2005 15-11-2013 02:41 PM
bagus lah kalo dah sedar diri
Quote cmf_premierleag 15-11-2013 02:47 PM
jejai pun rimas stok2 manja menggediks mcm budak2 kekanak ribena nih
heols prefer stok2 matang
Quote senah_tonggek 15-11-2013 02:48 PM
rosasa posted on 15-11-2013 02:38 PM
aik...bukan dia mmg mgeletis ke

dkt wartawan ja ckp mcm tu..blakang..mgeletis mengalahkan sotong..hahaha

Quote azie.dz 15-11-2013 02:48 PM
malu watak manja?? malu????

sejak bila ada rasa malu neh...
Quote Suchi 15-11-2013 02:54 PM
prettymanja posted on 15-11-2013 02:35 PM
manja2 gedik nie yg Jantan2  suka, Uolsss..

tp tgn ND nie  nampak kertu mcm Che Ta aje...huhu{: ...

tu bukan tgn kertu tu tgn kurus atau byk wat keje berat,cth angkat berat ke apa.
serupa tgn aku walhal aku muda remaja lagi
masa demok tangan aku dompot2 je bila kurus tgn aku pun runcing dan byk urat2 naik


Quote LDP 15-11-2013 02:54 PM
semulajadi dia mempunyai raut wajah yg comel... manja... dan lembut bukan wajah garang ye..  
Quote katak hijau 15-11-2013 02:58 PM
Suchi posted on 15-11-2013 02:54 PM
tu bukan tgn kertu tu tgn kurus atau byk wat keje berat,cth angkat berat ke apa.
serupa tgn aku w ...

Dia angkat apa pun?
Quote biozipstar 15-11-2013 03:00 PM
bagos la.. aku tengok cerita "lagenda budak hostel".....(die ade)... pelakon sume cam bapak n mak budak...  "can i be the first to say euwwww", kata anak angkat gru dalam despicable me... hahahahhahaa
Quote LDP 15-11-2013 03:01 PM
Suchi posted on 15-11-2013 02:54 PM
tu bukan tgn kertu tu tgn kurus atau byk wat keje berat,cth angkat berat ke apa.
serupa tgn aku w ...

contohnya angkat rayqal...walaupon rayqal kurus tp mummy dia body kecik molek..genit bukan body gemok ye..


Quote nurfariezza 15-11-2013 03:05 PM
nape nmpak cm gemuk je...mcm tembam je...
Quote aulya 15-11-2013 03:05 PM
senah_tonggek posted on 15-11-2013 02:48 PM
dkt wartawan ja ckp mcm tu..blakang..mgeletis mengalahkan sotong..hahaha

hehehe
Quote LDP 15-11-2013 03:06 PM
nd mmg semulajadi manja orgnya..dgn kuda pon dia manja.. tp bukan manja dgn penunggang kuda atau ahli sukan berkuda ye..



Last edited by LDP on 15-11-2013 03:10 PM

Quote tomet05 15-11-2013 03:08 PM
dia memang semulajadi manja ..
kikiki
Quote ais_kosong 15-11-2013 03:08 PM
kalau malu watak manja
xyah berselfie ala2 kanak2 rebena jugek
pendapatan aku la
Quote bungalisa 15-11-2013 03:10 PM
Die mmg manja .... Tapi syg... Jejai xsuke org yg manja...!! Kihkihkihkih...

Lihat semua komen(2479)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.166548 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top