Hanya kerana tidak tahu asas matematik, seorang lelaki di India tidak dapat berkahwin dengan bakal isterinya. Lelaki itu tidak menyangka pengantin wanita yang meragui kelayakan pelajarannya membuat 'ujian' matematik sebelum mereka memulakan acara perkahwinan.
Gulf News memetik agensi berita IANS melaporkan lelaki itu diminta membaca sifir dua namun gagal. Ia membuatkan wanita itu menolak untuk berkahwin dengannya. Wanita itu dilihat keluar berjalan dari kanopi meninggalkan lokasi majlis sambil berkata, dia tidak boleh berkahwin dengan orang yang tidak tahu asas matematik. Malah, ahli keluarga dan rakannya gagal memujuk wanita itu. Sepupu wanita itu berkata, mereka terkejut apabila mengetahui pengantin lelaki itu tidak berpendidikan. "Keluarga pengantin lelaki menyembunyikan kelayakan pendidikannya. Malah, dia mungkin tidak pernah ke sekolah.
"Keluarga lelaki menipu kami. Tetapi saudara perempuan kami keluar dari majlis itu tanpa rasa takut dengan pandangan orang lain," katanya. Pegawai Stesen Panwari, Vinod Kumar berkata, lelaki itu datang dari kampung di Dhawar, Mahoba. - Agensi Katanya, majlis perkahwinan itu diuruskan dengan keluarga kedua-dua pihak dan beberapa penduduk kampung dijemput meraikan pasangan itu. Polis tidak membuka kertas siasatan kerana perkara itu dapat diselesaikan dengan baik. Sebagai penyelesaiannya, kedua-dua pihak memulangkan hantaran masing-masing. Sumber: Harian Metro
|
addved replied at 6-5-2021 02:29 PM
kalau tak tau sifir tapi millionair canne tu?
ADVERTISEMENT