CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Patutlah Nampak Muda Sentiasa - Krisdayanti Kongsi Rahsia Rejim Kecantikan

6-5-2021 10:48 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 5700| Komen: 18|Original author: Oleh: rikuren


Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti atau mesra disapa KD mengakui mengambil suntikan asid deoksiribonukleik (DNA) ikan salmonyang mengandungi Omega 3, asid amino, vitamin A, vitamin C, antioksidan baik untuk kesihatan kulit wajah dan badan.



Difahamkan, Krisdayanti mengambil rawatan ini sejak tahun 2019. Tidak hairanlah wajahnya kelihatan awet muda walaupun sudah menginjak usia 46 tahun.

Kaedah rawatan itu turut dikongsinya bersama peminat menerusi Instagram.



Rawatan ini berupaya mengekalkan kelembapan kulit wajah dan membuatkan penggunanya awet muda terutamanya pada bahagian pipi dan bibir seperti yang dilaporkan menerusi portal ngopibareng.id baru-baru ini.

Menurut KD, rawatan yang berharga sekitar IDR 7 juta sehingga IDR 15 juta ( RM2000-RM4000) ini perlu dilakukan sebulan sekali selama tiga bulan, dan di masa hadapan hanya perlu dilakukan tiga bulan sekali.



Sementara itu, pakar kecantikan Chen Clinic, Dr Chen Ik Cen M Biomed yang bertanggungjawab merawat kulit wajah Krisdayanti berkata, rawatan ini  dipraktikkan di Korea Selatan dan Singapura sejak beberapa tahun lalu.

DNA salmon yang disuntik mampu bertindak menganjalkan, memberi kelembapan dan membuatkan kulit tampak berseri.



Patutlah KD sentiasa nampak muda! - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 6-5-2021 10:53 AM
Leher tidak pernah menipu usia
Quote makita 6-5-2021 11:37 AM
Kalau ada krim panjang umor sampai 150 tahun, mesti KD dah borong
Quote hungryhenry 6-5-2021 11:41 AM
Lainnya muka weh
Quote uori 6-5-2021 11:45 AM
lainnya muka dia, memang tak cam langsung
Quote evlinne 6-5-2021 11:56 AM
Mulotkoyak replied at 6-5-2021 10:53 AM
Leher tidak pernah menipu usia

Leher dia xde venus ring pun mcm marhaen atau nora vanish
So KD mmg nmpk muda dri usia klau tgk gambar tu cuma muka nmpk lain sikit
Quote NekNgah 6-5-2021 12:18 PM
Mekap sentiasa tebal.  Tak lemas ke?
Quote KIM.K 6-5-2021 12:36 PM
Bukan susuk ke
Quote Artemesiaa 6-5-2021 04:26 PM
Pastinya cucuk macam2 untuk maintain kelihatan muda mana boleh semulajadi jadi macam tu
Quote alesandra 6-5-2021 06:31 PM
Umur dia 46?ye.. dia kelihatan 46.x de maknanya awet muda.
Quote NataliaLuiz 6-5-2021 11:00 PM
iols makan salmon terus. Dalam sebulan, mesti makan salmon for 4-5 days. Beli 5 cut/fillet tu, meal prep siap2 dengan salad. Dari inject, mkn terus la salmon tu. Salad ada tomato, carrot, daun salad tu pun dah cukup vitamin utk bdn. Kalau rajin, steam sayur bakchoy/sawi/bayam. Jaga makan, kurangkan gula, garam. Actually kalau nak awet muda, kurangkan gula dari skrg.
Quote AKAZ85 7-5-2021 05:43 AM
Ctsentap pon orang kata wat muka kat tempat KD ni gak.. Tapi awat jadi cam adik mak salmah?
Quote dua_chzy 20-5-2021 04:44 PM
Filter boleh la, puih. Ramai kunon yang viral kat teney umo 50an nampak macam 20an la, ujong2 bila tadak filter nampak juga muka neneknya.
Quote exclusive_vvip 20-5-2021 06:59 PM
I pun suka jugak treatment DNA salmon ni..tapi i x cucuk..i buat dermapen,pastu diorg sapu la ekstrak dna salmon tu..mmg cantik kulit jadinya..tapi i x buat tetiap bulan la..still skincare pun kena pilih yg bagus juga..jgn pakai timbang kati tu pls plsssss..
Quote crinklecut 20-5-2021 08:14 PM
exclusive_vvip replied at 20-5-2021 06:59 PM
I pun suka jugak treatment DNA salmon ni..tapi i x cucuk..i buat dermapen,pastu diorg sapu la ekstra ...

berapa harga? kat mana buat?? u buat rejuran ke? teringin nak buat..sebab baca review mengancam jugak

tapi untuk umo krisdayanti ni..kategori masih cantek lagi..mcm anak patung tengok video tu..untung laa banyak duit
Quote exclusive_vvip 20-5-2021 09:54 PM
crinklecut replied at 20-5-2021 08:14 PM
berapa harga? kat mana buat?? u buat rejuran ke? teringin nak buat..sebab baca review mengancam ju ...

dlm 600 per treatment..PDRN namanya..u try buat, mmg best...tapi ni pun dah byk bulan iols x gi sbb dok risau ke covid ni..walaupun tau diorg sanitize, tapi risau gak nak baring2 atas katil yg org lain pun baring kan...paranoid much...hihi
Quote supernaturalee 20-5-2021 09:58 PM
Dh x botox dh ke

1 of the best vocalist dr Indonesia


Quote sue_liah 21-5-2021 09:29 AM
awet muda tang mana, make up tebal sentiasa tidak la nmpk 20an pun

sesuai la dgn umur 40an tu cuma pnadai jaga badan dan sentiasa kemas je

kena la cecantik takut sok2 laki kena sondol..dasar sendiri penyondol
Quote crinklecut 30-6-2021 12:04 PM
exclusive_vvip replied at 20-5-2021 09:54 PM
dlm 600 per treatment..PDRN namanya..u try buat, mmg best...tapi ni pun dah byk bulan iols x gi sb ...

tergoda baca review u..memang i nak buat laa jugak

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.065325 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top