Hampir seminggu selepas menerima dos kedua suntikan vaksin Covid-19, wakil Miss Universe 2020 Malaysia Francisca Luhong James, 25 berlepas ke Hollywood, Florida, Amerika Syarikat pada Rabu.
Francisca yang berasal dari Sarawak dan berketurunan Kayan, Kenyah dan Iban ini memenangi pertandingan Miss Universe Malaysia yang diadakan secara tertutup pada September 2020. Pemegang ijazah Komunikasi Massa daripada Uitm Melaka ini merupakan wanita Dayak pertama yang memenangi pertandingan tersebut. Bakal memperagakan kostum nasional rekaan Carven Ong dan gaun malam rekaan RizmanRuzaini di pertandingan tersebut, wanita yang mempunyai ketinggian 1.75 meter ini juga pernah menjadi 'Top 5 Finalist' di pertandingan Miss Malaysia 2016 dan 2018. - CARI |
Simunggu replied at 6-5-2021 11:06 AM
mcm mana org kenyah, iban, kayan boleh tinggi??
LadyCarefree replied at 6-5-2021 01:24 PM
Apo?! Retu pon dpt keistimewaan vaksin? Who cares abt beauty pageant. Lg pon msia mesti kalah kot.
Buritan replied at 6-5-2021 10:47 AM
Tingginya cik kak ni.. sama tinggi dgn lopakkan
syaz_lina replied at 6-5-2021 03:21 PM
All the best la kat sana. Jgn bawak balik penyakit sudah
hyie replied at 6-5-2021 04:40 PM
support la sikit wakil negara, ni tak asik nak kondem je...punyala busuk hati ish ish ish
bakingsoda replied at 6-5-2021 06:32 PM
vaksin kategori mana ni? warga emas kah
Simunggu replied at 6-5-2021 11:06 AM
mcm mana org kenyah, iban, kayan boleh tinggi??
ADVERTISEMENT