CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Daftar Sukarela Vaksin Astrazeneca, Syed Saddiq Dikecam Ambil Hak Rakyat

5-5-2021 05:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6084| Komen: 31

Tindakan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela bagi penduduk Selangor dan Kuala Lumpur semalam dipersoalkan oleh warganet.


Menurut mereka, sebagai ahli Parlimen Syed Saddiq sudah pun mempunyai kuota wakil rakyat untuk mendapatkan suntikan vaksinnya sendiri.


Kredit foto: IG Syed Saddiq

Sebelum itu Syed Saddiq berkata, dia telah berjaya mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca.

“Alhamdulillah berjaya daftar. Semoga semua urusan vaksinasi dipermudahkan,” katanya di Twitter.



Kredit foto: Twitter

Tidak sampai empat jam ditawarkan kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur, sejumlah 268,000 vaksin AstraZeneca sudah habis ditempah semalam.

Pemberian vaksin AstraZecna secara sukarela dilakukan selepas Kerajaan menimbangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat terhadap tahap keselamatan vaksin berkenaan yang sebelum ini dikaitkan dengan insiden pembekuan darah yang jarang berlaku di beberapa negara.

Untuk rekod Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) antara kumpulan pertama yang menerima suntikan vaksin COVID-19, bermula hujung bulan Februari.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pertimbangan demikian diberi memandangkan tugas ahli politik yang banyak bertemu dengan rakyat.

“Kerajaan bersetuju Ahli Parlimen dan ADUN tidak kira mereka di pihak mana sekalipun, mereka akan diberikan vaksin pada fasa pertama untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dengan berkesan dan selamat.

“Saya minta menteri bincang dengan kepimpinan yang ada dan kita laksanakan apabila vaksin kita terima dalam tempoh terdekat ini,” katanya.


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 5-5-2021 08:43 AM
Edited by Carcosa at 5-5-2021 08:45 AM

Acah2 nak jadi penggalak ambik vaccine, sekali kena kecam. Pedulik plk aku, kau terlepas turn kau masa khas utk ADUN and MP dulu. Mamposlah kau.
Ni tetiba kau apply utk vaccine AZ plk. Kwn aku sorang kena waiting list utk AZ ni. Eh SS, kau cancel lah! Kasi kwn aku. Dahla drpd Johor. Bangang betul dia ni.
Quote buragazz 5-5-2021 09:16 AM
Katanya AstraZeneca ni boleh sebab kan Blood Clot.. gisau pulak aku sebab aku ada darah tinggi..
Quote Punat_button 5-5-2021 09:21 AM
kalau betul dia 'terlepas' kuota MP dulu then he has equal right like any citizen.

apa isunya?

Quote aHoi83 5-5-2021 09:29 AM
Punat_button replied at 5-5-2021 09:21 AM
kalau betul dia 'terlepas' kuota MP dulu then he has equal right like any citizen.

apa isunya?

Betul. Dia dah terlepas ambik pfizer yg utk MP. So boleh jelah dia nak ambik utk AZ ni. Lagi pun suka rela kan nak register. Yg bising2 ni tetau asyik la takot nk vaksin la, tgu org lain jd tikus makmal dulu bla bla bla
Quote mawar_mustika 5-5-2021 09:47 AM
for me ok je die reg utk ambik vaksin ni....bukan ke ramai yg takut nk ambk vaksin ni...so sbg wakil rakyat die tawarkn diri utk ambk vaksin ni dlu....xdelh org duk asyik kate kayangan ambk pfizer marhaen ambk astrazeneca..so die nk tunjukkn die bersama rakyat marhaen lh tu....cuma tulh rsnye ni buka utk selangor n kl je...die ni duk sana ke duk muar...nntkn isu rentas negeri plak...for me i setuju je sesetgh wakil rakyat ambk vaksin astrazeneca ni...so sama ratalh...incase berlaku ape2 sama2 rasa
Quote Bedah.Cun 5-5-2021 09:51 AM
Well, heshe is a civilian. Mak menyampagh dengan heshe neh pon but yang ngkaw fella civilians sebok sangat nak menobatkan politicians ke tahap Agong dah naper? Haper punya mentaliti ler mengkomer neh, asal politician jer komer cap deme sebagai "RAJA"! Tuihh
Quote lwyl 5-5-2021 09:57 AM
Nak complain. Kenapa hantar email suruh saya beli kurta dia?
Quote dodolgemok 5-5-2021 10:22 AM
Jap apa masalahnya? Kalau nak cakap kuota MP patut waktu pfizer tu lagi dia dh amek tpi dia tak amek pon. So dia berebut sekali lah dgan vax astra ni so why bother3x??
Quote renko 5-5-2021 10:33 AM
yang mekak2 tu dah vaksin ke
hahahaha ni mesti spesis suh orang politik vaksin dulu
pastu bila da vaksin org politik
menyalak lak kata hak rakyat sume
netizen beruk sume xkena
Quote isbritneybich 5-5-2021 10:38 AM
nak tunjuk sama2 tersiksa macam rakyat kononnya
dey tiaklebat, duit peti besi amacam?
Quote AKAZ85 5-5-2021 10:47 AM
Biar je laa dia nak amik vaksin AZ ni.. Yg memekak tu dah register ke? Dah cucuk? Masing2 pon takut nak amik dok hingaq kat orang lak.. Dia nak cucuk ikut suka dia laa.. Jangan kata cucuk AZ tapi sebenarnya amik Pfizer konon nak tunjuk kat rakyat vaksin AZ ni bagus udah.. Bukan leh percaya sangat politician Malaysia ni
Quote kucingitam 5-5-2021 10:59 AM
takde masalah kot nak dia nak reg AZ..sukarela kan.. so vaksin dari quota MP tu bagi lah pada org lain..padehal.
Quote BicaraHatiku 5-5-2021 11:01 AM
buragazz replied at 5-5-2021 09:16 AM
Katanya AstraZeneca ni boleh sebab kan Blood Clot.. gisau pulak aku sebab aku ada darah tinggi..

Bila date chuols?

Quote jejarihalus 5-5-2021 11:04 AM
Bgi Aku ok lh dia nak amik..klu tidak nanti rakyat X yakin
Quote scorpionkiki 5-5-2021 11:07 AM
Harinni di um dah ada slot cucuk vaksin ni...ramai mat salleh pi. Jgn ler percaya sangat hal blood clot etc tu...depa kata tak mau dan bnyk masalah...takutkan kita. Then bila ada opening depa yg cup dulu...
Quote Orix 5-5-2021 11:12 AM
biarla dia nk jd tikus makmal... kecoh la netz ni
Quote Nizleen86 5-5-2021 11:22 AM
Habih dia bukan rakyat ke dikkkk??
Takde pulak KJ bagitau untuk rakyat marhaen je
Kalau rakyat kayangan mau pun boleh
Risiko tanggung sendiri
Quote stingerxmas 5-5-2021 11:26 AM
aku ingat this is his second vaksin...ok la itewww his first kheunz?

lain la the first pfizer dah dapat, sekarang nak azeta pulop...mana la tau nak jafi zombie holocaust?

adehhhhh
Quote Decaffeinated 5-5-2021 11:48 AM
Walau pun aku bukan peminat budak ni tapi nak puji juga lah bila dia miss vaksin kayangan dulu bermakna ada orang lain dapat dos dia tu. Dan dia sini pun masuk queue bukan rembat ja. Agaknya lah.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.045345 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top