CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Duduk Atas Lantai Boleh Panjangkan Umur?

4-5-2021 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3578| Komen: 14

Tabiat duduk di atas lantai mungkin tidak selesa berbanding di atas sofa yang lembut tetapi menurut sebuah kajian, ia sangat baik untuk rahsia panjang umur.

Menurut Penyelidik seperti dipetik Well & Good, Blue Zones Dan Buettner, orang yang tinggal di Okinawa, Jepun hanya mempunyai perabot yang sangat minima di rumah mereka dan kebanyakan waktu mereka akan duduk di atas lantai.



Gambar hiasan/The Conversation

"Wanita yang paling lama hidup dalam sejarah dunia adalah berasal dari Okinawa.

"Pengalaman tinggal selama dua hari bersama seorang wanita berusia 103 tahun melihatnya bangun dan duduk lebih 30 ke 40 kali yang bersamaan dengan senaman squat," katanya.

Tidak dinafikan, kebolehan wanita itu yang mampu berulang kali berdiri dan duduk di lantai membuat para penyelidik kagum.

Malah, kajian European Journal of Preventive Cardiology menunjukkan bahawa mereka yang tidak mampu melakukan gerakan itu mungkin lebih pendek umur.



Gambar hiasan/Health Line

"Senaman sangat berhubung kait dengan kelangsungan hidup manusia tetapi penelitian kami juga menunjukkan bahawa mempertahankan tingkat kelenturan tubuh yang tinggi, kekuatan otot dan koordinasi tubuh dapat mempengaruhi usia seseorang.

"Manfaat lain duduk di atas lantai adalah ia baik untuk keseluruhan struktur tubuh serta menjaga keseimbangan dan mengelakkan seseorang yang sudah berusia mudah jatuh," katanya.

Namun, kita disarankan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti aktiviti harian, senaman, pemakanan turut menyumbang kepada kehidupan yang lebih baik.


Sumber: Era.je

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 4-5-2021 02:17 PM
Masaalahnya nak ke usia tu pjg sgt ..
Dgn masalah kesihatan etc...
Quote sarah82 4-5-2021 02:41 PM
Lantai kayu kan.. Bukan simen..
Quote meisapoya 4-5-2021 03:18 PM
Betul. Lagipon, kalau selalu dok atas kerusi je, kaki tak guna betul2. Lama2, urat jadi kejung. Nak smayang pon x leh lipat kaki.
Quote Artemesiaa 4-5-2021 03:53 PM
Kalau dari kecik dah biasa duduk lama2 atas lantai pastinya tak ada masaalah sebab dah terbiasa.  Yang jadi masalah kalau jenis lebih lama duduk atas kerusi dari atas lantai pasti membuat mereka rasa tak selesa naik kebas atau susah bangun sebab sakit lutut.
Quote dexter1013 4-5-2021 05:02 PM
Betul. Lagipon, kalau selalu dok atas kerusi je, kaki tak guna betul2. Lama2, urat jadi kejung.
Quote Perawankota 4-5-2021 11:28 PM
Betul ke idok, yang pasti aku pon selalu duduk atas lantai
Quote damsel_fiji 5-5-2021 04:20 AM
kalu usia panjang..tp fizikal at least mcm 40 nak la jugak..
ni mcm x best jah usia panjang tp sampai bongkok 3..kedut seribu..mata rabun..siap pakej alzheimer pelbagai..menyusahkan org jahhh..apalah nikmat usia panjang kalu cmtuh
Quote Boomibulat 5-5-2021 10:53 AM
Betul la kut..tgk dulu2 masa kecik kita semua mkn atas lantai je sefamili..sekarang klu dok atas lantai susah nak bangun..
Quote NekNgah 6-5-2021 12:42 PM
Orang Jepun duduk di lantai tak sama dengan orang Melayu duduk di lantai.  
Lelaki Melayu bersila, perempuna Melayu bersimpuh.  Sama ke kesan cara duduk ni pada tubuh badan?
Quote MuhdAisy 25-5-2021 10:59 AM
Betul dah tu cuma yang penting jangan lupa amalkan gaya hidup sihat
Quote carrickknowe 3-6-2021 01:47 PM
boleh start duduk atas simen lebih kerap
Quote carrickknowe 3-6-2021 01:48 PM
eh silap..lantai kayu..mana nak cari papan kayu
Quote cariplease 26-7-2021 09:56 PM
Aku suka tido atas lantai kalau balik rumah nenek.
Quote midori_katana 27-7-2021 05:29 PM
akak tak boleh dok atas lantai lama2.. kalau tak sakit punggung mesti kaki kebas.. kadang2 malu bila tgk org tua yg boleh bersimpuh lama. akak ni macam kucen nak beranak.. macam2 posisi.. tupun kebas gak kaki

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.189932 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top