CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ada Yang Nak Beli Tak? - Ibu Lelong Car Seat Tampung Kos Pembedahan Anak

4-5-2021 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3868| Komen: 15

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi sebuah keluarga yang terpaksa mencari dana tambahan bagi menampung kos rawatan anaknya yang baru sahaja berusia 46 hari.


Kisah yang meruntun hati ini diceritakan oleh seorang wanita dikenali sebagai Ummi Ar Rayyan di laman Facebook, dan membuatkan rata-rata warganet berasa sebak akan kisah anak keduanya itu.


 

Menerusi posting tersebut, wanita ini menawarkan untuk menjual car seat dan beberapa barangan bayi bagi menampung kos rawatan anaknya yang diuji dengan pelbagai penyakit. Difahamkan, segala hasil jualan barangan-barangan tersebut akan diguna pakai bagi menampung kos pembedahan anaknya itu.




Pada masa yang sama, dia turut meminta doa daripada orang ramai supaya anaknya kembali sembuh seperti sedia kala. Berbicara dengan lebih lanjut, wanita ini menjelaskan keadaan anaknya selepas dilahirkan sama sahaja seperti bayi yang lain namun, atas persuratan takdir dia terpaksa akur dan reda dengan apa yang telah terjadi.



Jelas wanita ini, anaknya yang dikenali sebagai Sofia merupakan seorang bayi yang sangat aktif seperti bayi-bayi yang lain.


Kredit foto: FB Ummi Ar Rayyan

Namun, alangkah terkejutnya wanita ini apabila doktor membuat panggilan telefon dan memberitahu unuk berjumpa bagi menjelaskan apa yang telah berlaku kepada anaknya itu. Pada masa itu, wanita ini sudah meletakkan harapan yang tinggi untuk membawa pulang anaknya ke rumah namun, sangkaannya ketika itu meleset sama sekali.


Sumber: OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 4-5-2021 02:43 PM
Comel.. Sedih aku baca.. X leh baca habis.
Quote saviour_09 4-5-2021 02:53 PM
semoga dipermudahkan urusan sis sekeluarga

Quote swateng1 4-5-2021 02:54 PM
Allahu.. sedihnyaa.. semoga Allah sembuhkan sakit mu wahai anak
Quote hareeeesah 4-5-2021 02:59 PM
Semoga diberi kesembuhan & ada keajaiban dariNya dibulan mulia ni..
Quote nazzse 4-5-2021 04:42 PM
Allahu... Moga cepat sebuh baby
Quote depresio 4-5-2021 04:57 PM
Kalau aku dah tak operate dah
Biarlah dia pergi dgn tenang..
Quote buapakperut 4-5-2021 06:30 PM
lemah iols tengok newborn macam ni.. semoga diberi kesembuhan.
Quote giyomi 4-5-2021 07:20 PM
semoga dipermudahkan. akak pon tak sanggup baca smpi abis
Quote azimodin 4-5-2021 10:13 PM
Iouls dah merasa menatap & meratap newborn di nicu. Iouls mendoakan anak ini diangkat segala kesakitan yg dialaminya.
Quote Perawankota 4-5-2021 11:32 PM
Ya Allah, semoga bayi ni disembuhkan..
Quote anony-mous 5-5-2021 02:27 AM
Sedihnya. Mesti bertambah sedih sbb lahir2 nmpk normal. Tiba2 esok doc pggil dah mcm2 sakit. Dia x buat details scan ke masa preggy? Penting jugak tu
Quote eyansss 5-5-2021 12:08 PM
depresio replied at 4-5-2021 04:57 PM
Kalau aku dah tak operate dah
Biarlah dia pergi dgn tenang..

maybe percentage diberikan tinggi...  tu mak dia nak try tu...
Quote depresio 5-5-2021 12:47 PM
eyansss replied at 5-5-2021 12:08 PM
maybe percentage diberikan tinggi...  tu mak dia nak try tu...

Tapi kalau baca banyk betul masalah anak tu
Berapa byk pperation yg nak kena buat
Kesian anak
Huhu
Aku faham perasaan mak tu aku x judge dia
Just kalau aku maybe aku let it go je
Quote Ninjanunu 17-5-2021 01:39 PM
Tengok pics je dah sedih. Xleh baca nanti sure nangis.
Quote Supersirap 17-5-2021 03:36 PM
Kepada sesiapa yang berkemampuan bolehlah menyalurkan bantuan, semoga adik ini diberikan kesembuhan

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.302064 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top