CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Trauma Akibat Gangguan Seksual Ahli Keluarga Termasuk Ayah Sendiri, Wanita Ini Terus Anti-Lelaki!

4-5-2021 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4054| Komen: 8

Baru-baru ini kecoh mengenai pendedahan seorang pelajar perempuan tingkatan lima mengenai gurauan 'rogol' yang dibuat oleh guru lelaki sewaktu sesi pembelajaran kelas Pendidikan Jasmani.


Pendedahan tersebut menjadi perhatian ramai pihak yang mengecam perbuatan guru berkenaan kerana menjadikan perkara sensitif sebagai sesuatu yang 'normal' atau tidak serius.

Pernah berada di dalam situasi yang sama, seorang wanita terpanggil untuk berkongsi pengalaman yang pernah dialaminya sewaktu kecil bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.


Gambar Hiasan


Menerusi satu perkongsian di IIUM Confession, wanita yang enggan dikenali itu berkata dia pertama kali menjadi mangsa gangguan seksual ketika dalam lingkungan usia lima atau enam tahun ketika pulang ke kampung.


"Aku bermain dengan abang aku dan dua orang sepupu lelaki yang lebih tua daripada aku. Di sinilah bermulanya episod pertama di mana aku terkena gangguan seksual mereka bertiga.

"Masa ni aku sangat muda and aku tak tahu apa-apa pun pasal benda ni. Reaction aku? Aku gelak sebab aku ingat dia orang mengusik aku.

"Episod kedua adalah di rumah aku sendiri. Waktu ni umur aku dalam 10 atau 11 tahun. Aku akui pada waktu tu, memang tak ada apa-apa knowledge pasal benda-benda macam ni. Kali ni ia adalah daripada ayah aku sendiri. Berkecai hati aku bila ingat balik. Ayah sendiri kot," ujarnya.

Menurut wanita ini yang merupakan anak tunggal perempuan di dalam keluarganya, episod hitam tersebut terus berlaku buat kali ketiga dengan pelakunya adalah adik lelakinya!


Kredit foto: mStar


"Disebabkan time tu aku dah matang sikit, aku terus cerita dekat mak aku sambil nangis-nangis. Mak aku marah adik aku teruk gila dan dia tak bagi dah adik-beradik aku masuk bilik aku. Dia suruh kunci pintu bilik setiap kali tidur dan dia seorang saja yang pegang kunci bilik aku," ujarnya yang kini berusia 28 tahun.

Tambah wanita berkenaan, episod hitam yang melanda dirinya terhenti seketika memandangkan dia menyambung persekolahan di sebuah sekolah berasrama.

"Aku try maafkan mereka sebab aku nak ketenangan hati dan jiwa aku sendiri tapi, bohonglah kalau aku cakap aku maafkan mereka 100 peratus. Aku manusia biasa.

"Apa-apapun, aku serahkan semuanya kepada Allah. Dia Maha Mengetahui. Mungkin dia orang boleh terlepas di dunia ni, tapi di akhirat semuanya bakal diadili.

"Setakat ni, tak ada sorang pun yang datang minta maaf dekat aku. Entah dia orang ingat ke tak perbuatan yang dilakukan pada ku," ujarnya.

Beberapa kali menjadi mangsa gangguan seksual, wanita ini berkata dia mengalami trauma sehingga mengehadkan pergaulannya dengan rakan-rakan lelaki baik ketika dia alam universiti mahupun pekerjaan.


Kredit foto: The Star Graphics

"Aku still single tapi aku happy je. Cumanya aku ni jadi seorang yang kuat melawan. Aku tak suka dipijak sebab mengenangkan diri aku yang terlalu naif sangat dulu sampai orang ambil kesempatan dekat aku.

"Colleagues lelaki aku dekat office pulak cakap aku ni lesbian sebab dia orang ingat aku suka perempuan je. Aku akan berkahwin insyaAllah kalau ada rezeki dan jodoh aku di dunia ni, tapi biarlah aku pilih betul-betul dulu.

"Tapi apa-apapun, jangan suka-suka saja nak judge orang dari luaran, kita tak tahu apa struggle orang tu," katanya lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 4-5-2021 01:45 PM
Cabaran jadi perempuan..sabar la sis..aku penah kena intai time tgah mandi dgan abang aku sndri..bila aku prasan kat dinding lalamnangis bgtau mak bapak aku opkos la bapak aku bantai abang aku cukup2 dgan tali pinggang..yg mak aku bleh bekap abang aku ckap alahai baru nak mandi kan blum bukak baju lagi kecoh sngat kenapa..aku terkilan smpai skng dengan mak aku bila ingt blik kata2 dia tu..dah la bilik abang aku tu mmg sebelah bilik air tah2 b4 tu pun dia da lama mngintai aku..apa jenis mak la bekap sgat anak kesayangan dia tu sbab tu la aku meluat bila org ckap mak bapak takde dosa ngan anak..aku trus trang ckp smpai mati aku akan ingat benda ni..even laki aku pun tak tau pasal ni aku pendam je smpai skang..
Quote Artemesiaa 4-5-2021 03:58 PM
Banda macam ni akan membuat orang tu trauma sepanjang hayat
Quote evlinne 4-5-2021 07:12 PM
Kat msia kita ada support group ke utk mangsa rapist dsb utk share curhat?
Dan group camni bleh menyebabkan diri mangsa2 itu lagi depressed tak? Curious
Quote Adrif 4-5-2021 07:58 PM
androphobia ptsd?
Quote gigahertz 4-5-2021 10:46 PM
mamajawie replied at 4-5-2021 05:45 AM
Cabaran jadi perempuan..sabar la sis..aku penah kena intai time tgah mandi dgan abang aku sndri..bil ...

cabaran adik beradik perempuan lagi besar sis.
Quote Meiizu 4-5-2021 11:37 PM
mamajawie replied at 4-5-2021 01:45 PM
Cabaran jadi perempuan..sabar la sis..aku penah kena intai time tgah mandi dgan abang aku sndri..bil ...

Jgn bagitau laki sis.
Luah kat porum je k
Quote bangcak 9-5-2021 01:58 PM
episod hitam... episode hitam...
apa yg deyol buat tak citer pon.
episod awal masakecik dgn kawan2 tapi tt tak bgtau pon kawan2 tu buatpe??

tarik rambut ke?? conteng pipi ke???

tetiba episod kedua dituduhnya ayah sendiri.
ayah tu buat ap??
sebat hangar kat bontot ke??
ayah tempelenv muka tt ka??

karangan bukan main panjang.
tapi isi sebutir pon tadak.
yg ada sekadar tuduha  ta pa cerita.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.173053 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top