CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukan Guna Telefon Bimbit Je, Siap Buat Teh Ketika Memandu!

28-4-2021 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3281| Komen: 15

Seorang pemandu kereta di England bukan sahaja ditahan kerana menggunakan telefon bimbit, malah dia menyiapkan secawan teh ketika memandu!

Pada mulanya anggota polis trafik mengesan pemandu berkenaan yang ketika itu melalui lebuh raya M62 sedang menggunakan telefon bimbit, lapor Metro.co.uk.



Kredit foto: Getty/@MerPolTraffic

Selepas memintas dan menahan kereta berkenaan, anggota polis bertugas terkejut apabila melihat ke dalam kenderaan pemandu tersebut.

Terdapat cerek di kerusi penumpang dan tumpahan susu di lantai kereta.

Insiden itu turut dikongsikan di Twitter North West Motorway Police.

"Anggota polis trafik memberhentikan sebuah kenderaan di M62 kerana pemandunya menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

"Ketika anggota itu memberhentikan kereta, dia melihat pemandu berkenaan juga sedang membuat secawan teh!" demikian menurut ciapan yang dimuat naik.



Kredit foto: Twitter

Ia juga menyatakan laporan kesalahan lalu lintas turut dikeluarkan terhadap pemandu berkenaan. 


Sumber: mStar
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • PomenObersea

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cece1234 28-4-2021 01:39 PM
Bole plak sempat buat teh..
Quote namr 28-4-2021 01:41 PM
Abislah tumpah teh
Quote Belibis 28-4-2021 01:42 PM
Mr bean siap gosok gigi dalam kereta.
Quote matchstick 28-4-2021 01:59 PM
Teh o ke teh tarik.. kalu teh tarik baru power
Quote merrissa 28-4-2021 02:00 PM
adoi R&R takde ke....cantik kot tmpt rehat deme
Quote Jitu 28-4-2021 02:01 PM
ni mesti jenis buat kereta mcm tong sampah bergerak
jenis tak kisah kereta kotor
Quote Perawankota 28-4-2021 02:56 PM
Belibis replied at 28-4-2021 01:42 PM
Mr bean siap gosok gigi dalam kereta.

Apa nak heran.. Ustaz pon OK je bersugi dlm kereta
Quote Nana_Man 28-4-2021 03:20 PM
Belibis replied at 28-4-2021 01:42 PM
Mr bean siap gosok gigi dalam kereta.

Gosok gigi, bukak baju, tukar baju. Yg paling best, lepas dia shopping boxing day tu.
Quote Artemesiaa 28-4-2021 03:36 PM
Mesti banyak lipas semut dalam keretanya tu.  
Quote bakingsoda 28-4-2021 04:35 PM
porumer kot. takdan2 nak tumpahkan teh panas di bodgos, sambil drive pon jadi
Quote dani-rox 28-4-2021 07:06 PM

Quote helicornia 28-4-2021 10:05 PM
matchstick: Teh o ke teh tarik.. kalu teh tarik baru power

nampak mcm teh susu.pandai lak mat saleh minum teh susu
Quote NataliaLuiz 29-4-2021 11:47 AM
Kereta tu autodrive ke apa? Sempat pulak buat teh.
Quote raxief 29-4-2021 12:01 PM
dulu2 aku ikat necktie masa driving.. tp mmg bahaya

skrg bnyk pakai baju korporat @ keparat.. haha.. no more necktie..
Quote cmf_almondpecan 29-4-2021 12:54 PM
How very British. Kesalahan buat a cup of tea semasa memandu.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.042372 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top