CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Che' Puan Khaleeda Gesa Guru Lucah Diambil Tindakan

28-4-2021 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17156| Komen: 119

Isteri Tunku Mahkota Johor, Che' Puan Khaleeda Bustamam menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung seorang guru yang didakwa bergurau berkenaan rogol.


Kredit foto: IG Che' Puan Khaleeda


Che' Puan Khaleeda dalam satu kenyataan dimuat naik dalam Facebook rasmi miliknya berkata, tindakan tegas terhadap guru tersebut perlu diambil segera.

"Video baru-baru ini tentang seorang pelajar yang mengadu guru Pendidikan Jasmaninya bergurau secara keterlaluan dan mengatakan tidak salah untuk merogol telah menjadi viral dalam media sosial.

"Saya mohon pihak berkuasa menjalankan siasatan mengenai perkara ini dan tindakan tegas terhadap guru tersebut perlu diambil segera," katanya.


Kredit foto: FB Che' Puan Khaleeda


Dalam kenyataan itu lagi, beliau berkata, isu rogol merupakan perkara serius dan perbuatan yang termasuk dalam jenayah berat.

Menurutnya, guru merupakan ejen sosialisasi kedua terpenting selepas ibu bapa dan peranan mereka bukan sahaja mendidik malah membentuk akhlak pelajar.

"Oleh yang demikian, dalam situasi apa sekalipun perkara ini tidak seharusnya dijadikan bahan jenaka dan juga gurauan," ujarnya.

Beliau turut memuji pelajar perempuan tersebut kerana berani menyuarakan perkara serius itu di media sosialnya.


 
Kredit foto: IG Che' Puan Khaleeda

Baru-baru ini tular satu video berdurasi 59 saat memaparkan dakwaan seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun yang kesal dengan jenaka keterlaluan guru lelaki yang seolah-olah menggalakkan jenayah rogol.

Menurut pelajar itu, kejadian berlaku ketika kelas Pendidikan Jasmani dan topik perbincangan berkaitan kesedaran gangguan seksual dan cara-cara menjaga diri ketika menghadapi gangguan tersebut.

Bagaimanapun dakwanya, sesi pembelajaran bertukar sebaliknya apabila guru terbabit mula membuat jenaka lucah berkaitan rogol.

Video dimuatnaik dalam aplikasi Tik Tok dan Twitter itu mengundang perdebatan masyarakat awam yang turut mengecam tindakan guru itu.


Sumber: Sinar Harian 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote atira 28-4-2021 12:31 PM
cer baca FB...
tak padan dgn cikgu tua bangka.. bukan main dok melucah
Quote mclaren 28-4-2021 12:33 PM
atira replied at 28-4-2021 12:31 PM
cer baca FB...
tak padan dgn cikgu tua bangka.. bukan main dok melucah

Fb cikgu yg dlm news ni ke
Quote atira 28-4-2021 12:36 PM
mclaren replied at 28-4-2021 12:33 PM
Fb cikgu yg dlm news ni ke

yg dua ekor cikgu tu ka... tu antaranye


Quote mclaren 28-4-2021 12:48 PM
atira replied at 28-4-2021 12:36 PM
yg dua ekor cikgu tu ka... tu antaranye

Ni cikgu yg kata nak rogol  biar above 18 tu ke?

Disgusting convo!
Quote dua_chzy 28-4-2021 12:56 PM
atira replied at 28-4-2021 12:36 PM
yg dua ekor cikgu tu ka... tu antaranye

Laki orang, bapak orang suma ni kan? Celaka bangsat! Akak memang anti bila cikgu2 dok melucah imagine bukan2 kat student yang ibarat anak sundri. Masing2 tak ingat benih kat rumah tu bila dah bertuhankan kote.
Quote kam3n 28-4-2021 01:18 PM
mclaren replied at 28-4-2021 12:48 PM
Ni cikgu yg kata nak rogol  biar above 18 tu ke?

Disgusting convo!

Bukan. Ni cikgu lain yg otak sama kuning. Kat twidder banyak expose screenshot komen2 cikgu2 dari group fb & komen2 jantan pedo kat malaysiakini.
Quote nirman 28-4-2021 01:28 PM
looks like she is being groomed . bagusla nanti bila jadi permaisuri tak la culture shock dan gaduh dalam forum/insta
Quote saviour_09 28-4-2021 01:39 PM
its about time

cikgu2 babi melucah dgn student ni mmg patut name & shame

selagi tak malu 1 keturunan selagi tu tak serik

buto la nangis2 insof bila dah  kantoi

ni semua jaman tori punya cerita la

Quote mclaren 28-4-2021 01:54 PM
Tak tahu wujud fenomena begini sebab tak join sgt social media. Ya allah geram nya. Nak luku je kepala sekor2. Geram sangat.

Cikgu yang dlm kes Ain tu i want to say to him, harap ada lah yang sanggup rogol mak atau isteri dia sebab umur atas 18thn  (opps lawak je).
Quote caprut 28-4-2021 02:00 PM
Edited by caprut at 28-4-2021 02:07 PM
dua_chzy replied at 28-4-2021 12:56 PM
Laki orang, bapak orang suma ni kan? Celaka bangsat! Akak memang anti bila cikgu2 dok melucah imag ...


Sebab tu la aku tk suke cikgu. Da salah tu ngaku je. Ni suke tulis ayat berjela2 tk mcm pendidik betol perangai.bukan aku ngata ko ek

Sikit2 merengek geng cikgu ni. Nk merengek antara geng2 je da ckup. Ni semua terpaling betol, terpaling mulia dkt media sosial
Quote Orix 28-4-2021 02:13 PM
atira replied at 28-4-2021 12:36 PM
yg dua ekor cikgu tu ka... tu antaranye

bodo... cemana la boleh jd cikgu

kecoh kt fb, cikgu2 tu da private kan acc, ada yg deactivate, tp ummah sempat screenshot gambar cikgu tu....muka dah la x semenggah, mcm kalau main 20 saat dah pancut jah rupa ada hati nk komen seksual mcm tu
Quote mclaren 28-4-2021 02:16 PM
Orix replied at 28-4-2021 02:13 PM
bodo... cemana la boleh jd cikgu

kecoh kt fb, cikgu2 tu da private kan acc, ada yg deacti ...

Ada anak isteri tak cikgu2 miang tu? Apa perasaan bersuamikan atau berbapakan or berabang/adikkan lelaki2 macam ni.
Meloyakan.
Quote atira 28-4-2021 02:19 PM
mclaren replied at 28-4-2021 12:48 PM
Ni cikgu yg kata nak rogol  biar above 18 tu ke?

Disgusting convo!


ni dua ekor cikgu pro kpd perogol tu
Quote atira 28-4-2021 02:23 PM
dua_chzy replied at 28-4-2021 12:56 PM
Laki orang, bapak orang suma ni kan? Celaka bangsat! Akak memang anti bila cikgu2 dok melucah imag ...

yg cikgu perempuan pon ada yg back-up... siap kutuk budak yg komplen
eee.. aku mmg tak boleh FB sekarang....
tapi dok baca org screenshot kat twitter..

ni katanye dari fb group cikgu2

[twitter]https://twitter.com/sftmhk/status/1387219554934263817[/twitter]
Quote atira 28-4-2021 02:26 PM
Orix replied at 28-4-2021 02:13 PM
bodo... cemana la boleh jd cikgu

kecoh kt fb, cikgu2 tu da private kan acc, ada yg deacti ...

info diorang dah bertaburan dah... padan muka






Quote Orix 28-4-2021 02:37 PM
atira replied at 28-4-2021 02:23 PM
yg cikgu perempuan pon ada yg back-up... siap kutuk budak yg komplen
eee.. aku mmg tak boleh FB s ...

sick nya yg komen pun dari kalanga perempuan sendiri... pstu duk petik pasal aurat... bodoh
Quote Cik_jantung 28-4-2021 02:38 PM
ANTI ROGOL..

Bagus CPK. Menteri wanita kita saper yer.. takde bunyi eh
Quote famri7 28-4-2021 02:40 PM
atira replied at 28-4-2021 06:26 AM
info diorang dah bertaburan dah... padan muka

Muka standard common melei yang antivaksin , percaya illuminati dan suka share tip2 mandi wajib sebelum bersahur.

Also potential traits
- bini suka share resepi viral 3 bahan
- naik alza
- sumbat anak makan sosej bersahur kerana sidia sangat sukakan western food.
- bini matching baju hauk mcm badut
- suka beli set oden
Quote dua_chzy 28-4-2021 02:44 PM
caprut replied at 28-4-2021 02:00 PM
Sebab tu la aku tk suke cikgu. Da salah tu ngaku je. Ni suke tulis ayat berjela2 tk mcm pendidik ...

Aiol dah lama perasan jenis2 gini biasanya batak glemer je. Cikgu2 suka post gamba anak murid ka mak bapak pelajar ka tu pun ai tak suka walau hapa yang dipost tu positif. Memang ko batak if buat gitu sebab bukan ada consent, tapi dipost merata kat tenet. Pehtu bangga bila viral. Buduh.

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.050206 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top