CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Beranak Didakwa Jual Campuran Peluntur Sebagai Penawar Covid-19

28-4-2021 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1927| Komen: 3

Seorang lelaki dan tiga anaknya dari Florida didakwa di mahkamah kerana dipercayai menjual campuran bahan kimia berbahaya sebagai penawar kepada Covid-19 dan beberapa penyakit kronik yang lain.    


Lapor Oddity Central, Mark Grenon, 62 bersama anak lelakinya, Jonathan, Jordan dan Joseph didakwa atas kesalahan memasarkan dan menjual puluhan ribu botol dikenali Miracle Mineral Solution (MMS) di seluruh Amerika Syarikat (AS).


Beberapa barang bukti dirampas dalam serbuan di rumah Jonanthan di Florida, Amerika Syarikat.

Mereka mendakwa MMS dapat merawat, mencegah dan menyembuhkan Covid-19 serta penyakit lain seperti kanser, Alzheimer, diabetes, HIV / AIDS, malaria bahkan autisme.

Pendakwa raya mempertikaikan dakwaan itu dengan menjelaskan bahawa MMS sebenarnya merupakan larutan yang menjadi klorin dioksida apabila ditelan.    

Klorin dioksida merupakan peluntur yang biasanya digunakan untuk rawatan air industri atau tekstil, pulpa dan kertas.

Berdasarkan laman sesawang Justice.gov, pendakwaan itu turut menyatakan Grenon beroperasi dibawah Genesis II Church of Health and Healing, sebuah entiti yang sering mengabaikan peraturan perubatan.

Menurut pendakwa Persekutuan di mahkamah di Miami, hasil serbuan di rumah Jonanthan mendapati keluarga tersebut menghasilkan MMS di sebuah bangsal di Bradenton, Florida.

Pihak berkuasa turut merampas puluhan tong biru yang mengandungi kira-kira 4,535 kilogram serbuk natrium klorit dan bahan lain yang digunakan dalam proses penghasilan dan pengagihan MMS.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 28-4-2021 07:30 PM
bole mampus minum peluntur
Quote notM 28-4-2021 07:34 PM
Level macam Indon gak USA
Quote NataliaLuiz 29-4-2021 11:38 AM
Bahaya betul tu. Adui laa. Mcm2.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.027467 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top