CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Digigit serangga, anak Nana Mahazan jalani pembedahan

28-4-2021 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12097| Komen: 41|Original author: piao


NANA Mahazan bersama anaknya, Althea Raqeem Brian.


Digigit serangga, anak Nana Mahazan jalani pembedahan

PETALING JAYA – Penyanyi, pengacara dan penyampai radio, Nana Mahazan berkongsi kisah anak sulungnya, Althea Raqeem Brian, 11, yang terpaksa menjalani pembedahan pada bahagian belakang paha berhampiran punggung selepas digigit serangga sehingga menjadi bisul dan membengkak.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, 38, berkata dia tidak menyangka anaknya terpaksa menjalani pembedahan hanya disebabkan gigitan serangga.

“Sekitar dua minggu lalu Althea cakap dia kena gigit serangga (dipercayai nyamuk) dekat bahagian belakang paha selepas bermain dekat taman permainan berhampiran rumah. Ada bintat seperti gigitan nyamuk.

“Selepas beberapa hari dia mengadu sakit dan bengkak (kawasan gigitan) sehingga bertukar menjadi kebiruan. Saya hantar dia ke klinik dan doktor cakap ada bisul dan telah merebak ke sekeliling bahagian tersebut,” ujarnya.

Kongsi bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama (AF1) itu lagi, disebabkan faktor usia Althea yang masih kecil, doktor menyarankan supaya dia menjalani pembedahan di hospital kerana kurang menyakitkan.

“Althea mengalami kesakitan untuk berjalan dan duduk. Kesian sangat. Jadi selepas melakukan ujian calitan Covid-19 di hospital pada pukul 10.30 malam, Althea terus menjalani pembedahan pada malam itu juga pada pukul 11.30 malam, namun ditangguhkan sehingga pukul 1.30 pagi.

“Disebabkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, pihak hospital tak bagi tukar penjaga. Kalau mak yang jaga, kena orang yang sama jaga sehingga dibenarkan keluar hospital,” ujarnya.

Dakwa Nana, selepas anaknya selesai menjalani pembedahan, Althea sudah tidak lagi berasa sakit dan perkara itu membuatkan penyanyi kelahiran Muar, Johor itu berasa lega.

“Tak sangka perkara kecil (digigit serangga) boleh membawa kepada pembedahan. Tapi tidak mengapa, syukur alhamdulillah semuanya selamat,” katanya.

Sekadar info, selain Althea, Nana juga mempunyai seorang lagi cahaya mata iaitu Aaqib selepas berkahwin dengan suaminya, Raqeem Brian Abdullah pada 6 Jun 2009. -K! ONLINE

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 28-4-2021 07:44 AM
itu lah kau pakai seluar secoet je, mau tak kena gigit, nasib x sempat masuk seluar tu. kalau x, nayaaaaa
Quote koko2 28-4-2021 07:56 AM
lahai cam ni pun bole jadi berita
Quote famri7 28-4-2021 08:04 AM
Anak muka xda iras mak lansung.
Quote matchstick 28-4-2021 08:10 AM
famri7 replied at 28-4-2021 08:04 AM
Anak muka xda iras mak lansung.

Kalau mak nye tak bermekap ada lah iras jgk
Quote helicornia 28-4-2021 08:22 AM
famri7 replied at 28-4-2021 08:04 AM
Anak muka xda iras mak lansung.

anak byk ikut muka husben
Quote Themilo 28-4-2021 08:39 AM
famri7 replied at 28-4-2021 12:04 AM
Anak muka xda iras mak lansung.

maknya dulu pun berapa lama baru boleh sampai level glowing macam ni..
Quote Kepot 28-4-2021 08:45 AM
anak dia iras somi dia.
Quote Cece1234 28-4-2021 08:48 AM
Sian anak dia..
Quote nolya 28-4-2021 09:39 AM
Yg ini baru Brian asli, bukan Brian tempelan kan?
Quote idril 28-4-2021 09:47 AM
kiah_mai_pulak replied at 28-4-2021 07:44 AM
itu lah kau pakai seluar secoet je, mau tak kena gigit, nasib x sempat masuk seluar tu. kalau x, nay ...

megekek iols gelak..... pada anak brian ni moga cepat sembuh... lepas ni pakai suor panjang
Quote chandrahusin 28-4-2021 10:04 AM
“Selepas beberapa hari dia mengadu sakit dan bengkak (kawasan gigitan) sehingga bertukar menjadi kebiruan. Saya hantar dia ke klinik dan doktor cakap ada bisul dan telah merebak ke sekeliling bahagian tersebut,” ujarnya.

bahayanya.. mesti igt takde apa lps kena gigit
sekali smpai bisul
get well soon girl
Quote tipah89 28-4-2021 10:49 AM
kuat betul genetic husband dia kat anak2..tapi dia pun kalu xmekap lain muka  sembap gila
Quote Boomibulat 28-4-2021 10:55 AM

Bapak dia Raqeem Brian tu org putih ke?
Quote kembangbunga 28-4-2021 11:47 AM
Boomibulat replied at 28-4-2021 10:55 AM
Bapak dia Raqeem Brian tu org putih ke?

cindian uols
Quote Boomibulat 28-4-2021 11:55 AM

Patut la..         
Quote my_irina 28-4-2021 12:00 PM
Rengsa tengok byk naw aksesori telinga...tangan...jejari...kekadang ade lukis dkt pipi si nana ni...
Quote ngek 28-4-2021 12:04 PM
iols sorg je ke rasa muke Nana pun mcm dh jalani pembedahan?
nampak lain pulek
Quote Minami2013 28-4-2021 12:49 PM
ngek replied at 28-4-2021 04:04 AM
iols sorg je ke rasa muke Nana pun mcm dh jalani pembedahan?
nampak lain pulek

Dulu i ingat sbb braces je. Tapi bila i tgk safiey pond tu buat tarik benang ke apa kat muka.. mmg nampak slimmer dan mmg bentuk muka jadi cantik. Dengan treatment  rejuren, prp lagi, mmg boleh upgrade muka.
Quote mama_neko 28-4-2021 01:24 PM
kena tebuan pa? budak kdg tak kenai.. mcm sepupu aku masa tu umur 9-10years old, tgh dok jalan tepi jalan, takdak semak2 ka apa, kena patuk ular, dia igt kena semut ja, balik rumah baru nampak severity patukan tu.. doc GH kata she is one lucky child..

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.044763 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top