CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kahwin VIP - Nora Ariffin Buka Mulut Isu Hubungannya Dengan Annuar Musa

30-4-2021 10:11 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 19193| Komen: 65|Original author: Oleh: natrahn

Kredit foto: Malay Mail


Agak mengejutkan apabila Datuk Nora Ariffin didakwa sudah menjadi isteri kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa. Biar Betul?

Selama empat tahun bergelar ibu tunggal selepas kematian suaminya, Johan Nawawi, inilah kali pertama kita dengar cakap-cakap Datuk Nora Ariffin dikaitkan dengan gosip percintaan.

Isu ini hangat diperkatakan di media sosial hingga anak sulung Nora, Mohamad Syakir Iman mempertahankan ibunya dengan menafikan Annuar kini bergelar ayah tirinya.



Kredit foto: Gempak - Nora bersama anak sulungnya

Nora  menjelaskan bahawa laporan mengenainya sudah menikahi Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa adalah tidak benar dan tidak masuk akal. Dia membuat pengakuan kepada BH Online mengenai hubungannya dengan Menteri tersebut. 

"Memang saya mengenali beliau (Annuar) dan kenamaan lain. Tetapi, selalunya atas urusan kerja. Sebagai penyanyi, adalah perkara biasa untuk saya bertemu dengan pelbagai golongan. Setakat itu sahajalah," katanya kepada BH Online.

Tambahnya lagi sekiranya dia sudah berkahwin dengan VVIP, mungkin dirinya tidak sibuk seperti sekarang untuk menjana pendapatan.

"Selain sibuk dengan kerjaya seni, saya mempromosikan pelbagai produk dalam akaun Instagram (IG). Kalau betul saya berkahwin dengan VVIP, tak perlulah saya nak susah payah buat semua kerja itu," tambahnya lagi.

Nora, 48, masih sendirian selepas kehilangan suami tercinta pabila komposer ternama tanah air itu meninggal dunia pada 24 Mac 2017. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blue^panther 30-4-2021 10:13 AM
Jarang gosip cari tak betul, tp takpe aku percaya la gosip ni tak betul......hehehe ;)
Quote manehnya 30-4-2021 10:22 AM
kata sayang sgt, bluek
Quote lalasahaja 30-4-2021 10:24 AM
blue^panther replied at 30-4-2021 10:13 AM
Jarang gosip cari tak betul, tp takpe aku percaya la gosip ni tak betul......hehehe ;)

banyak je merepek.. kita ingat yg betul dan separuh betul je

satu lagi yg fake gossip Hannah Delisha couple ngn Dai Syed... pusing2 Hannah kawen dengan hubby dia
Quote Boomibulat 30-4-2021 10:42 AM
Soalan:
Klau kata betul diorang kawin,kat syurga nti sape yg akan jadi suami nora?arwah suami ke suami Terbaru?
Quote KIM.K 30-4-2021 11:02 AM
At least vip dah pandai buat yang halal. Kalau tidak dia langgan je
Quote nomie 30-4-2021 11:12 AM
Boomibulat replied at 30-4-2021 10:42 AM
Soalan:
Klau kata betul diorang kawin,kat syurga nti sape yg akan jadi suami nora?arwah suami ke su ...

yang ni menurut apa yg sy dengar dr ustaz, perempuan akan berada bersama suami mana yang dia paling sayang.. wallahu'lam..
Quote stania83 30-4-2021 11:25 AM
Anuar musa ni dulu gosip ngan ezlynn
Quote kay781 30-4-2021 11:40 AM
Boomibulat replied at 30-4-2021 10:42 AM
Soalan:
Klau kata betul diorang kawin,kat syurga nti sape yg akan jadi suami nora?arwah suami ke su ...

Suami terakhir yang dikahwini
Quote ketupatnasi 30-4-2021 11:45 AM
Cantiknya nora.. Aging gracefully.
Quote Ivysaur 30-4-2021 12:02 PM
Boomibulat replied at 30-4-2021 10:42 AM
Soalan:
Klau kata betul diorang kawin,kat syurga nti sape yg akan jadi suami nora?arwah suami ke su ...

Aku pun nak tau jugak ni
Quote Vellfire 30-4-2021 12:02 PM
Boomibulat replied at 30-4-2021 02:42 AM
Soalan:
Klau kata betul diorang kawin,kat syurga nti sape yg akan jadi suami nora?arwah suami ke su ...

أَيُّمَا امْرَأَةٍ تُوُفِّيَ عَنْهَا زَوْجُهَا، فَتَزَوَّجَتْ بَعْدَهُ فَهِيَ لِآخِرِ أَزْوَاجِهَا
Maksudnya: “Mana-mana wanita yang kematian suami dan dia bernikah lagi selepas daripada itu, maka suaminya di Syurga adalah yang paling akhir dinikahinya.” [Riwayat al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Awsath (3130)]

يَا رَسولَ اللهِ الْمَرْأَةُ يَكُونُ لَهَا الزَّوْجَانِ فِي الدُّنْيَا، يَعْنِي يَكُونُ زَوْجًا بَعْدَ زَوْجٍ فَيَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ فَلِأَيِّهِمَا تَكُونُ؟ قَالَ: لأَحْسَنِهِمَا خُلُقًا
Maksudnya: “Wahai Rasulullah! Sekiranya seorang wanita itu mempunyai dua orang suami di dunia, iaitu suami yang dinikahinya selepas pernikahan yang pertama dan kesemua mereka itu memasuki Syurga. Siapakah yang akan menjadi suaminya (di Syurga nanti)? Nabi SAW menjawab: Suami yang akan bersamanya adalah yang paling baik akhlaknya.” [Riwayat al-Bazzar (6631)]
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3183-irsyad-al-hadith-siri-ke-351-siapakah-suami-di-syurga



Quote tipah89 30-4-2021 12:18 PM

Biasalah, kadang yg lebih2 sgt ni, kejap je da ada pengganti, tu contoh munge indo tu, kata syg siap tempah kubur sebelah tapi belum apo da berkepit dgn jantans sana sini.

Quote slavehunter 30-4-2021 03:50 PM
Time kawin dengan arwah bekas laki kemain kekwat, bayangkan kawin Tan sri menteri bertambah kekwat lagi.
Quote Zeatyisaac 30-4-2021 04:00 PM
I pun selalu tertanya, suami yang mana. Kalau perempuan boleh pilih suami mana yang dia nak bersama di Syurga Allah nanti, apakah suami terakhirnya akan izinkan?
Quote nolya 30-4-2021 06:39 PM
Boomibulat replied at 30-4-2021 10:42 AM
Soalan:
Klau kata betul diorang kawin,kat syurga nti sape yg akan jadi suami nora?arwah suami ke su ...

Kenapalah tanya soalan yg orang tak boleh jwab. Sape yg akan jadi suaminya tak akan ade yg kesah kerana semua orang sibuk dgn kebahagiaan sendiri. Jgnlah gossip dunia dibawa sampai ke akhirat.
Quote Carcosa 1-5-2021 09:59 AM
Alehhhh. Si Nek Jilah kemain nafi2. Ujung2, skrg ckp psl nak bunting plk dgn laki baru. Choi retis. Bohongg je kerje. Si Nek Norah ni, takpayahla acah2 suci. Sbb tu lah baru2ni dpt Dato ya? Belaki VVIP ghopernya. Iyolahhhhhh.
Quote riena3321 1-5-2021 10:34 AM
tak kan nak tolak tuah. muntri pulak tu
Quote 3chanceno 1-5-2021 10:48 AM
Adehhhhhhh....dah nafikan kira benang sebelah membawang tu kena kiv lanak kena siapkan knee padvla nie
Quote awekjepun 1-5-2021 03:55 PM
Boomibulat replied at 30-4-2021 10:42 AM
Soalan:
Klau kata betul diorang kawin,kat syurga nti sape yg akan jadi suami nora?arwah suami ke su ...

Suami terakhir

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.317309 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top