CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Riena Diana Bertudung Sepanjang Ramadan

27-4-2021 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3826| Komen: 8

Kehadiran bulan Ramadan membuka pintu hati pelakon dan penyampai radio, Riena Diana untuk mengambil keputusan memakai tudung.

Riena berkata, selain mahu mengumpul pahala di bulan mulia ini dia juga dalam proses untuk belajar dan merasai pengalaman berhijab.  


Foto: IG

"Sebenarnya saya belum terfikir nak pakai tudung sepenuhnya lagi, tapi saya ambil keberkatan bulan Ramadan ini dengan memakai tudung sepanjang mengendalikan segmen Geng Pagi Hot di stesen radio Hot FM. 

"Ketika saya maklumkan kepada penerbit untuk membawa karakter bertudung di konti radio sepanjang bulan puasa ini, dia memberi galakan dan menyokong pilihan yang saya buat. 

"Saya anggap ini adalah permulaan untuk saya membiasakan diri sebelum mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya satu hari nanti. Apapun, doakan semoga impian untuk berhijab dipermudahkan," katanya. 




Menurut Riena lagi, sejak mengenakan tudung pada hari pertama puasa dia mengakui Ramadan yang dilalui lebih bermakna.

"Jujur macam-macam perasaan  bermain di fikiran, tapi apa yang lebih menyeronokkan  bila rasa puasa kita lebih bermakna. 



"Lagipun, tahun lalu ada beberapa hari yang saya tidak dapat berpuasa kerana jatuh sakit. Tapi, tahun ini insha-Allah saya akan berpuasa penuh selain tidak dapat berpuasa kerana keuzuran," katanya. 

Terdahulu, pada 24 Februari lalu Riena dipilih menjadi penyampai radio baharu di Hot FM, sekali gus melengkapkan trio Geng Pagi Hot (GPH) bersama Fizie dan Mark Adam. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tipah89 27-4-2021 12:16 PM
Okla tu sikit2, mana tau tiba2 terbukak hati. nak berubah kena ikhlas.
Quote Brunes 27-4-2021 12:38 PM
suka dia ni, she has a big potential in the industry.. semoga dijauhkan dari gossip2 murahan
Quote missorange 27-4-2021 12:38 PM
moga istiqamah..kekal bertudung even after ramadan..
Quote wml9664 27-4-2021 12:41 PM
Dia ni cntik kan. Aku pon suke gedik over yg x menyakitkn hati atau mata tgk. X bingit mcm janna nick atau ain edruce
Quote NataliaLuiz 27-4-2021 01:34 PM
Semoga istiqamah.
Quote LadyCarefree 27-4-2021 09:43 PM
Alamak gambar baju belang nampak perot tu hauk ler. Perot hauk.
Quote Cece1234 28-4-2021 08:49 AM
Comel dia ni..
Quote kakakgarang 28-4-2021 08:59 AM
dia ni telinga capang ye.. tapi sheolls  cantik... muka dia besih ye.. insecure acik... ayoo... telinga bole katup dgn rambut/tudung...

pakai skincare apo la gamoknya dia ni.. cantik

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.096534 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top