CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Diseksa Majikan Selepas Tuntut Upah RM13

27-4-2021 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3230| Komen: 16

Description: Kaherah: Menyedihkan apabila remaja yatim piatu maut selepas diseksa selama dua jam oleh majikannya di Mesir.
Kaherah: Menyedihkan apabila remaja yatim piatu maut selepas diseksa selama dua jam oleh majikannya di Mesir.

Ia selepas mangsa yang berusia 14 tahun itu menuntut upah hariannya sebanyak 50 pound Mesir (kira-kira RM13).


Media tempatan melaporkan remaja itu dikatakan bekerja di rumah penyembelihan ayam selama tujuh bulan sebelum kejadian.

Menurut siasatan awal, Saleh Tamer diseksa selama 120 minit yang berakhir dengan kematiannya di rumah sembelih terletak di kampung Mit Suhail di wilayah Sharqia.

Siasatan polis juga menunjukkan penyeksaan terhadap mangsa dimulakan ketika dia meminta upah hariannya daripada pemilik rumah sembelih itu, pada hari sebelumnya.


Foto: Agensi


Remaja itu mengatakan dia tidak lagi dapat terus bekerja di situ kerana seseorang mengganggunya dan mendesaknya supaya bekerja tanpa rehat.

Atas alasan itu, suspek (pemilik rumah sembelih) mula memukul dan menyeksa mangsa dengan menggunakan api.

Akibatnya, remaja dikejarkan ke klinik berdekatan di mana doktor memberitahu mangsa koma dan mesti segera dibawa ke hospital untuk menyelamatkan nyawanya.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Pusat Al Saadin di Minya Al Qamh.

Menurut Akhbar Al Watan, laporan forensik menunjukkan remaja itu mengalami luka terbakar dan lebam pada bahagian badannya.

Sementara itu, pemilik rumah sembelih mendakwa pihaknya menemui mayat budak lelaki itu di depan rumah berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • DayangKirana


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote notM 27-4-2021 11:25 AM
Kalau berita camni dari Negara penganut Islam Tak pelik pun....

Kalau di Eropah iye pelik
Quote KBW2 27-4-2021 11:26 AM
Syaitoooooon
Quote Meiizu 27-4-2021 12:05 PM
kesiannya dia pergi dlm siksa..tapi aapalah guna hidup ..habis tenaga kena kerah
Quote Simunggu 27-4-2021 12:14 PM
berdosa besar membunah lebih lebih lagi anak yatim piatu....beragama Islam pun tidak guna...patutlah agama turun di kwn sana dulu bukan di asia
Quote Itzy 27-4-2021 12:34 PM
Kejamnya kau manusia, hati binatang sungguh! Syurga bagi adik ni, dah anak yatim piatu rajin pula. Semoga Allah balas kekejaman manusia durjana yang bunuh kau dik secara tunai di dunia ni. Aamiin.
Quote Straya 27-4-2021 12:51 PM
Arab memang kurang ajar & kasar.Sebab tu Rasulullah SAW turun dikalangan bangsa ni.Lepas tu sanjung orang putih & pandang rendang asian walau kita sama agama & lagi pandai.Kalau orang miskin lagi la dihina.Aku anti arab
Quote Buritan 27-4-2021 12:56 PM
Meiizu replied at 27-4-2021 12:05 PM
kesiannya dia pergi dlm siksa..tapi aapalah guna hidup ..habis tenaga kena kerah

Kannn.. kalo baca berita mcm ni..nmpk sgt dunia mmg penuh dgn org jahat... betullla dunia ini mmg tak adil..
Quote Buritan 27-4-2021 12:59 PM
Simunggu replied at 27-4-2021 12:14 PM
berdosa besar membunah lebih lebih lagi anak yatim piatu....beragama Islam pun tidak guna...patutlah ...

Emm.. dokek dunia ini org tak nmpk dosa besar tuu besar mana sbb tuu wat lek wat piss.. kalo manusia itu tahulaa dan nmpk dosa tuu nescaya mmg tadak org jahak dah.. semua umat adalah isle.. semua ibadat ajo..
Quote Meiizu 27-4-2021 01:26 PM
Buritan replied at 27-4-2021 12:56 PM
Kannn.. kalo baca berita mcm ni..nmpk sgt dunia mmg penuh dgn org jahat... betullla dunia ini mmg  ...

Syurgalah utk dia..blum baligh pun lagi
Quote noor2 27-4-2021 01:28 PM
Teruknya orang arab...moga ko kesyurga nak...amin
Quote yusryimran 27-4-2021 01:29 PM
Straya replied at 27-4-2021 12:51 PM
Arab memang kurang ajar & kasar.Sebab tu Rasulullah SAW turun dikalangan bangsa ni.Lepas tu sanjung  ...

betul uols Arab2 ni mmg perangai cam jadah
Quote NataliaLuiz 27-4-2021 01:38 PM
Orang arab mmg dari dulu sampai skrg masih ada yg buat perhambaan ni. Kesian betul mangsa2 yg tak dapat buat apa2.
Quote zehra2 27-4-2021 01:44 PM
tunggu la azab di neraka jahanam. di dunia boleh la
Quote Artemesiaa 27-4-2021 01:45 PM
Jenis suka menghambakan orang macam itulah tindakannya moga budak ni dapat pembelaan sewajarnya
Quote Simunggu 27-4-2021 01:52 PM
Buritan replied at 27-4-2021 12:59 PM
Emm.. dokek dunia ini org tak nmpk dosa besar tuu besar mana sbb tuu wat lek wat piss.. kalo manus ...

mu royak kelate ? hambo tak faha
Quote zaianim 29-4-2021 09:16 AM
Sedihnya anak yatim piatu yg cari duit sendiri utk meneruskan hidup..  tuntut upah keje.. kena siksa.. moga dpt majikan pembalasan setimpal

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.326379 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top