CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

7 Bulan Tak Siap-siap, Baim Wong Bengang Proses Ubah Suai Rumah Lambat

27-4-2021 08:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3206| Komen: 12

Description: Pelakon popular Indonesia, Baim Wong melahirkan perasaan kesal di atas kelewatan pihak kontraktor menyiapkan proses ubah suai kediaman baharunya yang terletak di Jakarta.
Pelakon  popular Indonesia, Baim Wong melahirkan perasaan kesal di atas kelewatan pihak kontraktor menyiapkan proses ubah suai kediaman baharunya yang terletak di Jakarta.

Menurut Baim atau nama sebenarnya, Muhammad Ibrahim, 40, dia sudah mengeluarkan sejumlah wang yang banyak sebagai pembiayaan untuk tujuan renovasi teratak baharu keluarganya itu.



Kredit foto: IG Baim

"Sudah tujuh bulan proses ubah suai dilakukan namun ia masih lagi belum siap. Malah pihak kontraktor minta beri masa lagi setahun untuk diselesaikan sepenuhnya.

"Sekarang saya sudah upah dua orang pekerja untuk memantau perkembangan kontraktor agar segala proses ini dapat disiapkan secepat mungkin," katanya.

Pelakon filem Layla Majnun itu juga secara berseloroh sempat mengingatkan peminatnya agar membeli rumah sedia ada agar tidak perlu melalui proses renovasi seperti yang dialaminya kini.


"Pening juga ya... untuk kalian yang mahu beli rumah, beli yang memang sudah siap sedia terbina cantik.

"Rumah yang tidak perlu lagi dibaiki... mahal benar kos renovasi (seperti yang dilalui saya)," ujarnya. - Liputan6


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote opie5662 27-4-2021 09:08 AM
Pakai kontraktor che ta ke.... Hahahahhaha
Quote laradelara 27-4-2021 09:24 AM
opie5662 replied at 27-4-2021 09:08 AM
Pakai kontraktor che ta ke.... Hahahahhaha

Hahahahahahahaha.. Ngek lah u. Nangis baim dgr

Baim ni kayo k. Rumah dia beli tu mmg lama. Bnyk nk kena buat balik. Serupa bina umah baru lah sng ckp
Quote helicornia 27-4-2021 09:46 AM
mana2 pun ada je masalah mcm ni.iols buat  kabinet je pun, tu pun berapa hari nk siap.ari ni dtg esok tk dtg.keje main cuit site sana sikit site sini sikit.sume job nk sapu
Quote kuzaime 27-4-2021 10:14 AM
Kalau upah dikira dr mula sampai siap x apa jugak, kot upah kira hari, nampak sangatlah memang sengaja nak lambat2kan kerja
Quote Skuau 27-4-2021 10:17 AM
kok yg rajin udah ke Msia semuanya???
Quote azimodin 27-4-2021 11:47 AM
Lek ar.. I buat minor repair je pon dah 2 tahun sangkut. Haramjadah cabinet dapur pon xde pintu. Plaster ceiling yg bercapok pon x dicat balik. Lagi nak demand duit extra
Quote NataliaLuiz 27-4-2021 01:30 PM
Biasa la time covid ni..
Quote Itzy 27-4-2021 01:42 PM
Kontraktor penipu la tu, kerja nak minta duit tambah tu, duitau cepat tapi kerja bertangguh setahun lebih. Lepas tu ambik projek sana sini mana nak siap cepat. Abah aku dah pernah kena dah.
Quote Artemesiaa 27-4-2021 03:46 PM
Kadang jenis lambat siap ni sebab nak pastikan pendapatannya berterusan sebelum ada projek lain
Quote CiliPadiSedap 28-4-2021 12:33 AM
azimodin: Lek ar.. I buat minor repair je pon dah 2 tahun sangkut. Haramjadah cabinet dapur pon xde pintu. Plaster ceiling yg bercapok pon x dicat balik. Lagi n ...

Habis camne sambung kontrakror baru ye? Ramai je jenis camtu scammer masa nak buat janji harga murah bila siap reban ayam lg cantik
Quote Chengyin123 4-5-2021 05:02 PM
masa covid ini lah confirm lambat sedikit
Quote sonya21 7-5-2021 09:11 PM
Anak dia comel

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.187502 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top