CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Covid-19: Situasi Di India Menyayat Hati

27-4-2021 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5709| Komen: 18

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan kebimbangan mengenai lonjakan kes baharu dan kematian akibat Covid-19 di India.

"Situasi ini amat menyayat hati," kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, kepada pemberita.


Kenyataannya susulan gelombang penularan Covid-19 di India menyebabkan kesesakan hospital, manakala krematorium di negara itu beroperasi pada kapasiti maksimum.


Kredit foto: AFP


Lonjakan kes sejak beberapa hari lalu menyebabkan keluarga pesakit menggunakan media sosial kerana terpaksa meminta bantuan bekalan oksigen dan mengetahui lokasi di mana hospital yang masih mempunyai katil.

Situasi itu juga menyebabkan New Delhi kini melanjutkan sekatan pergerakan (lockdown).


WHO berkata, pihaknya menggerakkan 2,600 pakar daripada pelbagai program termasuk polio dan tuberkulosis (batuk kering) untuk membantu pihak berkuasa kesihatan India.

India dengan populasi 1.3 bilion menjadi pusat penularan terbaru pandemik itu yang sudah menyebabkan lebih tiga juta kematian di seluruh dunia.

Susulan perkembangan membimbangkan ini, pelbagai negara termasuk United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS) menghantar bekalan bantuan ke negara berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NataliaLuiz 27-4-2021 01:37 PM
Semoga Malaysia tak jadi teruk mcm India. Aamiin.
Quote Itzy 27-4-2021 01:40 PM
zalim sangat kerajaan india dekat orang islam di india.
Quote Cece1234 27-4-2021 01:41 PM
Kesiannnn..
Quote kelapaparut 27-4-2021 01:43 PM
Itzy replied at 27-4-2021 01:40 PM
zalim sangat kerajaan india dekat orang islam di india.


ye lah modi buat teruk sgt, dulu mase ade cluster yg penganut muslim tu bukan main lg dieorg salahkan, sekali kne upacara hindu dgn baling2 taik tu sekali beribu2 mati setiap hr
Quote Artemesiaa 27-4-2021 01:53 PM
Waktu biasa pun ramai susah nak dapatkan khidmat kesihatan apa tah lagi bila wabak melanda
Quote helicornia 27-4-2021 03:07 PM
gambar kt atas tu gambar apa
Quote ira_229 27-4-2021 03:14 PM
helicornia replied at 27-4-2021 03:07 PM
gambar kt atas tu gambar apa

upacara pembakaran mereka yg telah meninggal dunia.
Quote klkl 27-4-2021 03:16 PM
gambar bakar mayat tu
Quote DayangKirana 27-4-2021 03:21 PM
helicornia replied at 27-4-2021 03:07 PM
gambar kt atas tu gambar apa

mass cremation facility..
banyak sangat yg mati sbb covid, dengar kate kayu nak bakar mayat pon dh running out.
Quote ~boolean 27-4-2021 03:26 PM
susah nak kesian sebab sendiri cari pasal...dari gomen sampai lah ke rakyatnya...
Quote Denco 27-4-2021 03:36 PM
hadap je la sendiri yg jadi punca
Quote dani-rox 27-4-2021 10:20 PM
Mungkin ini bakalan berlaku dgn kita, silap2 jangkitan strain, mutasi baru apakebendanya yg tak terkawal akan mencecah hingga ke Malaysia. Vaksin buatan India sepatutnya utk kegunaan sendirik dan negara membangun dan dunia ke3 tp korang tengok apa yg dah jadi.

Merkel’s vaccine nationalism threatens India







Quote CiliPadiSedap 27-4-2021 11:37 PM
Teringat dulu kerana mulut india nk boikot minyak sawit malaysia nasib baik kaka goreng ikan bilis guna periuk noxxa xperlu minyak hanya secubit mentega dan seulas daun kesum
Quote Zhana 28-4-2021 01:38 AM
CiliPadiSedap replied at 27-4-2021 11:37 PM
Teringat dulu kerana mulut india nk boikot minyak sawit malaysia nasib baik kaka goreng ikan bilis g ...

awak duduk india ke
Quote CiliPadiSedap 28-4-2021 02:04 AM
Zhana replied at 28-4-2021 01:38 AM
awak duduk india ke

X. Kaka duduk bersimpuh je sakit bontot duduk atas sofa lofajah
Quote pyropura 28-4-2021 05:26 AM
Bahana Modi pedajal gomen PH dgn.boikot sawit dulu. Cash
Quote NataliaLuiz 29-4-2021 12:22 PM
Skrg lagi teruk, dgn festival kat sg ganges tu. Haihh.
Quote nazzse 29-4-2021 12:23 PM
CiliPadiSedap replied at 27-4-2021 06:04 PM
X. Kaka duduk bersimpuh je sakit bontot duduk atas sofa lofajah

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.131552 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top