CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ernie Zakri Syukur Syamel Tak Cerewet, Masak Sendiri Kalau Nak Makan Sesuatu”

27-4-2021 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3786| Komen: 3

Memasuki 15 Ramadan, penyanyi Ernie Zakri memberitahu biarpun jadualnya padat namun dia tetap berasa teruja kerana dapat bersahur dan berbuka puasa bersama suami iaitu penyanyi Syamel.


Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, berkata dia juga melalui perubahan yang ketara dari segi suasana memandangkan tahun sebelum ini hanya menyambut Ramadan bersama ibu bapanya sahaja.

Foto: IG

"Boleh kata sepanjang bulan Ramadan ini, jadual saya sangat-sangat la padat. Bukan saya seorang sahaja, tapi Syamel pun sibuk juga. Kami sedang sibuk nak promosikan lagu duet kami, Goodbye Hello.

"Tapi apa yang saya boleh katakan, banyak perubahan yang ketara selepas saya berkahwin. Terutama pada bulan Ramadan ini. Kalau dahulu, saya berpuasa dan berbuka bertiga bersama ibu bapa sahaja.


"Untuk Ramadan kali ini, perubahan yang ketara itu dari segi suasana la. Saya dapat berbuka puasa dan bersahur bersama suami. Kadang-kala kami berbuka di rumah keluarga saya atau mentua," katanya kepada mStar.



Penyanyi berusia 29 tahun itu mendirikan rumah tangga dengan Syamel pada 25 Mac lalu secara tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Pasangan itu juga diraikan dalam sebuah majlis yang bertemakan konsep formal ‘Black Tie’ itu diadakan di Bayswater, KLCC dengan dihadiri kira-kira 250 orang tetamu mengikut prosedur operasi standard (SOP) pada 4 April lalu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Gundah ini memberitahu dia masih belum mempunyai masa terluang untuk memasak juadah berbuka puasa disebabkan kesibukan kerja.


Bagaimanapun, Ernie melahirkan rasa syukur kerana dapat menunaikan tarawih bersama suami serta keluarga biarpun bukan setiap hari.

"Setakat ini, saya masih belum ada kesempatan untuk masak makanan berbuka puasa. Tapi ada beberapa perkara yang saya buat... cuma tidak menjadi rutin harian.

"Tapi saya rasa gembira sebab suami saya bab makan, dia tidak cerewet dan boleh makan apa sahaja. Kalau dia nak makan sesuatu pun, dia akan masak sendiri.


"Untuk tarawih pula, saya sempat la lakukan bersama suami dan keluarga. Cuma kami tak dapat la nak menikmati tarawih bersama itu setiap hari disebabkan kerja. Tapi Alhamdulillah, dapat juga merasa (tarawih)," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NataliaLuiz 27-4-2021 01:41 PM
Love this low-profile couple since duet "Aku Cinta"
Quote Perawankota 28-4-2021 02:49 AM
Gambar no 2 tu.. Ntahlah...
Quote Kurex 28-4-2021 05:27 AM
Dah mula dah cerita perangai sebenar yg konon sweet utk pasangan baru kawen...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.033877 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top