CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ifa Raziah Sedia Tanggung Risiko, Tak Kisah Dikritik Anjur Festival Raya

27-4-2021 07:34 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7251| Komen: 24|Original author: Oleh: LilRose

Mengakui masalah berkaitan prosedur operasi standard (SOP) tidak dapat dielakkan, Ifa Raziah bersedia festival anjurannya yang menghimpunkan jualan sempena Hari Raya Aidilftri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 7 hingga 9 Mei ini dikritik.



Kredit foto: IG

Tidak kisah menanggung risiko katanya, asalkan dapat membantu ramai usahawan kecil dan sederhana yang terjejas ekoran PKP.

Katanya, dia tidak boleh membuat apa-apa jika masih ada pihak tidak berpuas hati dan melaporkannya kepada pihak berkuasa walaupun peraturan dan SOP sewajarnya telah ditetapkan.



Bagaimanapun katanya, dia akan sedaya-upaya memastikan acara tersebut tersebut mengikuti garis panduan peraturan mencegah penularan Covid-19 dengan mengerah ramai kru untuk memantau SOP.


Kredit foto: IG

"Selain kru, pihak berkuasa seperti polis, bomba dan pihak MKN sendiri akan turut berada di lokasi selain pemeriksaan suhu bagi memastikan tiada yang melebihi paras selamat," katanya dipetik dari MalaysiaKini.

Bagi mengehadkan jumlah kemasukan pada satu-satu masa, pihaknya akan menggunakan sistem kawalan pengunjung dengan memberi kupon.



"Jika ada 40 buah kedai, pengunjung yang hadir mesti tidak melebihi 100 orang," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 27-4-2021 07:53 AM
gigihnya sape nk pegi. tp yelah semua org perlu mencari rezeki... sentiasa patuh SOP ye semua
Quote shernazz 27-4-2021 08:00 AM
Iols nak beli kat kedai biasa pergi tu ngah berkira2 lagi ni..
Tahun ni mcmana la agaknya..
Quote MinyakAngin 27-4-2021 08:02 AM
Rugi jugak karang ni.. 40kedai tak lebih 100org. Kalau pihak penganjur tutup mata jumlah pengunjung mungkin ada sinar harapan utk vendor. Kalau balik modal pun dah alhamdulillah.

Risau pula aku dengan nasib vendor2 ni nanti.
Quote laksmanabentan 27-4-2021 08:11 AM
tak payah la beriya weeeiiii nak berebut bagai...
banyak lagi kedai2 yang bagus kat luar tuh..
da kat situ sure la harga yahudi punya...
pprt sgt nak berkerumun mcm tu.. puihhh...
Quote imransulaiman 27-4-2021 08:21 AM
Kupon tu nanti dijual ke? Tanya je...
Quote Pak.dolla 27-4-2021 08:26 AM
jual kat shopee je la
Quote caprut 27-4-2021 08:40 AM
Apa yg ko tanggung? Semoga cepat swastakan kesihatan. Nanti kalau da swasta kan kesihatan mnta ifa tolong bayar
Quote CiliPadiSedap 27-4-2021 08:41 AM
baik jual kt shopee kurang2  sarah82 suka shopping kat lazada.
Quote Fazsemput 27-4-2021 08:47 AM
Ape je yg blh die tnggung.. pling kuat kene kecam ngn netizen..apeadehal.. nnti minta maaf..setel
Quote mrsbale 27-4-2021 08:51 AM
Dia punya filter dah level rentas angkasaraya

Quote Brunes 27-4-2021 09:07 AM
gigih pakai filter kat gambar tu, sudah tengok video memang terserlah mak lampir nya. memang batak nak kaya ka artist gred E ni? cuba lah jual guna platform lain dah tahu sekarang SOP diketatkan. idiot nak fikir wang ringgit saja so selfish
Quote kucingitam 27-4-2021 09:35 AM
lain sgt dah rupa dia.. kalau gambar saja takde letak nama, susah nak kenal
Quote andylollypop 27-4-2021 09:57 AM
Xkisah tanggung risiko they say..
Bantu usahawan they say...
Xde job lettewwwww...
Quote sunshinelady 27-4-2021 10:51 AM
andylollypop replied at 27-4-2021 09:57 AM
Xkisah tanggung risiko they say..
Bantu usahawan they say...
Xde job lettewwwww...

huh, sanggup ke dia tanggung risiko org2 kena covid19, if meninggal ke kan. Ckp tak berapa fikir la tu. Ye memang bantuan.

selain tu dia mmg takleh buat apa pun kalau netizen & rakyat marhain kutuk. hahhaha. like.. seriously.

aku doakan semuanya berjalan lancar, SOP semua dipatuhi, rakyat selamat, business Alhamdulillah balik modal & untung sikit2 utk keluarga. tu je la mampu buat, selain berkoyan-koyan kutuk at the same time. kehkehkeh

Quote NataliaLuiz 27-4-2021 01:22 PM
Kalau nak tolong para peniaga sekali pun, buat je la online. Promote kaw2, lebih promote, lebih laku.
Quote bottombikini 27-4-2021 01:26 PM
sejak bila dia ni berhijab
ketinggalan train iols

penah pegi yg kat pwtc taun 2019
retis gred2 dia ni gak yg buatnye
tak best langsung, orang pun nan hado
Quote husna_amal 27-4-2021 01:31 PM
Sekali imbas ingatkan pic mira filzah la...rupanya acik ifa.
Quote sleepandream 27-4-2021 03:03 PM
husna_amal replied at 27-4-2021 01:31 PM
Sekali imbas ingatkan pic mira filzah la...rupanya acik ifa.




iols tatau chuols dikira menghina mira filzah atau memuji ipa puk puk
Quote Cik_jantung 27-4-2021 11:57 PM
Dia boleh tanggung nyawa orang ke covid2 ni.. sembang la ko

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.040238 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top