CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nyaris Buta Gam Kuku Disangka Ubat Titis Mata

27-4-2021 07:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1945| Komen: 5

Seorang wanita hampir hilang penglihatan selepas tersilap menitiskan gam kuku di matanya selepas menyangka ia ubat titis mata.

Yacedrah Williams dari Detroit, Michigan, Amerika Syarikat pada mulanya tertidur dengan memakai kanta lekap.


Menurutnya, kira-kira jam 1 pagi, dia terbangun dan ingin mengeluarkan kanta lekap selepas merasakan bebola matanya kering.


Gambar hiasan

"Sebelum mengeluarkan kanta lekap, saya akan menitiskan ubat mata terlebih dulu," katanya.

Wanita itu kemudian membuka beg tangannya dan mengambil ubat titis mata, yang sebenarnya gam kuku, berikutan kedua-duanya berwarna putih.

Dia kemudian menitiskan gam kuku ke dalam matanya.

"Saya menjerit dan gam kuku itu sudah berada dalam anak mata saya menyebabkan mata tertutup.

"Saya cuba membuka mata kembali, tetapi tidak berjaya dan menjerit kepada suami untuk menghubungi 911," katanya seperti dilaporkan Fox News.


Menurutnya, dia dibawa ke hospital dan doktor berjaya membuka kelopak matanya dan membuang kanta lekap.

Doktor memberitahu Yacedrah kanta lekap itu kemungkinan menyelamatkan penglihatannya.

"Mereka mengatakan kanta lekap itu menyelamatkan penglihatan saya," katanya kepada WXYZ-TV Detroit. 


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 27-4-2021 07:55 AM
kalau x pakai kanta lekap, xde la gigih nk pakai ubat titis mata.

x fhm jenis org yg sanggup luang masa pakai kanta lekap tp x sanggup luang masa buang kanta lekap bila nk tido. masa pakai sanggup lak bsengkang mata... masa nk buang hmmm mls ckp la byk alasannnn
Quote mdhelmi 27-4-2021 08:21 AM
gam kuku tu ape?
Quote NataliaLuiz 27-4-2021 01:20 PM
Nasib baik boleh pulih balik.
Quote Artemesiaa 27-4-2021 02:53 PM
Kalau tak ada kanta lengkap pasti rosak matanya.  Bahaya pakai kanta lengkap tak dibuka sebelum tidur boleh tersiat kulit mata bila nak membukanya nanti.
Quote highcastle 27-4-2021 03:02 PM
Ok.. Ini dari pengalaman aku sendiri bukan cerita bohong...... Masa aku beli barang kat DIY ada mamat India (aku rasa dia baru dtg Malaysia) ni beli gam UHU yg macam gam gajah tu....... Dia tanya aku ini gam untuk ubat mata kan sambil tunjuk mata dia...... Nasib baik aku terangkan yg ini bukan ubat mata.. Kalau dia tak tanya dia main beli aje, harus buta mata dia ni.........

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.146427 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top