Seorang wanita maut apabila terjatuh dari ketinggian 67 meter selepas hilang imbangan ketika dia mencuci tingkap luar flat kediamannya di Kazan, barat daya Rusia, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Olga Nautelova, 27, yang disahkan maut di tempat kejadian, dipercayai sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di flatnya di tingkat 21. Seorang saksi insiden itu berkata, dia melihat Nautelove meniti pagar balkoni untuk cuba membersihkan bahagian luar tingkap sebelum tiba-tiba hilang imbangan badan. Kejadian itu sempat dirakam oleh sistem televisyen tertutup (CCTV) yang turut menunjukkan badan mangsa menjunam jatuh dan terhempas di kaki lima bangunan. Polis kini sedang menyoal siasat saksi kemalangan bagi mengenal pasti urutan kejadian. “Kecuaian ketika mencuci tingkap adalah versi utama yang dikenal pasti sebagai punca kemalangan,” lapor saluran televisyen tempatan, Plohie Novosti TG. Mangsa yang bekerja sebagai jurujual kereta Nissan, berkahwin dengan seorang lelaki berusia 31 tahun bernama Kasim Nauletov, demikian menurut laporan tersebut. Sumber: Kosmo!
|
Perawankota replied at 27-4-2021 08:22 AM
Hotel lama aku keje dulu, tukang cuci tingkap jatuh dari tingkat 21 ke 27 tak silap. Arwah tak pakai ...
mikasa replied at 27-4-2021 01:54 PM
Jap2. Jatuh dari tingkat 21 ke tingkap 27? Ditarik ke atas sebb gondola putus ke
mikasa replied at 27-4-2021 01:54 PM
Jap2. Jatuh dari tingkat 21 ke tingkap 27? Ditarik ke atas sebb gondola putus ke
Belibis replied at 27-4-2021 07:40 PM
21 atau 27 kottt..bukan 21 ke 27..gituuu
Perawankota replied at 27-4-2021 04:45 PM
X ingat samada tingkat 21 atau tingkat 27. Gondola tu dari atas turun ke bawah.. Tali cable putus. ...
dani-rox replied at 27-4-2021 10:27 PM
Tingginya... Mesti jenis tak tahu apa itu perasaan gayat.
Kesian. btw cantek jugak rupa mendiang. ...
jazaa100 replied at 27-4-2021 10:41 PM
kat msia sini klu yg Islamik memang akn panggil nama penuh kannn.....
rengsa aku.....
Suchi: Aduh ngeri..Nak cari org yg boleh cuci tingkap tp taktau ada ke servis gini hat cuci tingkap apartmen.Selalu suami buat kita risau juga. Geram ngn si ...
ADVERTISEMENT