CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hazama Berserah, Mungkin Ada Sebabnya Belum Dikurniakan Zuriat

26-4-2021 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2957| Komen: 6

Menelusuri perjalanan lebih empat tahun mengemudikan bahtera perkahwinan bersama pengarah muzik, Genervie Kam, Hazama juga seperti mana-mana lelaki bergelar suami.

Selain bahagia bersama isteri tercinta, dia masih menantikan kehadiran zuriat sebagai pengikat kasih sayang. Namun, aturan Allah melangkaui setiap perancangan manusia.



Kredit foto: IG Hazama

Bagi Hazama Ahmad Azmi, 37, walaupun belum dikurniakan cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga, dia dan isteri tetap tidak berputus asa.

Hazama percaya rezeki untuk dikurniakan anak mungkin belum kunjung dengan izin Allah SWT.

“Saya dan isteri bersyukur atas segala rezeki yang dikurniakan. Kami juga berserah kepada qada dan qadar.

“Mungkin ada sebabnya. Mungkin Allah tahu dan mengerti yang saya dan isteri masih belum bersedia menggalas tanggungjawab serta amanah sebagai ibu bapa.



Kredit foto: IG Hazama

“Mungkin saat tibanya masa yang betul-betul tepat dan sesuai, baru Allah hadiahkan kami zuriat,” tuturnya penuh harapan.

Tambah Hazama, pelbagai usaha pernah dan telah dilakukan dia dan isteri untuk mendapatkan zuriat termasuk memikirkan rawatan persenyawaan in vitro (IVF), namun rezeki belum memihak kepada mereka.


Sumber: Kosmo!
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NataliaLuiz 27-4-2021 12:23 AM
In shaa Allah, moga ada rezeki nanti.
Quote lynn6664 29-4-2021 08:05 PM
Moga dpermudahkn urusan
Quote kiah_mai_pulak 29-4-2021 08:18 PM
in shaa allah. moga ada rezeki tu nnti
Quote imanjannah 30-4-2021 12:25 AM
insyaAllah ada rezeki tu nanti
Quote Afifi82 30-4-2021 12:43 AM
Rezeki belum sampai lagi tu.. Nanti2 adalah..
Quote TerataiMelur02 30-4-2021 01:23 AM
In shaa Allah ada rezeki hazama n isteri. Mana tau raya nanti dapat berita gembira kan

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.081016 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top