Seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara gara-gara cuai sehingga menyebabkan kematian anaknya yang berusia empat bulan. Simone Perry, 27, meninggalkan bayinya di dalam tab dalam bilik mandi sebelum berborak dengan rakannya menggunakan telefon.
Dia kemudiannya menyedari bayinya itu lemas dan sudah meninggal dunia. Ketika awal siasatan, dia menafikan hal itu dan tidak mengaku berborak dengan rakannya ketika kejadian berlaku. Hasil siasatan bagaimanapun mendapati dia membuat panggilan telefon selama 17 minit ketika bayi itu ditinggalkan sendirian.
Kejadian itu berlaku ada 26 Mac lalu. Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman penjara selama 22 ke atas wanita itu. -CARI Sumber: mStar/ Daily Star.
|
shernazz replied at 26-4-2021 11:48 AM
Kalau kat mesia..agak2 apa hukuman dia?
Skuau replied at 26-4-2021 11:54 AM
maki hamun,sumpah seranah...seumur hidup.
emera replied at 26-4-2021 04:09 AM
Kalau kat msia ni, mak yg cuai diziarahi, diberi bantuan macam2.
epal21 replied at 26-4-2021 12:25 PM
Baru nak komen macam ni. Memang betul pun. Teringat kes shahrizat ziarah mak yg anaknya kena tenda ...
darkness replied at 26-4-2021 04:33 AM
Masa tu makan makian jugak mak budak tu masa tu. Alih2 shahrizah p bagi bantuan
ADVERTISEMENT