CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tam Suhaimi Akui Tak Boleh Tandingi Bell Ngasri

26-4-2021 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11095| Komen: 49

Description: Pengarah dan pelakon berkaliber, Tam Suhaimi, 41, mengakui dia masih rindukan dunia lakonan, namun fokus utamanya kini memang lebih terarah kepada kerja belakang tabir sebagai penulis skrip dan pengar ...
Pengarah dan pelakon berkaliber, Tam Suhaimi, 41, mengakui dia masih rindukan dunia lakonan, namun fokus utamanya kini memang lebih terarah kepada kerja belakang tabir sebagai penulis skrip dan pengarah.


Menurut Tam yang tampil dengan drama arahannya, Miss Match di platform WeTV, dia bagaimanapun sekali sekala berlakon juga di dalam karyanya untuk mengubat rindu itu.


Kredit foto: IG

"Saya sudah berlakon sejak kanak-kanak dan ramai yang masih ingat dengan drama Cili Padi yang disiar TV3 pada 1993 lalu. Malah, saya pun tak sangka, drama itu diingati penonton hingga kini.

"Cuma, sekarang kerjaya saya memang dalam bidang pengarahan. Jadi, saya lebih tumpukan untuk penghasilan kandungan drama dan telefilem untuk disiarkan stesen TV.


"Saya tahu ramai juga yang tanya kenapa tak berlakon lagi macam Bell Ngasri yang masih hangat ketika ini. Jawapannya, saya tak boleh nak buat macam Bell buat sekarang. Saya lebih selesa dengan kerja-kerja menulis skrip serta pengarahan," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Tam lagi, dia juga tidak mempunyai bakat melawak seperti Bell untuk memberinya ruang muncul di dalam program-program komedi di TV. Apapun, katanya dia cukup bangga melihat pencapaian Bell.



Mengulas mengenai drama Miss Match, Tam berkata penggambaran drama itu dibuat pada 2019 lalu sebelum penularan pandemik Covid-19 melanda negara sejak tahun lalu.

"Sebab itu, dalam drama ini pelakon Kilafairy belum berhijab lagi. Namun, saya bersyukur juga apabila drama Miss Match dipilih pihak WeTV sebagai siri original untuk mereka siarkan.

"Dalam drama ini, garapannya agak menarik kerana memaparkan kisah wanita tidak berkahwin, tapi terbabit dalam pencarian jodoh orang lain. Bagi saya, situasi ini wujud dalam masyarakat.



"Malah, ketika ini wanita kalau belum bertemu jodoh pun, tetap mampu berdikari. Itu yang cuba saya ketengahkan mengenai semangat dan perjuangan wanita yang tidak tertumpu pada mengejar cinta sahaja," katanya.

Selain Kilafairy, barisan pelakon lain  yang menjadi pilihan Tam membintangi drama Miss Match ialah Bella Dally, Mimi Lana, Atiq Azman termasuk, Izara Aishah. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 26-4-2021 12:12 AM
uish 41 dah umur dia
cili padiiiiiiii
itu je la aku rasa drama dia yang aku ingat
Quote kiah_mai_pulak 26-4-2021 12:21 AM
teringat kat Anne Ngasri,, dh tak berlakon dh pun kan... bell je lah bernasib baik, laris lg smpai hari ni
Quote bintangct 26-4-2021 01:11 AM
gekkou replied at 26-4-2021 12:12 AM
uish 41 dah umur dia
cili padiiiiiiii
itu je la aku rasa drama dia yang aku ingat

rasanya bell pun sebaya dia
Quote Skuau 26-4-2021 01:45 AM
baik korang berdua berganding...buat drama/filem 'action comedy' ke....
Quote kuzaime 26-4-2021 07:03 AM
kiah_mai_pulak replied at 26-4-2021 12:21 AM
teringat kat Anne Ngasri,, dh tak berlakon dh pun kan... bell je lah bernasib baik, laris lg smpai h ...

Anak2 Ngasri ni kalau x silap ada 5 orang kot yg berlakon, tp yg aku ingat bell, anne & darling. Lagi 2 org, sorang llaki n sorang lg ppuan.
Quote arffa 26-4-2021 07:32 AM
Tam ni ada kelulusan tinggi maka dia buat la kerja ikut kemahiran dan apa yang dia belajar dulu. Masa study selalu nampak dia kat Uitm dulu sebab satu batch tapi lain course. lagi pun dia ni baby face sangat susah kot nak dapat watak yang sesuai. Bell pun dah pegang watak ayah kat Ceria 611, tam macam tak sesuai nak pegang watak ikut usia dia.
Quote rbmy 26-4-2021 07:35 AM
cili cili padi. cili cili padi je aku ingat
Quote tagas 26-4-2021 07:41 AM
Lejen nih

ade pernah berlakon dgn mr os

time kecik2 dulu
Quote Themilo 26-4-2021 07:56 AM
rindu nak tengok kakak tam berlakon
Quote Suchi 26-4-2021 08:22 AM
Themilo replied at 26-4-2021 07:56 AM
rindu nak tengok kakak tam berlakon

Kakak dia sapa shiba tu ke eh ke tu org lain dulu ada pelakon kanak2 nama Shiba selalu watak ayer mata
Quote mummydarling 26-4-2021 08:23 AM
kadang2 kesian muka yg babyface ni tak makam waktu. nak berlakon jadi bapak budak pon payah..
Quote Suchi 26-4-2021 08:24 AM
gekkou replied at 26-4-2021 12:12 AM
uish 41 dah umur dia
cili padiiiiiiii
itu je la aku rasa drama dia yang aku ingat

Banyak drama dia, hat dunia anita pun best jd adik kepada anita walupun iols rasa tam lagi tua daripada fazurina tu.
Pastu masa dia kecik2 byk gak drama2 yg best dia berlakon ada satu cite tu kisah time bulan puasa, yg jd mak dia lidyawati takleh jalan.
Gigih wat kuih pastu tam tula jaja jual ptg2 masa puasa.
Hat watak jd kawan tam si betty adik erma fatimah.
Cite tu best gak yela drama sedih air mata kan.
Quote TomyamPuteh 26-4-2021 08:40 AM
Tu anak ikan dia ke?
Quote krustykrab 26-4-2021 08:59 AM
Muka cam atai
Quote Redmyvi 26-4-2021 09:37 AM
Harap tam buat la cilipadi reunion.. mesti best dapat tgk jaafar onn.. darling.. anne semua..
Quote syamzana 26-4-2021 09:41 AM
pernah jumpa dia ni kat bank. fondesen sebeban smpai kelabu asap muka pastu jln melenggang lenggok. confuse iols,dia ni sesuatu ke? tapi ramah, sengih je.
Quote kembangbunga 26-4-2021 09:42 AM
banyak kali terserempak kat KLCC.. alah2 kecik molek je heols.. mmg x nampak umur 40an
Quote kucingitam 26-4-2021 10:13 AM
selalu nampak dia masa kat uitm dulu. laju je jalannya..

best juga dia berlakon. lagi suka dia dr bell. tapi sejak bell berlakon kelakar ni, kira bolehla..
Quote ezacbee 26-4-2021 10:18 AM
arffa replied at 26-4-2021 07:32 AM
Tam ni ada kelulusan tinggi maka dia buat la kerja ikut kemahiran dan apa yang dia belajar dulu. Mas ...

Sekelas aku, makeup sekati

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.051957 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top