CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Schawalara Jadi Duta Pertama KFC

26-4-2021 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17601| Komen: 105

Description: Selepas kekal menjadi duta Jakel untuk tahun kelima, terbaharu keluarga selebriti popular Scha Alyahya, Awal Ashaari dan anak mereka, Lara Alana dilantik pula menjadi duta KFC.
Selepas kekal menjadi duta Jakel untuk tahun kelima, terbaharu keluarga selebriti popular Scha Alyahya, Awal Ashaari dan anak mereka, Lara Alana dilantik pula menjadi duta KFC.


Mereka yang membawa jenama Schawalara adalah duta pertama KFC sekali gus terbabit dalam menjayakan kempen Raikan Cara Kita sepanjang Ramadan dan Syawal ini.

Kredit foto: Harian Metro

Scha berkata, dia sudah terbabit secara aktif dalam program tanggungjawab korporat sosial, Add Hope sebagai jurucakap selama enam tahun.

"Add Hope adalah Inisiatif KFC untuk membasmi kebuluran di negara ini. Dari situ, saya melihat dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

"Apabila KFC melamar kami untuk memainkan peranan yang lebih besar sebagai duta keseluruhan jenama ini, kami teruja kerana ia adalah jenama yang dekat di hati kami. Saya berharap banyak lagi yang kami akan lakukan pada masa akan datang," katanya.




Sementara itu, Awal berkata perkongsian isterinya yang terbabit dalam program kemasyarakatan itu membuka hatinya untuk terbabit sama.

"Sebenarnya masa Scha terbabit dalam Add Hope, apabila pulang ke rumah dia akan kongsi cerita dan menangis. Dia selalu cakap kita ini sebenarnya sangat bertuah kerana ramai lagi masyarakat yang tak bernasib baik yang kita tidak nampak. 




"Kita sebagai selebriti pun jarang turun padang. Apabila Scha cerita dia jumpa pelbagai golongan yang memerlukan. Setiap kali itu, dia pasti ajak saya untuk terbabit sama. Alhamdulillah, sayamula menyertai mereka sejak 2019," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lailerthee 26-4-2021 11:21 AM
Lara omey betul
Quote little_sis 26-4-2021 11:21 AM
Untung la..rezeki.. duta pertama pulak tu...
Quote tipah89 26-4-2021 11:43 AM
untungla.. ni mau dpt mkn kfc pree seumur hidup.
Quote naina 26-4-2021 11:47 AM
Cantiknya schaaa
Quote sopianpian 26-4-2021 11:55 AM
mcm mana diorg boleh jd duta hebat hebat sedangkan kt ig diorg viewers/likers pn sendu je dr artis lain. komen kt ig pun tak banyak kdg 30-40 komen je..
Quote ohara 26-4-2021 11:56 AM
Alhamdulillah.  Murah rezeki lara ni yer.
Quote mijot 26-4-2021 12:08 PM
murah rezeki diorg sekeluarga..
Quote Star_el 26-4-2021 12:24 PM
Baru nak komen kata KFC tak perlukan duta sebab dah mmg popular dalam kalangan masyarakat Malaysia, tapi ni utk promote add hope tu ye.
Anyway, menderma thru korporat la kiranya?
Quote cupu 26-4-2021 12:27 PM
sopianpian replied at 26-4-2021 11:55 AM
mcm mana diorg boleh jd duta hebat hebat sedangkan kt ig diorg viewers/likers pn sendu je dr artis l ...

Org kita kedekut like maybe...padahal view tinggi. Rekod keluarga ni sbg duta pun bagus.. Awal tu slrg kemain rajin buat reels. Xmustahil akan dtg lebih byk lg dpt endorsement dan sponsor
Quote imanjannah 26-4-2021 12:28 PM
suka tengok Lara
Quote KIM.K 26-4-2021 01:03 PM
Memang pakej this family. Pandai kekal relevan.

Aku macam Scha nilah..dah tak boleh fake ageing at 38yo. No matter how much bekam, needle or products..skin dah start off grid. Effort kena triple
Quote gundah37 26-4-2021 01:06 PM
masyuk dorg ni...anak beranak jd duta..bnyk brand plak tu..
Quote Rogue98 26-4-2021 01:11 PM
Makan KFC rupanye diaorang ni....ingat sushi n yakult jer...
Quote ezacbee 26-4-2021 01:14 PM
Sesuai family Awal, kalau family HH cam lain jadi nanti

Family HH bila lagi?
Quote sofinamini 26-4-2021 01:19 PM
jujurya iolls suka they all set family nie jadi duta . nampak lah real sikit . comel jek lara . awal dgn scha pun komersal jek rupa . kfc sedap. iolls nak berbuka kfc lah today
Quote royaldanish 26-4-2021 01:20 PM
sopianpian replied at 26-4-2021 03:55 AM
mcm mana diorg boleh jd duta hebat hebat sedangkan kt ig diorg viewers/likers pn sendu je dr artis l ...

scha ni kan selalu kena invite NYFW, PFW , LFW
Quote royaldanish 26-4-2021 01:21 PM
tahniah scha & family
Quote electricopop 26-4-2021 01:32 PM
Untunglah KFC free!
Quote ophillea 26-4-2021 01:32 PM
So far iolls okay je dengan family nie. I suka dress up lara. Nampak schawal nak lara enjoy zaman kanak2 dia

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.052560 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top