CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ramai anak Orang Asli yang lawa main Tiktok

26-4-2021 09:16 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20139| Komen: 87|Original author: piao

 


KARTIANA Aziz (kanan) bersama tiga sepupu yang menjadi perhatian ramai selepas video Tik Tok memberitahu anak Orang Asli Temuan tular.

Seremban: "Memang benar saya anak Orang Asli dari suku Temuan dan berasal dari Kampung Behiloi, di sini. Kami memuat naik video diaplikasi Tik Tok bagi mempromosi suku kaum Temuan," ujar Kartiana Aziz, 22.

Video berkenaan tular sejak Isnin lalu apabila ramai nitizen menyangka mereka adalah gadis Filipina, kacukan Cina atau Sabah susulan raut wajah yang jelita.

Kartiana berkata, nitizen biasanya mempunyai pandangan hampir sama iaitu golongan Orang Asli biasanya berkulit sawo matang atau gelap.

"Tidak sangka video yang dimuat naik bersama tiga sepupu itu tular di media sosial sehingga ada individu yang mahu berkenalan dengan saya dan sepupu," katanya.

Menurutnya, dia bersama sepupunya membuka akaun Tik Tok sejak enam bulan lalu bagi mempromosikan budaya serta adat masyarakat suku Temuan.

Kartiana berkata video yang dimuat naik itu dibuat secara spontan apabila dia bertemu dengan tiga lagi sepupunya iaitu Adrieana Roland, 16, Klarq Alek, 22 dan Theresa Alek, 25.

"Sebelum ini jika hadir pada majlis keramaian, ramai menyangka kami adalah anak gadis Melayu, cina atau dari Sabah dan Sarawak. Namun selepas diberitahu kami adalah anak Orang Asli, rata-rata terkejut dan tidak percaya.

"Malah sebelum ini ada juga beberapa individu yang mahu berkenalan di media sosial turut terkejut apabila mengetahui saya anak Orang Asli," katanya yang kini bekerja di sebuah kilang di Seremban.

Anak kedua dari dua beradik itu berkata, dia juga tidak ketinggalan mengikuti perkembangan teknologi serta mempunyai akaun media sosial lain seperti Facebook.

Katanya sudah tiba masanya, anak Orang Asli berubah dan bersaing bersama masyarakat lain di negara ini serta tidak malu mengaku sebagai Orang Asli.

"Ada baiknya juga video itu tular kerana ia boleh mengubah pandangan masyarakat lain terhadap anak Orang Asli yang sebelum ini dilabelkan tidak pandai menguruskan diri selain berambut kerinting.

"Ayah juga menyokong dan menggalakkan usaha saya untuk mempromosikan budaya serta kehidupan masyarakat Orang Asli menerusi medium media sosial," katanya.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK ) Mantin itu mahu menggunakan media sosial bagi membantu masyarakat lain mengenali budaya, makanan, adat dan pakaian Orang Asli terutama dari suku Temuan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fazamania 24-4-2021 06:22 PM
Biasa yg lawa ni hasil kacukan orang asli dengan orang cina.
Quote Belibis 24-4-2021 06:37 PM
fazamania replied at 24-4-2021 06:22 PM
Biasa yg lawa ni hasil kacukan orang asli dengan orang cina.

Kena cret dengan cina kerja balak laa..janji tok batin redho.
Quote chandrahusin 24-4-2021 06:47 PM
Penah tya sorang bdk lelaki jual durian kat kawasan org asli
Mmg bapak dia cina
Kawin dgn mak dia org asal situ
Smbil tu bapak dia bkk kebun durian
Anak bsr durian pun berbuah
Double hasil
Quote delia3003 24-4-2021 06:48 PM
Rasa anak2 orang asli lain pun kalau mekap dan pasang badan akan nampak lawa. Kalau yg jenis kulit cerah lagi tak nampak macam orang asli
Quote krustykrab 24-4-2021 06:57 PM
Belibis replied at 24-4-2021 06:37 PM
Kena cret dengan cina kerja balak laa..janji tok batin redho.

Cret tanpa kawin ke caner?
Quote ezacbee 24-4-2021 06:57 PM
fazamania replied at 24-4-2021 06:22 PM
Biasa yg lawa ni hasil kacukan orang asli dengan orang cina.

Aah. Cam kawan aku. Mmg lawo sbb mata xsepet.
Bila aku tanya dia cakap mak dia org asli, pak dia cina.
Quote jahcomel 24-4-2021 07:05 PM
Cikgu Aku cite mase dia ngajar kt kg org asli gua musang, dio tkejut tngok ank org asli cam org putih budak tu pompuan, dia tnye nape  mcm org putih ank murid dia cite bapak dia org putih, dia ade 2org adik, adik pompuan dia bapak cina n adik bngsu laki tu bapak India... ketiga2 bapak diaorg tinggalkn mak diaorg..
Quote mongoose_kidz 24-4-2021 07:11 PM
groom elok2 boleh masuk beauty pageant...
xdela wakil malaysia tp muka mat salleh
xleh bahasa inggeris pun salahnya...
x rugi pun try hntar sekali
sbb x pernah menang pun
Quote najib888 24-4-2021 08:01 PM
Orang Asli Temuan ni sama ka dgn Orang Asli Temiar?
Quote MissVixen 24-4-2021 08:14 PM
Untung cret dengan oa. Dapat bumiputera. Tanah pun dapat.
Quote dua_chzy 24-4-2021 08:19 PM
Belibis replied at 24-4-2021 06:37 PM
Kena cret dengan cina kerja balak laa..janji tok batin redho.

Kalau Melayu pula yang lawa biasanya hasil cret Paki ka Yenna kan. Macam Fasha, Nilopak, Siti.
Quote dua_chzy 24-4-2021 08:21 PM
najib888 replied at 24-4-2021 08:01 PM
Orang Asli Temuan ni sama ka dgn Orang Asli Temiar?

Tak sama. Ada 1 kaum kat Pos Iskandar, Pahang, lawa2 kulit cerah/kuning langsat Orang Aslinya. Suku Semelai. Lelakinya ada yang cerah, ada yang sawo matang.  

Yang gelap, keriting macam negro tu ai pernah nampak belah Johor dan Perak. Apa ntah nama kaum. Lupa.
Quote dua_chzy 24-4-2021 08:25 PM
krustykrab replied at 24-4-2021 06:57 PM
Cret tanpa kawin ke caner?

Kawin la. Kalau dapat laki baik, memang huntong. Pernah jumpa anak OA dari suku Semelai kat U. Bapak dia Cina tokeh balak. Tapi humble amat. Kaya raya but hidup sederhana. Tapi dia selalu sedih bila dengar lecturer indirectly hina OA semasa kuliah bila guna perkataan 'jakun' la apa la. Memang asal usul perkataan dan maksud jakun tu, derived dari suku kaum Jakun kan. So...gitu la.
Quote najib888 24-4-2021 09:08 PM
dua_chzy replied at 24-4-2021 08:21 PM
Tak sama. Ada 1 kaum kat Pos Iskandar, Pahang, lawa2 kulit cerah/kuning langsat Orang Aslinya. Suk ...

Yg gelap2 rambut keriting tu suku Negrito kot tu.. kawan aku pernah bertugas di Pangkalan Hulu Perak, dia kata ramai anak2 orang asli yg lawa2.. nak kata mix, takde gak..
Yg bestnya, depa ni tiap kali berurusan, mesti bawa buah tangan..setakat buah buahan, seguni tu biasa..
Quote mawarika 24-4-2021 09:35 PM
dua_chzy replied at 24-4-2021 08:19 PM
Kalau Melayu pula yang lawa biasanya hasil cret Paki ka Yenna kan. Macam Fasha, Nilopak, Siti. :lo ...

Mana ada.. cret melayu dgn thai pun cantik mcm ioilsss..hahaha...
Quote dua_chzy 24-4-2021 09:48 PM
mawarika replied at 24-4-2021 09:35 PM
Mana ada.. cret melayu dgn thai pun cantik mcm ioilsss..hahaha...

Tapi tak menonjol sangat banding keturunan cret Yenna ngan Paki terutama di persada seni.
Quote dani-rox 24-4-2021 10:01 PM
tajuk tuh, adakah insinuating bahawa org asli tak pernah cantek? ai ada jah kenal pompuan org asli (tak ingat suku apa) manis jah org nya takda campur apa2 pun.
tingat pompuan kulit hitam rasa terhina bila dikata "pretty for a black girl." as if black/dark skinned women are incapable of being attractive.
Quote sharlenetexas 24-4-2021 10:25 PM
Lawa tapi pembawakan tu nmpk "darat".
Quote star_karat 24-4-2021 10:33 PM
Orang Temuan tinggal kat Damansara Perdana dorang bawak BM and Mercedes  . Rumah pun jenis sebijik2.

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.041817 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top