CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malas ke gim? Sarung je sut ini terus jadi sado

24-4-2021 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3560| Komen: 16



Beijing: Lazimnya, lelaki yang inginkan bentuk badan sasa harus menjalani rutin kecergasan di pusat gimnasium.

Namun, Smitizen, sebuah syarikat berpangkalan di China memberi alternatif kepada golongan lelaki memiliki tubuh idaman dengan mengeluarkan sut badan sasa.

Hanya dengan menyarung sut berkenaan, tubuh pemakainya akan kelihatan sasa dan berotot walaupun ia sekadar ilusi saja.

Satu ketika dahulu, sut badan itu sering digunakan dalam filem dan drama untuk membantu pelakon kelihatan sempurna di kaca televisyen.

Percetakan tiga dimensi (3D) dan kemajuan teknologi bagaimanapun menjadikan alat itu tersedia di pasaran.

Malah, sut badan ultra realistik itu kini semakin popular di platform e-dagang China seperti Taobao dan Aliexpress.

Penjual di Taobao dilaporkan menjual sut badan berotot pada harga antara 790 yuan (kira-kira RM500) hingga 3,980 yuan (kira-kira RM2,519) bergantung kepada saiz dan kualitinya.

Beberapa pakaian hanya menutupi alat sulit manakala yang lain membiarkan lengan terdedah, tetapi ada juga menutupi seluruh bahagian badan

Ia dikatakan sudah berada di pasaran sejak dua tahun lalu dan tidak dinafikan kualitinya bertambah baik.

Apapun, pemakaian sut itu dilihat lebih baik berbanding menggunakan bahan terlarang untuk mendapatkan tubuh yang sasa.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 24-4-2021 03:16 PM
Benang ni dah ada minggu lepas
Quote songhara1226 24-4-2021 03:19 PM
Seperti biasa, TT dh thu kan thread dh ada...... Tapi ye lah mna TT kisah kan

Iolls pon cam biasalah, masuk ni nk kutip tacang je
Quote riyadhK 24-4-2021 04:22 PM
Wartawan cari ni golongan kayangan jugak la kan kat forum ni. Bukak benang yang orang lain Dah buat pon takde tindakan pape.
Quote MissYouSayang 24-4-2021 05:13 PM
Patut la aku tgk ramai jantan dok tayang body.rupanya fake kot
Quote axl_bach 24-4-2021 05:55 PM
Apapun, pemakaian sut itu dilihat lebih baik berbanding menggunakan bahan terlarang untuk mendapatkan tubuh yang sasa.


Cowstool.....
Quote jas7512 24-4-2021 05:57 PM
Bkn seme pompuan suka lelaki bdn sado..yg penting healthy and wise personality
Quote axl_bach 24-4-2021 05:57 PM
Btw, takat pakai baju bahagian atas jer tp part kaki xder nmpk chiken leg lah....buruk bbnor
Quote 3480 24-4-2021 06:43 PM
Tetek pon x ori la kan
Quote slyfynx 24-4-2021 07:01 PM
Booooooo....
Wartawan cari dgn berita basi yang diulang tayang.
Report pun x jadi ape
Quote R2D2 24-4-2021 07:14 PM
ok la kan jadi wartawan CARI
boleh bukak topik isu sama yg dah bukak awal
jgn lupa gaji masuk spt biasa
boss bukan check pun task

ni thread awal
https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1247959
Quote Orkuitor 24-4-2021 07:16 PM
Mesti panas giler.
Quote Ayda89 25-4-2021 12:20 AM
pakai kat cuaca malaysia ni pergh bertakung suit tu kat dalam
Quote Xim 25-4-2021 01:23 AM
Ni bukan isu semasa ni @CARI-HBZ . Thread pun dah ada : https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1247959
Quote mdhelmi 25-4-2021 06:37 AM
mostly pompuan yg aku kenal xsuka sado ni
diorg prefer yg sedang2 tapi fit
yang penting rajin tolong buat kerja rumah
Quote damsel_fiji 25-4-2021 06:46 AM
stok2 gegayah buncit kepam suka la tu..instant sado katanya
Quote NataliaLuiz 27-4-2021 12:21 AM
Hahaha. Ni pun ada ke? Adoiii

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.678061 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top