CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kantoi ‘Bercinta’ Dengan 35 Wanita, Pura-Pura Jadikan Kekasih Demi Dapatkan Banyak Hadiah Hari Lahir

23-4-2021 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3684| Komen: 13

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Itulah peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi yang dilalui pemuda ini selepas taktiknya memperdaya ramai wanita untuk dijadikan 'kekasih' akhirnya terbongkar.


Lelaki bernama Takashi Miyagawa, 39, akan mendekati wanita dan berpura-pura mahu menjadikan mereka sebagai kekasihnya, semata-mata mahu mendapat hadiah sempena hari lahirnya.

Lelaki dari Kansai, Jepun itu akan memberi setiap 'kekasihnya' tarikh 'hari lahir' yang berbeza-beza.


Foto: Dailystar

Menurut media tempatan, keseluruhan jumlah wanita yang menjadi mangsanya adalah seramai 35 orang namun dilaporkan jumlah sebenar mangsanya melebihi angka tersebut.


Perbuatan Miyagawa terbongkar selepas wanita-wanita yang menjadi mangsanya 'bekerjasama' dan kemudian melaporkan taktik liciknya kepada polis pada Februari lalu.

Miyagawa didakwa memperdaya kesemua mangsanya di mana dilaporkan hasil penipuannya mencecah 100,000 yen (RM3,804) termasuk hadiah, pakaian dan wang tunai. - CARI

Sumber: mStar/Dailystar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote highcastle 23-4-2021 11:14 AM
Yang ni keseluruhan atau hanya satu mangsa? Kalau keseluruhan takdelah banyak mana pun...... Iphone 12 pun tak lepas nak beli.........

Miyagawa didakwa memperdaya kesemua mangsanya di mana dilaporkan hasil penipuannya mencecah 100,000 yen (RM3,804) termasuk hadiah, pakaian dan wang tunai


Quote dudaberhias 23-4-2021 11:27 AM
highcastle replied at 23-4-2021 11:14 AM
Yang ni keseluruhan atau hanya satu mangsa? Kalau keseluruhan takdelah banyak mana pun...... Iphone  ...

Tu la sikitnya dapat, tak berbaloi betul hasil. Tapi modal dia hanya keluar air liuq je kot kaka, sedap pun dapat sebab dapat merasa pelbagai jenis apam. Yang hangit, yang rentung, yang karamel, yang masam, yang basi, yang ada kelapa, yang ada wasabi, yang  bau salmon, yang ada taburan seaweed. Ala2 makan kat shushi king gitu.
Quote sukacactus 23-4-2021 11:38 AM
Abg aku masa skolah dl boleh tahan la ligatnya, gf keliling pinggang
Dapat cenderahati dr A, dia kasi ke B
Yg C bagi, dia dia hadiahkan ke A
Gf dia aku xtau ada sampai huruf apa
Tp cenderahati yg dia dpt kat umah tu x lama kat bilik dia, akan bertukar2
Quote kiahkonar 23-4-2021 11:45 AM
dia target nak dpt hadiah birthday je. maybe dpt mug pon dia dah puas hati. sbb tu total amount nya sikit benor menipu sampai 35 aweks.
Quote Tinot7 23-4-2021 11:58 AM
Itu ke rupa dia?
Quote syaz_lina 23-4-2021 12:03 PM
Alahai 100k yen je ke value hadiahnya. Tak berbaloi pasang gf sampai 35org
Quote Belibis 23-4-2021 12:26 PM
highcastle: Yang ni keseluruhan atau hanya satu mangsa? Kalau keseluruhan takdelah banyak mana pun...... Iphone 12 pun tak lepas nak beli.........

Dari segi material macam sikit..tapi kalau semua tu dah berjaya ditebuk tupai??? Berbaloi baloi kotttt..
Quote ReginaGeorge 23-4-2021 12:37 PM
Dia kena belajar dari politicians strategy penipuan yang smooth.
Quote uori 24-4-2021 12:34 PM
adik aku dulu playboya, dua tiga gf dalam satu masa. Ada sekali dia bagi hadiah yang si A bagi kat si B, tapi kad tak buang. Dahlah gatai, bodoh pulak
Quote merrissa 25-4-2021 01:05 PM
Lawak plak target dia... perempuan tu la yg bodoh bg hadiah mahal2, lain kali bg la hadiah sapu tgn je
Quote jazaa100 25-4-2021 02:41 PM
Tinot7 replied at 23-4-2021 11:58 AM
Itu ke rupa dia?

aah...
sbb tu dpt hadiah murah murah je
Quote makita 25-4-2021 03:00 PM
Ada je jantan gini. Dia xde dating la tapi dpt gambar free full pakej buat modal dlm bilik air
Biasanya bini org la yg sudi belanja gambar ni. Siot je
Quote Tinot7 25-4-2021 09:19 PM
jazaa100 replied at 25-4-2021 02:41 PM
aah...
sbb tu dpt hadiah murah murah je

Tak perlu rupa sgt.. kena pandai ngayat..

[youtube]TuTD0z_Ji_c[/youtube]

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.040123 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top