CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Menjijikkan - Amalan Pemeriksaan Haid Pelajar Harus Dihentikan

25-4-2021 11:44 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3038| Komen: 6|Original author: Oleh: Natrahn


Susulan pendedahan amalan "pemeriksaan haid" terhadap pelajar perempuan khususnya di institusi berasrama penuh, ia telah menjadi isu yang hangat didebatkan di media sosial kini.

Malaysiakini mendedahkan berlaku amalan memeriksa pelajar perempuan sama ada mereka benar-benar mengalami haid untuk mendapat pelepasan daripada melakukan solat atau ibadat lain.


Pemeriksaan tersebut dilakukan guru, warden asrama atau pengawas. 

Pembuktian dikatakan perlu dibuat dengan meminta pelajar menunjukkan kesan darah pada tuala wanita atau melakukan calitan pada kemaluan mereka menggunakan kapas, tisu atau jari.

Malah pelajar juga mendakwa mereka diraba di bahagian alat sulit untuk mengetahui sama ada mereka memakai tuala wanita atau sebaliknya.

Isu ini telah mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk para menteri, mufti beberapa NGO hak asasi wanita yang turut mengeluarkan kenyataan bersama mengecam tindakan itu dan menggesa pihak seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Kementerian Pendidikan memberikan penjelasan.

Rata-rata netizen turut tidak bersetuju dengan amalan tersebut yang masih diteruskan dan turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Kredit foto: Twitter

Tindakan sedemikian mengganggu privasi wanita. Tindakan meraba-raba anak gadis untuk pastikan sama ada mereka sedang haid atau tidak adalah gangguan seksual.

Manakala tindakan meminta mereka menunjukkan tuala wanita berdarah sebagai bukti haid adalah satu kesalahan membuli, mengaibkan dan mengganggu emosi gadis-gadis ini.

Tanggungjawab guru adalah untuk mendidik anak murid mengenai apa itu tanggungjawab, kepercayaan dan hormat tidak mengira jantina bukannya menghalalkan pencerobohan privasi. -CARI





Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 25-4-2021 11:48 AM
Kalau ustazah tak solat/puasa pasal tgh dtg kotor, ada yg check jgk tak?
Quote petak96 25-4-2021 12:38 PM
Chill la. I dulu2 pun ustazah buat mcm ni. Kalau tak bebudak ponteng solat. Bdk skrg mengada betul. Pegi brazilian wax x malu pulak eh?
Quote Brunes 26-4-2021 12:09 PM
kat brunei pun ada buat pemeriksaan macam ni. its really embarrasing!!!

best way to keep track is suruh budak yg tak solat tu catit dalam buku lah. kalau dah lebih 7 hari tu baru kau buat tindakan selanjutnya bukan raba raba ramas ramas kat anu! tak boleh ke bagi budak ni benefit of the doubt? tak ada SOP ke?

ngalih saja indung mengajar untuk jaga private parts dari di pegang orang, rupanya di sekolah yang exploit barang ani. biggups to nalissa alimin for bringing this up!
Quote NataliaLuiz 27-4-2021 12:53 PM
Agreed. Agak melampau nak check smpai mcm tu skali.
Quote NataliaLuiz 27-4-2021 12:54 PM
Macam2 la. Smpai skrg pun ada lagi mcm ni
Quote Artemesiaa 27-4-2021 03:16 PM
Dah berpuluh2 tahun pun masih ada lagi kes macam ni

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.031638 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top