CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Azan Magrib Awal 3 Minit, Boleh Murung Setahun Muazin Tu Kalau..." - Yasin

23-4-2021 06:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6817| Komen: 19

Description: Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah kesilapan seorang muazin di salah sebuah masjid di Batu Cave, Selangor yang telah melaungkan azan Magrib tiga minit lebih awal gara-gara kesilapan t ...
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah kesilapan seorang muazin di salah sebuah masjid di Batu Cave, Selangor yang melaungkan azan Magrib tiga minit lebih awal gara-gara kesilapan teknikal pada paparan digital waktu azan.




Perkara berkenaan menimbulkan keraguan ramai pihak sehingga ada yang mengatakan sesiapa sahaja yang berbuka puasa mengikut laungan azan tersebut, puasa mereka terbatal dan wajib diganti.



Berbeza pula bagi penyanyi, Yasin Sulaiman apabila dia menjelaskan puasa berkenaan adalah sah kerana kesilapan tersebut berpunca daripada muazin dan bukannya para kariah.



Dalam pada itu, Yasin turut berharap agar kesilapan seperti ini tidak berulang lagi bagi mengelakkan keraguan di hati ramai pihak.



Kredit foto: IG Yasin

Meninjau di rungan komen, rata-rata netizen turut senada dengan Yasin selain turut menitipkan ucapan terima kasih diatas pencerahan tersebut.


Sumber: Media Hiburan

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nordin84 23-4-2021 06:41 AM
cepat benar laungkan azan.. tmpt iols 5minit lambat ea.. nsb ade gugel ekeke
Quote gekkou 23-4-2021 06:44 AM
siapa idris?

puasa je lah sehari tu
buat bulan syawal alang2 sambung puasa  terus kan
muadzin tak sengaja
Quote hareeeesah 23-4-2021 07:41 AM
Kalau diri sendiri tak was was takde masalah pun. Kalau was-was ganti je la.. ramai je aku rasa ahli masjid ni biasa puasa sunat isnin khamis, puasa enam dll kan.. lain kali masjid boleh la lebih berhati-hati jangan ulangi
Quote otai_g 23-4-2021 08:20 AM
Btl gak islam tu mudah. Kalo org lain buat salah x kan org lain menanggung akibatnya?

Quote KIM.K 23-4-2021 11:34 AM
Teringat zaman belajar dulu member laung azan subuh 30 minit lebih awal. Pasal mengantuk agaknya
Quote nylliette 23-4-2021 01:30 PM
surau area rumah aku dah announce awal2 bilal akan azan 5 minit lepas waktu berbuka sebab bagi dia berbuka air n kurma dulu, baru tenaga skit nak azan
Quote Supersirap 23-4-2021 02:10 PM
Yang penting lepas ni kena pastikan sop untuk melaungkan azan dibuat dengan lebih teliti bagi mengelakkan insiden seperti ini berlaku sekali lagi
Quote Boomibulat 23-4-2021 02:45 PM
[youtube]PRD7n00jb_8[/youtube]
Quote sleepandream 23-4-2021 03:20 PM
ikut common sense pun tau sah ke tak sah puasa tu...
tahun 1983 dulu Johor dengan Perak raya awal sehari yach... bayangkan?
Quote LipasComel 23-4-2021 03:33 PM
KIM.K replied at 23-4-2021 11:34 AM
Teringat zaman belajar dulu member laung azan subuh 30 minit lebih awal. Pasal mengantuk agaknya

nak bangunkan korang sahur kot. dekat taman kitorg masa bulan ramadan je, setiap pukul 4.30 pagi org surau dah laung azan subuh, sebab nk kejutkan orang bangun sahur.
Quote winky1 23-4-2021 05:00 PM
Sah ler... Bukan sengaja..that s why I follow time. My late mom said muazin tu minum dulu baru laung. So ada time lapse situ.
Quote winky1 23-4-2021 05:02 PM
gekkou replied at 23-4-2021 06:44 AM
siapa idris?

puasa je lah sehari tu

Yasin s brother. Dia ostad
Quote Adrif 23-4-2021 05:11 PM
puasa ke berapa ntah haritu, tempat kami hujan ribut. kilat kurang, tapi angin kuat.
tunggu waktu berbuka, tapi tak dengar azan, tenggelam dek bunyi ribut.

last-last bukak google, tengok waktu berbuka area kami, 7.22 pm.
nak selamat, tunggu sampai la 7.25 p.m. baru yakin ngap
Quote lilydandelion77 23-4-2021 09:06 PM
Masjid pun dah keluarkan notis suruh ganti utk siapa yg berbuka lepas dgr azan Maghrib dari masjid tu. Nak pulak masjid tu dekat bazar ramadan
Quote antiQue 23-4-2021 11:20 PM
KIM.K replied at 23-4-2021 11:34 AM
Teringat zaman belajar dulu member laung azan subuh 30 minit lebih awal. Pasal mengantuk agaknya

Tapi subuh, azan awal ni memang ada asalnya dari hadith. Dari zaman nabi lagi Bilal bin Rabah azan subuh dua kali.. Azan pertama sebelum masuk waktu, tujuaannya utk membangunkan orang yang sedang tidur utk bersedia solat, dan utk kembalikan orang yg sedang qiyam.
Kalau kat Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pun azan dua kali.. azan pertama sejam sebelum masuk waktu.
Quote ketupatnasi 23-4-2021 11:39 PM
antiQue replied at 23-4-2021 11:20 PM
Tapi subuh, azan awal ni memang ada asalnya dari hadith. Dari zaman nabi lagi Bilal bin Rabah azan ...

Benda sunat kan. Dh 3 - 4 tahun xdgr azan subuh awal kt area rumah sis ni. Dulu dgr kuliah subuh drpd rmh jahh sambil masak nasik lemak bukak tingkap luas2.
Ironinya skrg semua kuliah hujung jari je. Nk bgn subuh set alarm kuat2.
Quote CiliPadiSedap 24-4-2021 07:14 PM
KIM.K: Teringat zaman belajar dulu member laung azan subuh 30 minit lebih awal. Pasal mengantuk agaknya

Member tu xkena pijak ke?
Quote supernaturalee 25-4-2021 02:49 AM
antiQue replied at 23-4-2021 11:20 PM
Tapi subuh, azan awal ni memang ada asalnya dari hadith. Dari zaman nabi lagi Bilal bin Rabah azan ...

Ms sewa di manjoi perak org masjid buat mcm ni jgk

Quote NataliaLuiz 26-4-2021 11:08 PM
Nasib baik tak sengaja..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.093474 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top