CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat AS Diberi Amaran 'Jangan Travel Ke Malaysia'

23-4-2021 06:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9149| Komen: 61

Description: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) mengeluarkan amaran kepada semua penduduk di negara ini supaya tidak melakukan perjalanan ke Malaysia susulan peningkatan kes Covid-19 yang ...
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) mengeluarkan amaran kepada semua penduduk di negara ini supaya tidak melakukan perjalanan ke Malaysia susulan peningkatan kes Covid-19 yang mendadak.


Amaran itu disiarkan di laman web rasmi CDC dan menyifatkan kes jangkitan Covid-19 di Malaysia ketika ini dalam tahap empat iaitu sangat tinggi dan berbahaya.

Pusat itu juga menjelaskan jangkitan Covid-19 di Malaysia masih boleh berlaku biarpun sudah mendapatkan dua suntikan dos vaksin koronavirus.


Kenyataan CDC mengenai larangan perjalanan ke Malaysia susulan situasi Covid-19 yang semakin serius.

Hal ini susulan kemunculan pelbagai varian baharu Covid-19 yang dilihat ‘semakin kebal’ vaksin.

“Semua rakyat AS tidak digalakkan membuat perjalanan ke Malaysia ketika ini susulan situasi Covid-19 yang semakin teruk di negara itu.

“Jika perlu membuat perjalanan, pihak berkaitan perlu melengkapkan dos suntikan sebelum berlepas,” jelas amaran tersebut.

Selain itu, CDC mengingatkan rakyat negara ini supaya mematuhi protokol Covid-19 termasuk memakai pelitup muka, menjaga jarak sosial, mengelak berada di tempat sesak dan kerap mencuci tangan.

Sementara itu, kes jangkitan Covid-19 di Malaysia sehingga semalam direkodkan sebanyak 2,872 dengan tujuh kes kematian baharu.


Sumber: Utusan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 23-4-2021 06:29 AM
Hek elehhhh... Ko ingat kitorang pun nak ke korang org US masuk sini huh? Dahla gemuk2 semua bontot besor, cakap kuat2, cekik burger fries manjang. Korang lagi bodoh bergaduh taknak pakai mask kat sana.
Tiberrr me'ols defensive gitu
Quote glump 23-4-2021 06:32 AM
Baguslah Tak dtg..kurang sikit pembawa virus,ingat dah vaksin dia tu confirm kebal semua virus
Quote pagaruyung 23-4-2021 07:08 AM
Kat sana pon kes berjuta lemon. Bagus pon x mai malaysia
Quote kakakpositifker 23-4-2021 07:16 AM
Okay hahahaha
Quote Dwdrum 23-4-2021 07:17 AM
Edited by Dwdrum at 22-4-2021 03:41 PM

Bukan ada apa pun... depa hantar email with guideline dan emergency contact saja...bukan 1st time  depa keluar kan travel advice... Negara lain juga keluar travel notice seperti UK... Cuma tiada lebih detail seperti CDC .... Better reporter minta kerajaan US tutup saja embassy di malaysia...

Quote ina_na 23-4-2021 07:21 AM
Bgs gak la.. Sekurang2 nye x bawak mutasi2 msk ke Malaysia.. Kalo x beranak2 mutasi sampai pening kepala nk ingat..
Quote hanakikan 23-4-2021 07:24 AM
Actually banyak je negara yang usa letak bawah level 4 list. semua negara EU pun bawah level 4. tapi pelik je usa letak jepun bawah list 2. padahal kes mencanak je kat sana.
Quote sarah82 23-4-2021 07:41 AM
Semua negara tgh berperang covid.. Depa pun byk negara banned.. Chill
Quote Dwdrum 23-4-2021 07:46 AM
sarah82 replied at 22-4-2021 03:41 PM
Semua negara tgh berperang covid.. Depa pun byk negara banned.. Chill

Bukan amaran jangan travel lebih kepada guideline in case emergency kepada warga yang berada di malaysia sskarang ... Aku dapat dari us embassy di kl via email yang abviously perlu tunggu doter cukup 2 yo baru boleh balik ....
Quote dodolgemok 23-4-2021 07:58 AM
Jap2, kalau nk dtg pon boleh ke? Dodol senyum sinis dgan amareka syiok sendiri
Quote helicornia 23-4-2021 08:05 AM
lucu la  US ni
mengata dulang paku serpih
Quote ultra78 23-4-2021 08:10 AM
US yg bagi travel advisory,rakyat Malaysia pulak yg risau.

Benda ni biasa aje. Orang Malaysia ni mmg self-conscious. Suka nak ambil tahu apa negara lain cakap pasal Malaysia. Kalau ada video youtube orang putih bercakap pasal Malaysia, yang ramai komen nanti adalah rakyat Malaysia walaupun content tu bukan utk rakyat Malaysia.
Quote ninja boy 23-4-2021 08:15 AM
Apa cerita darsita
Quote bottombikini 23-4-2021 09:22 AM
elok la pun
nyebok je nak datang bawa kobit
Quote Vellfire 23-4-2021 09:29 AM
baguslah tak payah datang sini..
Quote Boomibulat 23-4-2021 09:31 AM
USA tak dialu2 kan..kami mahu Rohingya saja
Quote cikatilia 23-4-2021 09:45 AM
hahahahaha
dia xpenah tgk kot negara apa no 1 paling terer byk gile kes
Quote Skuau 23-4-2021 09:47 AM
"bisa aja pak...gue bisa aja"-Yindon.
Quote hazzy0304 23-4-2021 10:09 AM
elok lah pornnnnn

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.073089 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top