CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Scha Alyahya Kurang Berbual Dengan Awal Ashaari Selepas Lahirkan Anak Kedua

21-4-2021 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8913| Komen: 22

Pelakon Scha Alyahya mengakui sejak kelahiran anak keduanya pada Februari lalu, dia jarang dapat meluangkan masa berkualiti dengan suaminya, Awal Ashaari.

Menurut Scha atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 38, perkara itu disebabkan kesibukannya menjaga anak kedua selain terikat dengan komitmen kerja.


Foto: IG

"Saya selalu cakap dengan Awal yang kami dah kurang masa untuk berborak, kalau dulu ada sahaja masa nak duduk berbual.

"Sekarang memang saya akui masa itu dah kurang sebab bila dah kerja di luar dan apabila pulang ke rumah pula sambung 'kerja' dengan anak-anak.

"Penat memanglah penat... tapi saya gembira walaupun perkara itu mencabar tapi ia sangat memuaskan (bergelar ibu kepada dua cahaya mata)," katanya kepada mStar.




Scha ditemui pada majlis pelancaran kempen Ramadan Raya Jakel 2021 yang berlangsung di Jakel Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, Scha juga berkata, dia terpaksa menolak tawaran kerja yang memerlukan komitmen dalam jangka masa yang panjang kerana memikirkan tentang anak kecilnya, Lyla Amina yang kini genap berusia dua bulan.



"Saya memang dah perlahankan kerjaya seni sejak mengandung lagi, dah sembilan bulan tidak berapa aktif.

"Kalau ada tawaran kerja menuntut komitmen masa yang tinggi atau perlukan saya keluar rumah untuk jangka masa panjang memang saya akan fikir dahulu.

"Setakat ini, saya buat setakat yang mana mampu sahaja dahulu dan yang tidak memerlukan masa panjang untuk saya berjauhan dengan anak," ujarnya.




Scha mendirikan rumah tangga dengan pengacara dan pelakon Awal Ashaari, 40, pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana, 7, dan Lyla Amina yang dilahirkan pada 12 Februari lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 21-4-2021 03:01 PM
Bukan dh perlahan ke sblm2 ni
Quote supermum 21-4-2021 03:13 PM
Maksudnya maternity leave dia tak sampai 2 bulan pun sebab dia dah mula kerja and anak baru 2 bulan
Quote Kurex 21-4-2021 04:13 PM
Gosip apa ni??????.
Quote LadyCarefree 21-4-2021 05:13 PM
Oklah statement dia taklah sounds acah2 terpaling bagus ada baby.
Quote ReginaGeorge 21-4-2021 08:27 PM
Ingat bam jat tadi. Tapi scha ni kulit dia halus gila...
Quote slyfynx 21-4-2021 09:31 PM
So nk kene rase ape ni?
Quote cikenit2007 21-4-2021 09:35 PM
Aku suka scha ..maintain jer
Quote mesmerize 21-4-2021 09:52 PM
dalam pic 1st tu dah nampak berumur scha n awal.. lyla comel tembam
Quote onenie80 21-4-2021 10:11 PM
ReginaGeorge replied at 21-4-2021 08:27 PM
Ingat bam jat tadi. Tapi scha ni kulit dia halus gila...

Kalau tgk kulit dia tak halus sgt. Dia ada byk jerawat kat dagu
Quote dudaberhias 21-4-2021 10:19 PM
Scha dah tak larat nak melayan kerenah isteri dia la tu, dah la dia yang penat2 beranak.
Quote Nham22 21-4-2021 10:27 PM
Xpalah....payment tu baby boom lyla aritu pon dah cover 2 3 tahun ko x kerje...nak dpt anak bukan nye senang...
Quote miracle_forever 21-4-2021 10:47 PM
ReginaGeorge replied at 21-4-2021 08:27 PM
Ingat bam jat tadi. Tapi scha ni kulit dia halus gila...

serious la halus? i tgk kat dagu tu mcm ada pimples je.
Quote gundah37 21-4-2021 11:02 PM
comey sgt la bby baru deols ni
Quote Atata 21-4-2021 11:11 PM
Scha dah 38 ke? Seriusliii?
Quote samshik 21-4-2021 11:13 PM
So wht if die x borak ngn laki die?? Astaga.. Apoko sendu naw bahan nk dibuat cter pun haaw
Quote orkid_amani 22-4-2021 05:55 AM
Hire maid baru tak utk 2nd baby ni? Kot la sorang ank sorg maid
Quote monsterwife 22-4-2021 08:34 AM
Nham22 replied at 21-4-2021 10:27 PM
Xpalah....payment tu baby boom lyla aritu pon dah cover 2 3 tahun ko x kerje...nak dpt anak bukan ny ...

Apa yg special sgt rncgn anak dia?
Sapelah ada masa nak tengok rncgn mcm tu
Buang masa jelah
Quote Rogue98 22-4-2021 08:39 AM
So...apa gosip nye?
Quote mawar_mustika 22-4-2021 10:17 AM
lyla muka sebijik lara

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.187148 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top