CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharnaaz Ahmad Punca Keretakan Hubungan Azira Shafinaz Dan Yasser?

21-4-2021 02:38 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 53689| Komen: 160|Original author: Oleh: Saiful

Sebelum ini bertahun-tahun Azira Shafinaz bercinta dengan seorang jejaka bernama Yasser namun sayang jodoh tak panjang kahirnya mereka putus.

Namun tegas Azira, keretakan hubungan dengan bekas kekasihnya itu langsung tiada kena mengena dengan Sharnaaz Ahmad.



Foto: IG

"Saya berkawan dengan Sharnaaz seperti orang lain juga. Saya akui, kami makin rapat selepas menjalani penggambaran drama Isteri Misteri. Bagaimanapun, saya memang baik dengan semua pelakon lain. Layanan saya sama sahaja.

"Ramai yang salah tafsir. Seperti kita ketahui, keletah Sharnaaz tidak boleh diduga. Sharnaaz suka bergurau dan mengacau orang. Itu sememangnya karakter Sharnaaz.

"Saya rasa mungkin orang luar nampak kami serasi, jadi mulalah orang bercakap soal kami. Bagaimanapun, Sharnaaz bukannya punca keretakan hubungan saya dan Yasser," katanya kepada BH Online.



Tambah penyanyi dan pelakon ini, dia masih belum bersedia untuk menamatkan zaman bujang.

"Buat masa ini, saya dan Yasser hanya selesa berkawan. Kami berjalan mengikut arus.

"Saya dan Yasser sibuk dengan kerjaya. Mungkin belum sampai masa untuk kami memutuskan mendirikan rumah tangga. Jadi, sekarang kami mengambil rentak perlahan dengan berkawan sahaja. Saya percaya jika ada jodoh tidak akan ke mana.


"Diakui, saya menyimpan hasrat mahu berkahwin pada usia 30 tahun, tetapi apakan daya, jodoh belum tiba. Sebagai manusia, kita hanya merancang, tetapi Allah juga yang menentukannya.

"Saya terima dengan hati terbuka sekiranya belum bertemu jodoh, tahun ini. Saya tak mampu menolak kehendak takdir. Jadi, buat masa ini, saya mahu fokus kepada kerjaya. Jika boleh, saya mahu menikmati peluang yang terbentang depan mata." -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakakgarang 21-4-2021 02:53 PM
ayoooo.. tak tahuuuu... ayooo tak tahu...

alah kakneb pun kantoi kan mesej2 dgn EE sebelum EE bercerai dgn LCB..

nanas tak pe la gak.. azira lum kawen... selagi lum kawen consider ok je..

lain la kalau da kawen tau tau "nikoh jom" atas belon panas.. sgt panassssss
Quote helicornia 21-4-2021 03:30 PM
tinggal je la yasser tu
dh dekat 10 tahun pun tk reti2 nak ajak kawin
wpun sanaz mulut hansuang tp kalau dia jenis bertanggungjawab apa salahnya
Quote HoneyManjer 21-4-2021 03:45 PM
nanas lagi tastey kot....amek je la dia...
Quote silampumeja 21-4-2021 03:45 PM
kakakgarang replied at 21-4-2021 06:53 AM
ayoooo.. tak tahuuuu... ayooo tak tahu...

alah kakneb pun kantoi kan mesej2 dgn EE sebelum EE ber ...

Wah cerita bila ni uols....
Quote Diamje 21-4-2021 03:57 PM
Sama la rupa nanas dgn yasser ni..mmg azira ni taste laki jambang2 cmni..azira ni cantik..
Quote uori 21-4-2021 04:11 PM
aku tak boleh blah nengok ig ex dia ni, dengan mulut muncung tu, merengsa sungguh. ko dah kenapa muncung2 gitu
Quote pia250110 21-4-2021 04:16 PM
awat ex die mulut cenggitu..igt seksi ke bang..
Quote kucingitam 21-4-2021 04:39 PM
pilih sharnaz pls
Quote siti_shaqila 21-4-2021 04:41 PM
Elok la tinggal kan aje laki mulut gtu.... Rimas btl nengoknye... Plg x thn.. Tgkap gmbar ramai semua mulut elok je dh kenapa ko tetiba jntan tulen mulut muncung gtu... Ishhhhh
Quote naina 21-4-2021 04:44 PM
Laaa begitu sahaja ke kekasih Azira ni. Macam xsesuai je. Azira jauh lagi gorjes dan layak dapat lebih baik. Yasser itu gemuk kepam dan macam kurang matang je..Nauzubillah.
Quote kakakgarang 21-4-2021 04:48 PM
silampumeja replied at 21-4-2021 03:45 PM
Wah cerita bila ni uols....

sebelum kakneb dgn EE kawen..

masa tu EE masih dgn LCB..

gosip kat indo kaw kaw diaorg londehkan pasal EE... gitu la..
Quote LadyCarefree 21-4-2021 04:49 PM
naina: Laaa begitu sahaja ke kekasih Azira ni. Macam xsesuai je. Azira jauh lagi gorjes dan layak dapat lebih baik. Yasser itu gemuk kepam dan macam kurang m ...


Familinya kaya gilos weyh
Quote Miss_LoveLeen 21-4-2021 05:47 PM
uori replied at 21-4-2021 04:11 PM
aku tak boleh blah nengok ig ex dia ni, dengan mulut muncung tu, merengsa sungguh. ko dah kenapa mun ...

Pengaruh dari Diva AA
Quote Mary_jane 21-4-2021 06:59 PM
Yaser ni kembar ray dap dap ke?
Quote None68 21-4-2021 07:56 PM
Tak kenal pun
Quote ReginaGeorge 21-4-2021 08:29 PM
Dah 10 tahun tak dipinang2.. Baik larik {:hero
Quote hasniey 21-4-2021 08:43 PM
Betulke couple 10 tahun??woww setia sungguh
Btw kaya ke ex dia si yasser tu?sbb kalau dh biasa kwn dgn org kaya tiba2 kwn dgn org biasa2 kang rasa xcukup pulak.semoga dpt jodoh yg terbaik utk azira
Quote nsagb 21-4-2021 08:46 PM
Ex azira anak orka ke uolss ke kaya sebab business huhu
Quote gundah37 21-4-2021 08:55 PM
iols mcm suke je nanas dgn ajira pinas ni

Lihat semua komen(160)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.164489 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top