CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Menangis, Ibu Tak Apa"- Wan Maimunah Sedih Tak Dapat Video Call Anak

21-4-2021 02:14 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5955| Komen: 23|Original author: Oleh: LilRose

Sudahlah lama tidak pulang ke kampung, bertambah sebak apabila sukar menghubungi ibu bapa dan anak-anak di bulan mulia ini.

Dengan kes harian Covid-19 yang semakin meningkat, pudar sinar harapan rakyat Malaysia mahu menyambut Aidilfitri di kampung.



Kredit foto: Twitter

Pelakon veteran Wan Maimunah turut meluahkan perkara sama apabila tidak dapat berjumpa anak-anak di hari raya tahun ini.

Lebih menyedihkan, dia juga sukar berhubung melalui panggilan video bersama anak-anak, tidak seperti orang lain ekoran talian di rumahnya kurang baik.



"Sama-sama kita kuatkan hati, tabahkan hati sebab kita semua tak dapat balik raya, kan? Jangan menangis, ibu menangis tak apa.

"Orang boleh buat video call, tapi anak-anak ibu tak boleh buat video call kat ibu sebab line di rumah ibu teruk," ujarnya tidak dapat menahan sebak sambil melambai-lambai ke arah kamera.

Sebak rasa di dada melihat ratu air mata ini meminta anak-anak semua supaya tidak menangis dan bertabah.

Buat semua di luar sana, kuatkanlah semangat kalian. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 21-4-2021 02:41 PM
Line apalah dia pakai..
Quote ais_kosong 21-4-2021 02:47 PM
Kenapa aku rasa over. Hati aku makin kelabu asap ke?
Call kan boleh. Hantar pic ke apa.
Quote MinyakAngin 21-4-2021 03:15 PM
ais_kosong replied at 21-4-2021 02:47 PM
Kenapa aku rasa over. Hati aku makin kelabu asap ke?
Call kan boleh. Hantar pic ke apa.

Ko ni.. dia nak video call la. Tatap muka masing2 sambil sembang2 gitu. Aku pun selalu vc mak aku walaupun duduk sebelah daerah saja.

Tapi tula, selalu sangat tengok dia nangis rasa macam dalam drama je kekeke
Quote Kancilkering 21-4-2021 03:32 PM
dia memang sedih memanjang...masa dia nikah dlu dengan org jb pun leh nangis macam x sangka dia leh kawen lagi...tapi x tahu lah apa dia lalui....sampai bercerai...lepas tu sakit.....macam bertimpa lah ujian kat dia ni....
Quote supermum 21-4-2021 03:43 PM
Sebab dia ni terer berlakon menangis, pelakon lain drama pukul 7 tu pun jadi real jugak menangis. Paling obvious yang jadi anak laki dia tu.
Quote mama_neko 21-4-2021 03:47 PM
kenapa aku rasa drama ja lebih makcik ni.. dah line 1 teruk, pakai la line lain.. mcm kat umah aku umobile mmg hampeh teruss, tapi celcom boleh pakai.. aku tak  sebak pun tgk -____- sbb dia mcm sedih memanjang ja.. hahahaa.. mebi hatiku dah ada titik htam.
Quote addamnor 21-4-2021 03:58 PM
Edited by addamnor at 21-4-2021 04:00 PM

Over sangat kau mak cik. Ada sejuta cara lah, kalau line rumah kau teruk, kau duduk la luar rumah skejap utk video call nak 10 minute 2-3 ari skali. Kalau whatsapp kelabu asap jah kau tukar la telco lain. Takkan la seharian tu kau memerap di rumah tak kluar pegi kedai beli ubat gigi tak beli sabun mandi tak beli garam gula kat kedai runcit?
Quote laksmanabentan 21-4-2021 04:33 PM
makcik duduk mana tu ya??

Quote kechikchomel 21-4-2021 04:37 PM

haritu hotfm ada call dia. pasal citer ni la.
dia bagitau dia duduk Kota Puteri.
Quote 3chanceno 21-4-2021 04:44 PM
addamnor replied at 21-4-2021 03:58 PM
Over sangat kau mak cik. Ada sejuta cara lah, kalau line rumah kau teruk, kau duduk la luar rumah sk ...

Betul  tu komen sis..anak2 atau teman2 bole tolong dapatkan line baru ke cari yg lebih stable...entahlah macam2 ragam artis2 nie
Quote epuepy 21-4-2021 09:32 PM
ais_kosong: Kenapa aku rasa over. Hati aku makin kelabu asap ke?Call kan boleh. Hantar pic ke apa.

Bkn ko sorg. Aku pn rasa dia ni over bab2 nangis. Smpi rasa menyampah nye la tgok dia ni menangis. Mcm buat2.
Sorry. Geng hati hitam here. Hahhaha
Quote nini_azmi 21-4-2021 10:51 PM
supermum replied at 21-4-2021 03:43 PM
Sebab dia ni terer berlakon menangis, pelakon lain drama pukul 7 tu pun jadi real jugak menangis. Pa ...

Menggeletar geletar smpi dia ckp pun iols tak paham adoiiii...
Quote snowater 22-4-2021 12:45 AM
kat forum ni jela aku dpt bc komen2 yg meragui air mata makcik ni, di fb ig twitter sume sedih sgt tgk die nangis..
Quote putribatrisya 22-4-2021 01:29 AM
btw ada berapa org anak acik ni?
Quote ikanmasin 22-4-2021 01:50 AM
dia sejenis yg sensitif  kot ni..asyik sedih menangis jer..tak berlakon pun nangis jg dia..
Quote laksmanabentan 22-4-2021 08:23 AM
snowater replied at 22-4-2021 12:45 AM
kat forum ni jela aku dpt bc komen2 yg meragui air mata makcik ni, di fb ig twitter sume sedih sgt t ...

yang main forum jiwa2 kental..
hahahahaha... sebab kita open minded... sound jer apa yg tak betul...
hahahahhaha....
xde jiwa2 tisu nih....

tapi mmg sesuatu sgt la....
asyik2 nak nangis jer... alahaiiiii...

Quote bemyself 22-4-2021 08:50 AM
dia ni mmg mudah  la kuarkan air mata
pernah la dtg umah aku
nak balik salam2 pun dia menangis
dia kata kak wan je sorang nangis x pe
awak x yah la nangis....haha
mmg jenis cepat kuar air mata
bukan sebab dia buat2..dia mmg jenis mcm tu
Quote ais_kosong 22-4-2021 08:59 AM
MinyakAngin replied at 21-4-2021 03:15 PM
Ko ni.. dia nak video call la. Tatap muka masing2 sambil sembang2 gitu. Aku pun selalu vc mak aku  ...

Haha.. dia menangis teruk sangat macam dalam dram sebab xboleh vc.
Tau la sedih. Nampak macam dibuat2.
Quote MinyakAngin 22-4-2021 02:22 PM
ais_kosong replied at 22-4-2021 08:59 AM
Haha.. dia menangis teruk sangat macam dalam dram sebab xboleh vc.
Tau la sedih. Nampak macam dib ...

Mungkin jenis dia kot. Ada yg suka gelak. Asyik nak gelak je. Dia ni jenis suka nangis la kot. Asyik nak nangis je. Duduk pun ppr. Anak jauh. Nak video tabole line tak elok... Apela nasib..eh nangis lagi dia kalau baca ni.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.066818 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top