CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Grup WhatsApp Penuh Gambar Dan Video Tak Senonoh, Payah Kalau Suami Ketagih Porno

19-4-2021 03:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7841| Komen: 8

Maksiat yang semakin menjadi norma biasa.

Begitulah gambarannya mengenai luahan seorang isteri mengenai sikap rakan-rakan suaminya yang suka bersembang perkara lucah dalam grup WhatsApp.


Menurut wanita yang enggan mendedahkan identitinya itu, bukan sekadar perbualan malah mereka turut menghantar foto dan video lucah dalam grup berkenan.

Gambar Hiasan, Foto: mStar

"Normallah kan sekarang ni ada grup WhatsApp. Grup WhatsApp famili, hal kerja dan kawan-kawan.

"Suami saya ada satu grup dengan kawan-kawan. Sakit hati saya baca apa yang mereka sembang.

"Banyak sembang pasal perempuan lain. Kongsi video seks dan gambar-gambar lucah," luah wanita itu.


Ujar wanita itu, rakan suaminya memberi penjelasan bahawa aktiviti itu merupakan satu perkara normal dalam kalangan lelaki.

Malah, mereka turut bertindak membuat satu lagi grup WhatsApp lain dengan tujuan sama, dedah wanita itu lagi.

"Boleh pula kawan suami saya kata normal hal macam tu dalam grup WhatsApp lelaki.

"Tak payah ambil tahu sangat katanya. Tak lama lepas tu mereka buat grup lain. Sembang pasal hal itu juga.

"Saya diam-diam buang suami daripada grup itu. Tadi saya pandang telefon suami saya, Allahu luruh hati saya.

"Saya kecewa sangat. Menangis saya. Grup WhatsApp tu ada lagi dalam telefon suami saya. Saya dah buntu nak tolong suami saya," katanya.

Posting paparan skrin luahan hati wanita itu turut dikongsi ke Twitter sehingga meraih ribuan ulang kicau (Retweet).

Rata-rata pelayar Twitter turut menyelar tindakan kumpulan lelaki itu yang disifatkan tidak bermoral dan seolah-olah kurang didikan agama.

"Macam manalah nak didik isteri dan anak kalau pemimpin keluarga pun macam ni.

"Bila benda dah jadi budaya memang sangat susah nak putuskan rantai itu.

"Aku pun pelik. Memang wujud orang yang macam ni. Banyak gila benda lain kau boleh sembang," tulis netizen.

Sesungguhnya di bulan Ramadan yang mulia ini umat Islam seharusnya mengejar amalan baik untuk menambah keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Oleh itu, sebaikya ketua keluarga menjadi contoh terbaik untuk isteri dan anak-anak dengan sama-sama berpuasa, iftar sekeluarga serta bertarawih secara berjemaah. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tagas 19-4-2021 04:03 PM
Aku pernah dengar suatu tika dulu budaya dating ngan bini or suami org

then ade group bertukar2 pasangan

mmg patutla kena convid tuhan nak bg refresh balik

dunia byk maksiat

Quote Adrif 19-4-2021 04:03 PM
memberi penjelasan bahawa aktiviti itu merupakan satu perkara normal dalam kalangan lelaki


ptuii. mana ader. jangan nak sapu bersih semua lelaki.
aku lelaki pun tak suka benda2 macam ni
Quote salmon-suki 19-4-2021 10:07 PM
Knp mcm tu ye?
Quote gideoncross 19-4-2021 10:56 PM
Adrif replied at 19-4-2021 04:03 PM
ptuii. mana ader. jangan nak sapu bersih semua lelaki.
aku lelaki pun tak suka benda2 macam ni

Knpa sesetngh llaki gila sngt kat porn eh? Iol thu lh sexual desire ni normal utk smua mnusia tpi yg lelebih2 ni yg susah jdinya.
Quote Adrif 20-4-2021 06:45 AM
gideoncross replied at 19-4-2021 10:56 PM
Knpa sesetngh llaki gila sngt kat porn eh? Iol thu lh sexual desire ni normal utk smua mnusia tpi  ...

bukan lelaki sahaja. perempuan pun sama.realitinya kedua-dua, lelaki perempuan ada ketagihan pornografi. realiti dunia yang sangat dahsyat dan menjijikkan.

kalau setakat faktor, dah banyak dibincangkan sejak dahulu. malah, sekolah menengah pun selalu discuss topik ni dalam karangan.
contohnya : Pornografi – Punca, Bahaya Ketagihan & Kesan Buruk Yang Boleh Berlaku

KETAGIHAN PORNOGRAFI DALAM KALANGAN REMAJA: FAKTOR DAN IMPLIKASI TERHADAP SAHSIAH DIRI REMAJA

google aje. berlambak keluar result.

masalahnya, pada zaman macam ni, isu pornografi seolah-olah bukan lagi jenayah, tapi hanyalah sekadar, tingkahlaku yang melanggar norma masyarakat. tidak dihukum melalui undang-undang, tapi pada masa yang sama, tidak juga diterima ramai.

siapa yang terlibat? budak2 sekolah rendah? ada.
remaja sekolah menengah? pun ada.
universiti? dah lepas 18 tahun, lagi diorang open.
golongan yang dah kahwin? juga ada.
yang dah bercucu pun tengok jugak.

ini tak sambung lagi kesan dia. seks rambang. hookup. macam-macam

pornografi ni dadah digital
effect dia sama macam dadah lain. bila guna, otak merembeskan endorphine dan morphine.
your body will keep asking for more, more, more, sampaikan orang tu sendiri tak sedar

nafsu semata-mata, untuk nikmat sementara
Quote Adrif 20-4-2021 06:49 AM
gideoncross replied at 19-4-2021 10:56 PM
Knpa sesetngh llaki gila sngt kat porn eh? Iol thu lh sexual desire ni normal utk smua mnusia tpi  ...

more Ketagihan Pornografi? Ini Kesannya Terhadap Anda!

5 Kesan Ketagihan Pornografi Buat Pasangan Yang Sudah Berkahwin
Quote kucim 25-4-2021 11:03 AM
Drp dulu lagi group2 ni wujud di klangan lelaki...harap2 keluarga dan org terdekat kita jauh drp musibah ni....memanglah laki suka dgn benda2 ni...sampai terbayang2 imaginasi...
Quote chinta89 25-4-2021 01:15 PM
Rata-rata pelayar Twitter turut menyelar tindakan kumpulan lelaki itu yang disifatkan tidak bermoral dan seolah-olah kurang didikan agama.


yg selar ni kompem x penah tgk porn ke atau mcmna? mksud aku komen tu jgn la acah2 suci sgt... adeih. n yess benda ni mmg x bermoral tp benda ni bukan sb didikan agama, ade je yg didikan agama elok tp tgk jgk porn. benda ni atas diri sendiri.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.030292 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top