Nama Yusuf Azmi terus menjadi bualan dan idola anak muda hari ini dek kerana tindakan berani dan lantang dalam membela hak pengguna yang ditindas terutamanya mangsa Ahlong "lintah darat". Terdahulu, Yusuf yang juga aktivis kemasyarakatan menyertai Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama ketua aktivis badan itu, Datuk Nadzim Johan dalam memperjuangkan hak pengguna di Malaysia. Ketika bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), pelbagai kes yang telah diselesaikan. Antaranya kes sambung bayar kereta, isu kes Caltex, kes penipuan pembelian telefon bimbit di Plaza Kota Raya dan banyak lagi. Namun, jodoh Yusof bersama PPIM tidak panjang apabila dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari PPIM pada 2018. Langkah Yusuf Azmi tidak terhenti di situ apabila dia menubuhkan pula sebuah persatuan baru diberi nama Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (Semboyan Malaysia). Sementara itu menerusi perkongsian terbaru di Youtube Yusuf Azmi SemboyanTV, Yusuf dan sahabat karib yang diibaratkan orang kanannya iaitu Abang Ali telah pergi berjumpa seorang Ahlong bagi menyelesaikan aduan seorang mangsa yang dipaksa bayar hutang sehingga 400%. Ahlong tersebut bertindak kejam meminta wang saki baki hutang sehingga RM400 ribu walhal pengadu telah membayar hampir RM1 Juta 65 ribu dan lebih memeritkan lagi pengadu hanya meminjam darinya RM 300 ribu sahaja. Justeru, dalam video yang dikongsikan Yusuf Azmi di Youtube beliau Yusuf Azmi Semboyan TV, Yusuf dan Abang Ali telah pergi berjumpa Ahlong terbabit di sebuah kedai makan Cina bertujuan untuk menyelesaikan aduan mangsa tersebut. " Ini dia (mangsa) sudah bayar awak 1 juta 65 ribu.. dia pinjam 300 ribu sahaja". " Kita orang undang-undang, kita bukan nak bergaduh.Saya bukan nak serang awak sekarang. " Okay macam ni, dia pinjam awak 300 ribu, sekarang dia hutang dengan awak jadi baki tinggal berapa lagi? Sekarang saya nak tahu berapa lagi awak nak mintak dari dia" kata Yusuf Azmi. Kemudian lelaki Ahlong tersebut dengan selamba menjawab, " RM410 ribu " Mendengar jawapan itu, Yusuf Azmi dilihat masih cuba bertenang dan sekali lagi cuba berbincang. " Kalau dia sudah bayar awak 1 juta 65 ribu, campur dengan 410 ribu, ia bersamaan dengan 1 juta 475 ribu. Kalau ikutkan dalam masa 2 tahun, 400 peratus awak ambil. Ketika itu Ahlong terbabit agak tergamam, dan memberikan penerangan kepada Yusuf Azmi namun audio tidak berapa kedengaran. " Eh brader saya dah banyak jumpa Ahlong, semua saya sudah jumpa dari Ahlong kecil sampai Ahlong besar, tapi sekarang biasa Ahlong paling banyak pun ambil 40 peratus atau 30 peratus saja. " Tapi awak dah ambil 400%, macam mana awak kira " " Jadi sekarang macam ni lah, dia (mangsa) pun tengan susah, berniaga pun bukan kecil, dia berniaga besar (kerugian) Ketika itu kedengaran Ahlong terbabit menjawab kata-kata Yusuf Azmi, " Dia berniaga kecil ke besar ke, dia berhutang dengan saya!" Kemudian ketika perbincangan berlangsung, berlaku sedikit ketegangan apabila Ahlong terbabit mula bangun dan mahu beredar. Ketika itu Yusuf Azmi kelihatan sedikit hilang sabar sampai menepuk meja. " Awak mahu bincang ke tak mahu bincang " kata Yusuf Azmi " Tak mahu, saya bincang dengan dia (mangsa) sudah cukup " jawab Ahlong itu sambil berdiri mahu beredar. " Eh sekarang you duduklah tak payah bangun lah. Saya pun boleh bangun kalau awak mahu saya bangun, kita buka cerita " bangun ", kita tak payah " cerita " dekat meja ni (sambil tepuk meja)" kata Yusuf Azmi. Dalam video minit ke 7:55, Yusuf Azmi dilihat hampir hilang sabar apabila Ahlong terbabit dengan biadab melontarkan perkataan bodoh. Lihat video dibawah untuk cerita selanjutnya : Melihat kepada peningkatan kes mangsa kekejaman Ahlong, timbul persoalan sampai bilakah Ahlong akan bermaharajalela dan dengan kejam mengutip "bunga hutang" sehingga tidak terjangkau dek akal. Apakah solusi tentang permasalahan ini? |
Skuau: yg pinjam tu Melayu ke?
Skuau replied at 18-4-2021 02:42 PM
yg pinjam tu Melayu ke?
ADVERTISEMENT