CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Pandai Niaga" - Ezlynn Dipanggil SPRM

16-4-2021 05:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 34207| Komen: 138

Penyanyi Ezlynn, 39, mengesahkan dia ada dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sudah tampil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 19 Februari lalu bagi membantu siasatan berhubung pembabitannya bersama seorang pelakon dengan seorang lelaki yang terbabit dalam kegiatan haram.




Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin berkata, dia menerima mesej daripada SPRM yang memintanya hadir memberikan keterangan.

"Saya ikut arahan terbabit dan pergi ke sana bersendirian. Saya sudah memberikan kerjasama yang baik dengan SPRM. Setakat ini mereka kata saya tiada kena-mengena dalam isu ini," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, apabila dia memaklumkan kepada SPRM bahawa dia tidak pandai berniaga, mereka faham ia tiada kena mengena dengannya.

"Mereka juga tanya sama ada saya ada terima wang tunai daripada individu terbabit dan saya jawab tiada," katanya.


Terdahulu, tular dokumen yang mengaitkan Ezlynn dan seorang pelakon sebagai pihak yang terbabit bekerjasama dalam menjalankan aktiviti pengubahan wang haram bersama lelaki itu.

Ezlynn berkata, dia tidak pasti sama ada pihak SPRM sudah memanggil pelakon itu.


Kredit foto: IG Ezlynn

"Nama saya terpalit sebab saya yang kenalkan lelaki terbabit dengan pelakon itu. Sehari selepas mengenali lelaki itu, esoknya saya teruskan kenalkannya dengan pelakon itu.

"Saya akui kenal lelaki itu tapi saya tak tahu dia berniaga apa. Dia kenal saya dari Instagram. Dia mengaku peminat saya dan ajak saya berniaga, tapi saya tak pandai.

"Sebab itu saya kenalkannya dengan pelakon itu kerana dia pandai berniaga. Selepas itu pelakon terbabit ada menghubungi saya tapi kerana sibuk, saya tak sempat jumpa dia," katanya.

Ezlynn berkata, pelakon itu pernah beberapa kali menghubunginya untuk berjumpa, namun kesibukannya ketika itu sebagai peserta Muzikal Lawak Superstar membuatkan mereka gagal berbuat demikian.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 16-4-2021 05:44 AM
Kluster gundhu ke ni?
Quote songhara1226 16-4-2021 05:48 AM
Ok nek ezlyn, selamat berpuasa
Quote red_velvet 16-4-2021 06:10 AM
Edited by red_velvet at 16-4-2021 07:25 AM

Kat ig ezlyn tak mengaku di terlibat.. siap nak saman weh..polis bagitau dia statement ni bukan polis yang keluarkan... Siapsuruh ezlyn wat report polis
Quote helicornia 16-4-2021 06:15 AM
wah serina pun terlibat.makin menarik ni. laki pun polis perlis.hmmm
Quote helicornia 16-4-2021 06:17 AM
yg vid serina karaoke gempa bumi tu dgn geng pdg besar la ek
Quote noodle.baby 16-4-2021 06:20 AM
Wow the plot thickens. Si Serina ni circle of friends dia mcm tak kena je sejak sheolls zaman remaja lg
Quote msdummy.2018 16-4-2021 06:21 AM
red_velvet replied at 16-4-2021 06:10 AM
Kat ig ezlyn tak mengaku di terlibat.. siap nak saman weh..polis bagitau dia statement ni bukan poli ...

Yg tukang bcr rhsia ni gang2 dia gak lah kan..kalo x mcm mana video menari dia tuh leh kantoi..
Quote makadek 16-4-2021 06:37 AM
Bukan kaleng2 perangai gundu hipotomus ni
Quote PinkyPie 16-4-2021 06:47 AM
Oooo bukan sekadar kes pencaras rupanya
Quote haifawehbe 16-4-2021 06:48 AM
bf safwan tapi kawen dgn aidid?? boleh tahan minah serikna gundu ni..
Quote Ferr_Remy 16-4-2021 06:49 AM
Kalau betul la ape yg ditulis tu, harap la Dato Ayub singkirkan smua sampah2 masyarakat dlm pasukan. Malu betul negara yang dibanggakan negara Islam rasuah sana sini.
Quote beatgirlX 16-4-2021 06:57 AM
Ni boyprend Sekrina sblm laki skg eh..semua pak polis..
Buang terus la.anggota mcm ni...
Quote me12345 16-4-2021 07:01 AM
Jd suami skrg utk cover ke?... serina...serina....nape jd camni
Quote MakcikLaksa 16-4-2021 07:04 AM
Anggota2 sampah cmni mmg menjatuhkan kredibiliti pdrm btl la.. Ni msti yg geng2 bagi cop rentas negeri jugak. Phui!
Quote bedahmenjuyah 16-4-2021 07:05 AM
Plot twist lagik. Kalah drama kul 6 kat asterok
Quote MatDeghem 16-4-2021 07:17 AM
Drama ini dah level netflix
Quote 3chanceno 16-4-2021 07:18 AM
Sejak announce serikna da nikah terus crita2 tak elok keluar gua! Nie CASH ke??kalau berita ini tak benar atau sebaliknya, pun suda memalukan diri sendiri dan keluarga!
Quote MatDeghem 16-4-2021 07:19 AM
Patut lah Tak takut broadcast teman nya suami orang....bukan kaleng2 geng dia.
Quote kiah_mai_pulak 16-4-2021 07:24 AM
plot twist sungguh dari kes kahwin syp2 ya

Lihat semua komen(138)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.158545 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top