CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dapat Tawaran Tapi Hati Ramlah Ram Belum Terbuka Nak Sertai Gegar Vaganza

16-4-2021 05:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5368| Komen: 22

Description: Penyanyi popular, Ramlah Ram, 56, belum terbuka hati untuk menerima tawaran menyertai program realiti popular, Gegar Vaganza (GV).
Penyanyi popular, Ramlah Ram, 56, belum terbuka hati untuk menerima tawaran menyertai program realiti popular, Gegar Vaganza (GV).

Ramlah berkata, dia bukan menolak langsung untuk menyertai pertandingan nyanyian yang diminati ramai itu, tetapi belum bersedia buat masa sekarang.



Kredit foto: IG Ramlah

"Saya ada menerima tawaran GV sebelum ini, tapi nampaknya memang belum terbuka hati untuk menyertai pertandingan itu lagi. Namun, jangan salah faham pula yang saya tak mahu sertainya langsung. Nak kata tak nak terus sertai (GV) itu, saya memang tak berani sebab soal hati ini kita tak tahu. Cuma, bagaimanapun buat masa sekarang saya memang belum bersedia lagi.

"Bagi saya, kalau dah kata setuju terima kita kena beri komitmen 100 peratus dan kena beri sepenuh hati kita memang betul-betul nak masuk pertandingan itu, barulah boleh beri persembahan yang baik," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Ramlah, jika membabitkan persetujuan menyertai pertandingan, sebagai peserta perlu ada sasaran dan perancangan yang teliti.

Namun, buat masa sekarang dia lebih selesa menjadi penyokong rakan-rakannya saja.

Bercerita mengenai vokalnya yang kekal lunak hingga kini, Ramlah berkata, dia bersyukur kerana Allah SWT memberikannya kesihatan yang baik.

Katanya, petua paling utama adalah menjaga kesihatan diri.

Katanya, sepanjang 36 tahun pembabitan dalam industri seni sebagai penyanyi, dia sangat bersyukur memiliki tahap kesihatan yang baik.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 16-4-2021 05:26 AM
Selamat sahur ramlah ram
Quote Belibis 16-4-2021 05:35 AM
Mamai pulak baca time sahur.ingatkan ramlah begum tadi.
Quote Thunderclouds 16-4-2021 05:50 AM
Xyah la kak. Skarang pn masih relevant. To me la. Lagu2 duet ngn bebudak rap tu suma i layan. Mngikut peredaran zmn.
Quote doubleA 16-4-2021 05:51 AM
Suara kak melah maintain power
Quote chandrahusin 16-4-2021 06:13 AM
Tgk gamba igtkan Rita Rudaini
Quote harisbee 16-4-2021 07:08 AM
cun dan kurusnya k melah sekang ni....x masuk pun ok masuk lagi ok...adala penyanyi yg digemari join...adalah tarikan GV..gitu
Quote 3chanceno 16-4-2021 07:35 AM
Gambar  tu betul ke Ramlah Ram???lain muka dia sampai tak kenal suka dengar suara dia - power
Quote prizadane 16-4-2021 08:09 AM
chandrahusin replied at 16-4-2021 06:13 AM
Tgk gamba igtkan Rita Rudaini

ada iras kan.. nangis ritrud baca komen chuols nanti
Quote makneng 16-4-2021 08:28 AM
Org kampung kesang laut ni..
Quote aemon 16-4-2021 08:56 AM
filter habis muka.ingat kan ritrud tadi.dah lain muka kak melah bila filter.dah tak sama mcm parah mendosa..
Quote hayrin86 16-4-2021 09:08 AM
Thunderclouds replied at 16-4-2021 05:50 AM
Xyah la kak. Skarang pn masih relevant. To me la. Lagu2 duet ngn bebudak rap tu suma i layan. Mngiku ...

Betul..   

Quote matchstick 16-4-2021 09:29 AM
Ingt ritrud dh berhijab tadi..
Quote Ascii 16-4-2021 12:50 PM
X pyh kak, kekalkan aura sebagai penynyi wanita no 1 negara suatu ketika dlu....GV itu utk yg beshe2 jek heheheh, akk dh kelas lain
Quote Malasnya_ 16-4-2021 12:56 PM
Betul ka ramlah ram ni
Lain benor mukanya
Quote LadyCarefree 16-4-2021 10:58 PM
Filter kemain
Quote Baladna804 17-4-2021 01:37 AM
Lain muka kak melah
Quote crossline 17-4-2021 11:08 AM
Edited by crossline at 17-4-2021 11:09 AM

Kulit muka dia mmg dah ok or dia pakai filter je?
Masa kecik2 dulu suka +kesian kat dia sebab dia cantik tapi kulit muka dia kan bermasalah.
Quote supermum 17-4-2021 03:20 PM
Kalau Kak Melah masuk GV, sama erti dengan Ziana Zain masuk. Dedua level lain dah, bukan level GV.
Quote Cik_jantung 18-4-2021 06:53 AM
aemon replied at 16-4-2021 08:56 AM
filter habis muka.ingat kan ritrud tadi.dah lain muka kak melah bila filter.dah tak sama mcm parah m ...

Kak melah dh buat penafian wakkk.. mendoza is bukan 'blood meat' dia... No no no tauuu

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.051535 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top